31 December 2016

Bandung, Indonesia - Day 2

Assalamualaikum

kat sini, waktu solat dia semua awal sejam dari malaysia. pukul 6:30 pagi langit dah cerah. lepas semua dah bersiap mandi macam biasa breakfast kat hotel dulu sebelum gerak ke mana-mana. sedap gak ah makanannya sama je macam kat malaysia cuma kat bandung ni diorang suka makan sekali dengan keropok. keropok yang warna-warni tu tapi aku tak suka keropok.

first kitorang pergi rumah kain (kedai apa ntah nama sebenarnya). tempatnya macam rumah biasa je tapi diorang jadikan rumah tu tempat kerja diorang. diorang jahit baju, telekung, langsir semua kat situ. banyak ah kain lawa-lawa kat situ. kain batik diorang en lawa-lawa tapi aku beli telekung je. memang murah weyh quality pun sebijik macam jenama telekung mahal kat malaysia. endon tu suruh mak aku beli 20 telekung bawak balik malaysia nanti jual balik harga mahal tapi mak aku taknok hahaha.

time nak bayar tu diorang tanya, nak tempah jahit langsir tak?

mak aku pun, ''haa? langsir? tahun bila nak siap?''

kat sini diorang jahit memang laju weyh. hari ni ko tempah esok pagi dia dah siap. and then bila dah siap ko tak payah susah-susah redah jalan jammed semata-mata nak amik langsir kat tempat diorang, diorang boleh hantar sendiri kat hotel korang je. free delivery. tapi buat apa mak aku nak tempah langsir en bukannya nak raya pungg :3

DUSUN BAMBU

lepas tu kitorang pergi ke dusun bambu. dusun bambu ni sesuai kalau korang nak spent time dengan family lama-lama. satu hari kat sini pun kau tak bosan sebab banyak benda best. lepas tu kat sini banyak tempat lawa kalau nak bergambar.







keje aku macam biasa ah. kena layan aktiviti adik aku. apa pun aku seronok sebab dah lama tak merasa jadi budak-budak en. kalau aku yang mewarna sorang-sorang kang lain macam pulak orang tengok so aku boleh tumpang adik aku hewhew.



padang dia ni best weyh. rumput dia rumput palsu je. so kalau korang baring golek golek pun baju tak kotor sebab takde tanah. kalau hujan pun at least baju basah jelaa. rumput plastik.


kalau tengok nabilah punya feel pun dah macam ni, kau rasa? kalau padang ni tempat tertutup and ada perempuan je dah lama aku baring and take a nap Zzzzzz.. takpe. duduk je pun dah sedap. 


ni orang panggil 'es lilin'. diorang bungkus dalam plastik lut sinar. kecik je aiskrimnya. tapi aiskrim malaysia tetap yang paling sedap ah (kbye). mak aku makan aiskrim ni sambil buat fish spa dengan adik aku. time tengah teman mak aku fish spa tu, ada sekeluarga indon datang jenguk. maybe yang si abang tua tu nak try fish spa, dia pun tengok-tengok jelaa dulu. tiba-tiba bapak dia kata,

'eh jangan! hilang bulunya nanti.'' sambil tunjuk bulu kaki anak dia. 

anak dia terus lari tak jadi nak try fish spa. hahaha!

FLOATING MARKET

kat floating market ni ada macam-macam makanan. banyak gila weyh serious! dekat indon aku tak tau ah sosej tu makanan ruji diorang ke hape tapi sosej memang paling ramai jual. kalau naik kereta tengah tunggu jammed tu mesti ada orang ketuk tingkap jual sosej. satu jalan tu ada berapa orang tah jual sosej sepanjang perjalanan tu. tapi kat sana diorang tulis 'sosis' bukan sosej so memula aku pikir makanan apa nama sosis sosis tuh hahaha.

tapi satu ah kurang. tempat solat perempuan dia tak berapa selesa sangat. tempatnya terbuka so make sure sebelum datang sini korang dah solat. lepas solat tu, ingat nak cari makan, tapi ayah pulak hilang (ke kitorang yg hilang beramai-ramai?). tempat tu dah lah besar tambah pulak SESAK nya haduhh. tapi aku tak masuk pun market terapung tu sebab sesak sangat pastu asap diorang masak tu berkepul-kepul dalam market tu so kitorang jenjalan kat luar yang banyak tempat souvenir dan sosis je (hahaha).




disebabkan kitorang tak sanggup nak masuk market tu so kitorang makan jelaa apa yang ada jual kat luar ni. sosis pun sosis laa hahaha. lepas siap makan kitorang terus gerak balik. cari outlet untuk shopping. 


malam tu pulak macam biasa laa cari kedai makan best untuk isi peyot. malamnya kitorang makan padang. makan padang bukannya kitorang makan padang rumput tadi. makan padang tu korang duduk je kat meja pastu tunggu pekerja kedai makan tu serve makanan korang TANPA KORANG ORDER. setiap lauk diorang letak dalam setiap pinggan/mangkuk. pastu korang makan lauk yang korang nak makan JE sebab kalau korang cuit sikit walaupun tak usik lagi dua ketul ayam dalam pinggan tu, diorang akan charge harga untuk SEPINGGAN bukan seketul ayam. nak tanak kena habiskan gak ah kalau taknak membazir. sebab tu kena pilih lauk yang betul-betul korang nak makan. tapi sedap. makanan aku semua sedap. #food4life

No comments:

Post a Comment