1 January 2017

Bandung, Indonesia - Day 4

Assalamualaikum

indonesia

dah hari last en shopping jelaa. barang banyak murah. mak aku beli kasut sampai 3 ahahah. baju pun banyak lawa-lawa. kalau kat malaysia baju lawa-lawa macam kat sana mana dapat murah-murah macam harga kat indon. kaki lebam sebab jalan sampai 7 outlet sehari. kalau nak shopping korang tanya je supir korang tu mana tempat yang best price. memang heaven gila shopping kat sini yelaa pegi bawak dua luggage balik malaysia jadi 4 luggage pfft.

indonesia

overall kat sini aku nak cakap pasal kehidupan diorang kat sana. penduduk diorang memang sangat padat. tak tipu. masa sebelum flight aku nak mendarat kan boleh nampak bandar-bandar diorang, memang penuh lampu weyh bangunan diorang sangat padat dan rapat dan penuh. baru keluar airport diorang je dah ada kawasan perumahan, kedai-kedai. tepi-tepi jalan raya tu memang penuh dengan rumah dan kedai dan ianya sangatlaaaa padat. jalan raya memang sempit gila. kadang aku kesian dengan diorang. diorang pun ramai berhijrah ke malaysia kan cari kerja. jalan raya diorang boleh kata sangat kelam-kabut. 

kadang-kadang aku tak pasti jalan tu ada berapa line sebenarnya sebab diorang bawak kereta memang agak biadap sikit main masuk selit-selit jalan orang pastu bawak kereta memang rapat-rapat tapi tak pernah kena langgar laa pulak. pelik hahaha. jalan sesak-sesak macam tu of course laa banyak bunyi hon en. tu yang viral 'om telolet om' tu. siap masuk berita negara diorang kut aku tengok kat tv. hot malaysia hahaha. time kat jalan raya tengah sesak-sesak tu, aku pernah nampak ada dua tiga orang budak kecik duduk kat tepi jalan sambil pegang papan tanda yang bertulis 'om telolet om'. aku tak sure apa motif diorang, pepandailaa korang faham. om telolet om.

kehidupan diorang, kalau yang miskin tu memang daif betul, kalau yang kaya tu memang mewah nak mati serious aku cakap. aku pernah lalu satu rumah ni memang besar gila kalah rumah orang kaya kat malaysia. aku tak taulaa yang kaya-kaya tu hidupnya macam mana. tapi kalau yang miskin tu memang bersepah-sepah kat jalan. tengah tunggu traffic light tu, nanti ada orang ketuk pintu mintak sedekah, takpun jual mainan, takpun menyanyi sambil main gitar. bukan sikit orang-orang macam tu tapi memang ramai. ramai sangat. ramai gak yang jual souvenir kat pejalan-pejalan kaki sampai sanggup kejar orang sampai ke kereta pujuk suruh beli. diorang sanggup buat apa je demi sesuap nasi. kesian, mungkin anak tengah kelaparan tunggu kat rumah. kadang tak sampai hati tengok diorang kerja macam tu. kita ni kat malaysia, nak kerja pun memilih.

lagi satu pekerjaan diorang, jadi pengawal trafik tak diiktiraf. jalan sesak en, so diorang laa yang tolong bagi laluan kereta nak masuk simpang itu ini. pastu nanti yang pemandunya akan bukak tingkap bagi duit kat diorang sebagai tips sebab tolong mudahkan perjalanan diorang. nampaklaa diorang macam ikhlas cari rezeki sebab kalau orang tak bayar pun diorang tak kisah. tu yang namanya rezeki masing-masing. kalau ada orang bagi duit kat diorang tu kira rezeki diorang laa. 

diorang nak berniaga pun saingan banyak. kadang satu jalan tu berderet kedai yang jual barang sama. ni pun orang kata rezeki masing-masing. kadang tu sampai sehari takde pelanggan langsung. apa pun kita kat malaysia ni patut bersyukur negara kita tak macam diorang. at least dapat hidup selesa. tu pun still terhegeh-hegeh cari kemewahan nak tunjuk kat satu dunia. Allah kata kalau kita ada rezeki lebih, rezeki tu bukan kita punya sorang sebab ada dalam rezeki kita tu bahagian orang lain jugak. sedekah :)

indonesia

lepas dah penat shopping sampai petang, pukul 5 kitorang dah sampai airport nak balik. flight pukul 7:30 malam asalnya tapi delay dekat sejam lebih sebab hujan. takut wey sebab masa naik flight malam tu, kapal terbang kitorang bergegar banyak kali kut. membazir je makanan aku tak usik langsung sebab pening takut nak makan. 

sampai rumah, tido Zzzzz....

1 comment:

  1. wahh bestnya vacation! elsa tak pernah sampai sini lagi. have fun sis :*

    ReplyDelete