23 January 2017

Lepasan spm

Assalamualaikum

Hari ni adalah hari ke-54 aku tak pegi sekolah. Haah. Aku saje ponteng. Rindu nak sekolah tsk tsk tapi tanak belajar. Nak lepak saje-saje dengan kawan dalam kelas. Sembang-sembang dengan cikgu, main phone ramai-ramai dalam dorm.Nak buat cane, tak sangka laa pulak aku ni lepasan spm. Rasa macam baru semalam amik upsr hewheww. Cuti panjang ni kena laa buat kerja berfaedah sikit. Susah nak jamin masa depan zaman sekarang ni bila kita hidup di zaman hmmm pepahamlaa sendiri en. Generasi muda macam kita ni laa patutnya belajar bersungguh-sungguh supaya bangsa kita tak jadi mangsa penindasan. Caiyokk caiyokkk hahaha.

Diri ni pulak makin membesor takkan sampai ke tua mak sendiri yang kena tanggung semua dari hujung rambut sampai ke hujung kaki en. Kena pandai-pandai rebut peluang apa yang ada depan mata dan tak boleh nak terlalu bergantung pada orang lain. Walaupun aku tak cari keje part time ke apa kat mana-mana kedai sekarang ni, at least aku praktis jadi suri rumah gak muahahahaha. Basuh kain, sidai kain, basuh pinggan, lipat baju, semua aku try. Bila ada makcik-makcik tanya, sementara tunggu result ni Sarah buat apa je, mesti mak aku cakap,

''tunggu orang minang ah apa lagi,''

Tapi bab masak aku fail ah (JUJUR ni kottt). Haritu masa mak aku pegi indon, aku saje amik udang dia konon nak buat sambal udang. Tapi aku gi habiskan udang dia last-last aku masak sumpaaaa tak sedap. Aku makan sikit je pastu aku buang. Nasib baik time tu takde sape kat rumah. Tapi bila mak aku balik, dia tanya,

''Sarah, rasanya dalam peti ais haritu ibu ada simpan udang. Mana pegi udang ibu ek?''

Haaa sudah kantoi! Aku pun kenalaa cerita dari A sampai Z sebab aku tanak dia tanya dari A sampai Z grr. Sampai sekarang udang sambal aku tu jadi bahan mak aku nak membahan aku. Huh. Sabor jelaa padan muka aku haaa. Tapi aku takdelaa tak reti masak langsung. Aku reti masak nasi, goreng ayam, goreng sosej, masak air, haa apa lagi? Dah boleh ah ni nak jadi menantu orang en asal suami tak kebulur sudah. Kan kan? (iye kan ajelaa).

Bila aku bukak group whatsapp batch perempuan sek aku je, masing-masing buat luahan hati. Semua tengah praktikal jadi suri rumah gak bhahahaha. Yang lelaki aku tak taulaa pulak en sebab setahu aku ada yang tengah kerja sekarang. Kalau yang perempuan ada yang kena uruskan baju satu family dari yang bapak sampailaa yang baby nya. Ada yang jadi tukang masak sepenuh masa. Kena ironkan baju sekolah adik beradik yang lain laa, baju bapak nak pegi kerja laa, baju mak nak pegi wedding semua diorang yang buat. Family diorang memasing amik kesempatan dekat budak yang menganggur kat rumah diorang dengan alasan,

''ko dah tak sekolah ko tolong laa mudahkan keje orang lain yang nak sekolah,''

bhahahaha.

Aku tolong apa yang patut jelaa kat rumah ni. Dah 5 tahun duduk asrama apa salahnya berbakti sikit. At least ada aku kat rumah ni boleh jimat duit van adik aku. Mak aku tak kasi adik aku jalan sorang-sorang pegi sekolah sebab bahaya en budak baru darjah 2 so aku laa yang temankan dia jalan kaki pegi sekolah. Tulaa workout aku hari-hari jalan kaki pegi sekolah bhahaha sebab aku duduk rumah aku suka makannnnn mak aku masak sedap woiiii!

Hahaha. Harap berat tak naik mendadak :(

Kawan-kawan aku ramai tengah otw nak amik lesen. Pergi dengar ceramah laa, amik exam laa. Aku malas nak amik lesen lagi. Kereta pun takdak lagi ahahaha. Grabcar ngan uber kan ada hewhew. Walaupun aku ni dah habis sekolah banyak gak ah aku keluar gi sana-sini sebenarnya. Biasalaa nak reunion bagai kawan bukan ada sorang dua je. Kawan sekolah rendah, kawan tuisyen, kawan time form 3, kawan time form 5, kawan satu taman perumahan. Ahahahaha belum kerja lagi duit dah torobanggg fuh.

Sekarang aku banyak gak ah pergi seminar-seminar yang free macam seminar business ke, pasal saham ke, at least ada laa jugak 'study'nya. Tapi cari yang free-free je ah duit tengah kopak i nak berjimat dulu (cari ilmu freeeee aje ko ahahaha). Aku memang rajin join program-program luar macam konferens ke, forum ke, seminar ke sebab boleh jumpa macam-macam orang and boleh belajar apa yang aku tak pernah belajar kat sekolah. Time ni laa aku boleh belajar kenal dunia luar walaupun aku tak kerja lagi.

Macam hari tu ada sorang akak ni, aku kenal dia masa terserempak kat masjid india time lawatan sekolah hari tu then dia mintak no aku. Dia bawak aku pergi program dia. Ada konferens kat kl hari tu. Konferens tu pasal sistem ekonomi islam dan wanita. Rajin betul dia pegi hantar amik aku kat rumah nasib baik rumah dekat dahlah baru kenal tak malu betul aku ahahah. Banyak pahala akak tu dia nak orang lain dapat ilmu sama en. Memang best ah join program-program macam ni dengan orang luar.

Aku ni tak berapa minat nak tengok tv sangat melainkan kalau ada rancangan yang memang best sebab time hari minggu mak aku tak kasi bukak tv sebab adik-adik aku sekolah. Kawan-kawan aku rajin betul layan drama korea yang berepisod tu. Wifi kat rumah aku ni tengok mood gak ah laju lembap dia. Sebenarnya aku banyak je list movie aku nak tengok tapi sampai sekarang aku tak tertengok maybe sebab benda lain lagi penting kot.

Lepasan spm

5 comments:

  1. seronokla habis belajar dah kan? hehe

    ReplyDelete
  2. wahh...bestnya pergi seminar..

    ReplyDelete
  3. ahahhaha... bila tgh skolah xnak skolah kann... bila dh hbs skolahh rindu pulak nk masok skolah balikk :')

    ReplyDelete
  4. aku lepas habis spm berat naik 2kg. lepas tu habis pulun exercise sebab nanti time amik result takkan nak tunjukkan badan yang dah tembam. hahaha

    ReplyDelete