24 December 2016

Kau masuk sekolah AGAMA?

assalamualaikum

overall setakat ni result upsr dengan result pt3 je yang dah keluar kan. tinggal tunggu result spm je (and im scared omg!). macam mana laa rasanya amik result eh? sebelum ni masa amik result pt3 tak rasa macam tengah amik result pun sebab aku tak rasa macam tengah amik pt3 pun time tu ahahahahahaha #gelaklaasikit #supportakuweyh

kay, gila.

kalau spesis manusia macam aku ni, yang DAH HABIS SPM dan DAH HABIS SEKOLAH ni (best gila weyh), dalam kepala otak ni dah tak payah nak penin penin fikir pasal sekolah untuk tahun depannya. kadang-kadang bila teman adik-adik beli barang sekolah, aku baru teringat,

''lupa pulak aku dah tak sekolah tahun depan ahahahaha,''

dan adik-adik aku pandang dengan rasa tak puas hati. H A H A H A.

yang masih bersekolah tu, terutama yang BAKAL menduduki upsr 2017 / pt3 2017 / SPM 2017 tu (jahat sangat tak aku buat comeback untuk diorang? ahahaha), selamat meneruskan perjuangan korang eh, nak jadi pelajar malas macam aku boleh je, tapi korang jangan berangan tinggi sangat nak result kebaboom and then satu sekolah hargai kau time majlis anugerah kecemerlangan akademik. no no no. tapi kalau korang rasa sayang mak ayah korang tu, yang sudi berpenat-lelah kerja cari duit nak sekolahkan korang supaya korang jadi manusia berguna tu, cubalah yang terbaik untuk diorang, okay? at least, USAHA , doa dan tawakal :)

kepada yang nak pindah sekolah, terutama yang dah habis upsr dan pt3 tu, korang nak belajar kat mana pun, belajarlah. semua sekolah ada kelebihan dia sendiri. dulu masa darjah 6 aku nak sangat masuk mrsm. last last aku masuk smka. kalau Allah dah tetapkan korang kat suatu sekolah tu, terima jelaa. jangan ngengada call parents kata nak balik. jangan jadi macam aku. homesick sampai 6 bulan. perit kot tahan derita homesick selama 6 bulan kat asrama tu tsk tsk. beria tulis kat diari,

''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''TAK TAHAN AH DUDUK ASRAMA''

last last, 5 tahun gak aku sekolah situ. elok je aku jadi orang. haa, 'mantera' yang aku selalu sebut time form 1 dulu dah jadi ayat sensitif bagi aku bila ada junior lain bawah aku yang sebut perkataan tu. punya best gila sekolah ni bila dah 5 tahun aku kat sini. see? benda baik akan sentiasa datang, cuma cepat atau LAMBAT je. biasa ah, semua orang yang pernah duduk asrama akan rasa macam tu. dah lama sikit baru feel 'seronok'nya duduk asrama.

tapi, ada benda aku nak bincangkan kat sini sebenarnya.

hmm.

sekolah agama.

ramai yang pertikaikan. bila budak-budak sekolah agama keluar dari sekolah en, diorang akan cakap, ''tak nampak macam budak sekolah agama PUN.''

aku tak salahkan diorang. kadang-kadang aku sendiri rasa macam tu. sebelum aku daftar masuk smka, dalam otak aku macam-macam dah pikir,

''akak-akak kat sana mesti semua baik-baik kan?''
''mesti labuh tudung diorang,''
''budak-budak laki diorang mesti tak nakal macam budak-budak kat luar kan?''

hahaha punya positive-minded aku. dan salah.

kalau dah namanya pun manusia. akan ada tak perfect dari segi amal ibadatnya, akhlaknya. yang maksum cuma Nabi je. kita bukan nabi. kita ummat ja.

sekolah agama bukannya kilang yang boleh proses budak jahat jadi budak warak.

tapi satu je nak pesan. kalau Allah dah bagi kita peluang bersekolah di sekolah agama, apa salahnya kita amik walaupun sedikit tarbiah yang ada kat sekolah tu. at least bila kita keluar, kita tak rugi. untung orang yang dapat rasa tarbiah ni, tanda Allah sayang.

semua benda ada baik buruknya. sama macam smka. kalau kau amik yang baik-baik je, inshaAllah apa yang kau dapat pun semuanya baik-baik. kalau kau tegar sangat nak ikut yang buruk, jadi buruk jugaklah walaupun kau title 'budak smka'. tak guna.

sebenarnya semuanya bermula dari diri sendiri. yang nak berubah diri sendiri. pilihan di tangan masing-masing. sama ada nak ambik yang baik atau buruk. doalah supaya Allah tak henti-henti bagi hidayah kat kita semua, kan?

aku harap, korang yang dapat tawaran ke sekolah agama ni, gunakan peluang yang ada sebaiknya. tak semua orang dapat rasa peluang untuk jadi penyebar agama Allah, kan?

selamat malam :D

1 comment: