I'm Glad To Be Part Of Them, Sea Games Kuala Lumpur 2017

Assalamualaikum

Hoyeayyyy! Tahniah Malaysia! I'm so proud of you. Juara sukan sea kali yang ke 29 and sesungguhnya aku bersyukur and berasa bangga sebab dapat jadi salah satu tulang belakang sukan sea tahun ni hihi. Dato' KJ pernah cakap yang volunteer adalah tulang belakang penganjuran sukan sea 2017 so no wonder ramai gila nak jadi volunteer.

Ramai member aku bengang dengan aku sebab katanya aku jadi volunteer tak ajak diorang. Bukan tak nak ajak tapi masalahnya dah terlambat hahaha. Mulanya camni, pendaftaran sukarelawan ni pernah dibuka dua tahun lepas, around 2015 tak silap. Ke 2016 ntah aku pun lupa. Masa tu aku tengah blogwalking and ramai blogger share pasal pendaftaran tu. And aku pun saje jelah isi borang online padahal masa tu sukan sea pun aku tak tau mende apa (ye aku memang noob tapi dulu laa). Then tiba-tiba lepas aku habis spm kecoh pulak ramai dah dapat panggilan pergi latihan untuk jadi volunteer tu.

Aku pun masa tu baru teringat lah yang aku pernah register once upon a time en, nasib aku ingat hahaha. Aku pun check lah sekali tak dapat panggilan lagi. Aku tanya-tanya ah orang lain yang register jugak nape aku tak dapat panggilan lagi? Tiba-tiba jadi semangat nak amik tahu pasal sukan sea punya volunteer sebab orang lain pun ramai semangat pasal benda ni so semangat tu terjangkit pulak hahaha. Diorang kata, cuba email pihak sekretariat. Bagi details ic semua en. Then dapatlah panggilan pergi ke latihan umum sukarelawan sukan sea kat ukm masa bulan februari 2017. Aku pernah cerita pasal latihan tu kat entry ni, https://messarah.blogspot.my/2017/02/latihan-sukarelawan-sukan-sea.html

Lepas aku masuk unisza, dapat panggilan latihan khusus pulak ikut bidang tugas masing-masing. Masa tu bulan 7 kot. Kiranya syarat nak jadi volunteer sukan sea ni kena attend kedua-dua latihan sukarelawan ni kalau tak kira tak dapat lah jadi volunteer. Satu latihan umum, satu lagi latihan khusus. Kitorang attend latihan pun dapat sijil tapi dengan syarat kena attend dua-dua latihan sebab dia bagi sijil latihan masa latihan khusus. Masa latihan kedua kitorang dapat tshirt sebagai tanda diorang appreciate sebab kitorang semangat datang latihan nak jadi volunteer hahaha. Tu baru tshirt latihan je belum tshirt rasmi bertugas tu. Latihan kitorang dua-dua kat ukm and makan, hostel masa latihan tu semua free.

Dah habis latihan tu lega ah sebab tinggal tunggu panggilan bertugas and jadual je. The same thing happen again (email aku tak dapat lagi) so aku call and email pihak sekretariat. Barulah dapat surat panggilan bertugas under sajian di venue kriket iaitu di kinrara oval puchong. Aku faham volunteer ramai gila nak mampos kot so that mesti ada sorang dua yang tercicir and i'm one of them hahaha. Then kena amik volunteer kit bersama kad akreditasi kat msn. Kad akreditasi ni kitorang kena pakai sepanjang bertugas.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Sea Games Kuala Lumpur 2017
sumber ihsan dari group whatsapp sukan sea hihihi

Bahagian sajian di venue kriket total ada 6 orang volunteer plus 2 orang penyelaras volunteer dan semuanya perempuan. Every day aku nak ke sana aku akan jadi perantau yang naik ktm dan lrt selama 2 jam hahaha sebab rumah i jauh nun di sana cita-cita kita. Ni first time tau aku naik train sorang-sorang. Sebab tu ada moment aku tersesat kat kelana jaya lah (tetibe), salah naik train lah, konpius nak naik platform mana lah, salah masuk koc. Adoyaiii.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
ktm

Malu tu memang aku kena tanggung sorang-sorang woiii sebab aku sorang duk jauh and naik train sorang-sorang. Haaa, fyi kitorang dapat access naik lrt free dengan hanya tunjuk kad volunteer tu kat kaunter. Tapi ktm jelah kena bayor sekali naik rm2.90. Banyak kali gak sebenarnya aku kehulur-hilir dalam stesen lrt and ktm sebab tak tau nak ke mana-mana enn aku pening tengok platform dia hahaha. So everytime aku kena bukak google maps masa nak naik lrt and ktm hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. Lama-lama aku biasa dah. Tapi takdelah tiap masa aku naik train, ada masa kalau parents aku rajin nak amik, diorang amik. Tapi aku tak nak susahkan diorang sebab jauh, jammed orang balik keje lagi so masa nak hari last-last duty tu fully naik train je.

Tugas aku kena jaga area vip lounge. Ada laa gak kena jadi macam caterer sikit tapi kitorang mostly pada tolong-tolong caterer jelah. Kitorang duty ikut shift. Kalau shift pagi tu dalam jadual suruh datang pukul 9 and balik kul 2. Tapi ada pernah sekali aku datang shift pagi kul 9 tu, memang bosan gila kot dalam vip lounge tu sebab pagi-pagi cemtu mana ada vip nak makan sangat. So start from that day bila shift aku pagi aku akan selalu sampai sana dalam pukul 10 lebih hahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
surau tertutup

Kalau bab solat aku lagi selesa solat kat lrt kinrara tu sebab kat venue kriket tu dia just sediakan khemah bertutup even ada kipas besor gila tapi still rasa bahang kalau time tengahari buta tu and kena amik wuduk kat luar.  Kalau lelaki boleh lah tonggeng tonggeng amik wuduk kat paip tepi khemah tu tapi yang perempuan tu ofkos lah kena pegi toilet amik wuduk. Toiletnya pulak toilet bergerak yang kat luor tu and aku memang tak pernah guna toilet tu sebab bahang gila and takdo paip T_T Sebab tu aku selalu curi-curi masuk toilet anti doping tapi aku masuk masa memang takdo orang laaa hahahaha orang sekretariat pun ramai je curi-curi masuk sebab semua tak sanggup guna toilet bergerak tu hahaha.

Kerja aku kat sana takdelaa berat sangat pun cuma tiap kali balik mesti aku letih gila sebab naik train lama gila en. Lagi parah gila kalau tak dapat tempat duduk and kena berdiri dalam train sepanjang masa. Dah lah aku ni mabuk segala kenderaan. Naik tren dalam masa yang sangat lama itu merupakan satu penyeksaan mini bagi aku hahaha. Tapi best sebab bukan selalu aku naik tren sowang sowang muahahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Dekat area seat penonton tu hari-hari kosong. Tapi kalau time malaysia lawan ada laaa jugak orang tapi still banyak kosong hahaha. Kriket ni kan sek sek bangla yang main. Memang tak famous sangat pun kat malaysia ni. Siap ada isu emas kriket tak dihiraukan pihak media lagi tu yang tak pernah masuk astro arena tu. Lepas timbul isu tu baru lah ada interview kat kinrara oval ni masuk astro arena kejap hahaha. Baru ingat nak nyelit masuk dalam kamera sebab nak masuk tv konon-konon macam volunteer tengah tolong-tolong atlet ke apa tapi aku ni bidang sajian so kerja aku dalam vip lounge je. Nak keluar pegi toilet pun kena mintak izin (haha takdelah at least kena bagitau je) nanti diorang cari volunteer sajian dah hilang hahaha. Sebab volunteer sajian kat kinrara every shift ada dua orang je.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Kerja aku lebih kurang je macam caterer tapi most kerja caterer lah yang kena buat. Volunteer just tolong-tolong je. Tolong serve vip makan, ambikkan air untuk vip, clearkan meja lepas vip makan, susun pinggan cawan sudu semua, check makanan dalam tray nak kena topup or tak, tolong habiskan makanan. Yang last tu paling best ah. Kadang tu vip lepak dalam cafe ni sebab nak tengok astro arena atau pun tengok match kriket dari dalam je. Lagipun vip lounge tu tempatnya beraircond memang tempat melepak yang best. Kitorang yang volunteer dengan caterer pun lepak-lepak je. Kalau diorang nak makan baru buat kerja. Simple. Bukannya diorang nak makan 24 jam kan.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
Boleh tengok game sambil makan

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Aku tak sure lah volunteer sajian kat venue lain macam mana kerja diorang. Tapi kat tempat aku kitorang boleh je cuit cuit makan sikit. Tapi kena sorok-sorok lah sikit dari orang atasan or volunteer lain sebab nanti diorang dengki sebab diorang kena makan guna duit sendiri hahaha. Pihak caterer tu bagi je kitorang tumpang-tumpang makan sikit sebab everyday memang akan ada makanan yang tak habis dan dibuang. Standardlah catering kan. Sebab tu dia bagi je kitorang makan lagi pun kitorang kerja sebumbung dengan diorang. 

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Kalau nak feeling ala-ala kenduri sikit angkut sepinggan masuk dapur terus. Settle. Boleh makan dengan aman damai. Lepas makan basuh pinggan sendiri hahaha. Menu diorang yang paling aku suka ofkoslah tomyam weyh. Feveret pulak tu. Sedap gila. Haaa nama catering ni segi seri so kalau nak buat kenduri kahwin boleh search and hire diorang muahahaha. Haa lagi satu, milo kan sponsor official sukan sea, and dalam vip lounge ni memang disediakan satu mesin auto milo tau so hari-hari aku minum milo. Kalau orang lain nak minum kena tunggu van milo datang venue baru boleh minum. Tak sia-sia aku pilih bidang sajian masa register dulu hehehe. Makan sedap pulak tu huhu.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Mostly aku kerja semua dengan orang-orang yang jauh beza umur dengan aku. Paling dekat pun ada dua orang akak caterer yang umurnya 20. Diorang pun part time je tengah study lagi. Yang volunteer mostly student around 22-25 tahun. Yang katerer pun ramai dah dekat 30-an. Yang penyelaras kitorang tu dua-dua dah kahwin. Penyelaras baju dia memang lain lah dari kitorang. Kitorang volunteer hari-hari oren je nampak giler strikingnya hahaha macam rimau huhu. Kalau naik lrt tu nampak baju oren lengan hitam tu haa volunteer laa tu hahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Diorang ni semua best. Sporting. Akak yang tudung bercorak belakang tu aku ingatkan garang tapi sporting je hahaha. Masing-masing suka buat lawak orang tua. Masing-masing kuat makan hahaha. Ada pernah sekali tu dato' KJ datang tau so ofkoslah dia akan datang makan kat vip lounge. Seharian tu dok tunggu je bila dia nak datang makan sebab aku nak tolong serve dia hahaha. Masa tu aku tengah basuh pinggan kat dapur then bila aku keluar dari dapur dia pun baru keluar dari pintu bilik yang sebelah dapur tu (ntah bila dia sampai) so that time i was like oh my oh my oh my oh my matanya melemahkanku hahahahahahahahahaha for the first time he was standing in front of me siap sedekah (senyum) pulak tu. Nak amik gambar dengan dia tapi fikir dia tengah nak makan ennnnnnnn ennnn ennnn so aku sempat bukakkan tray jelah untuk dia hm.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Kinrara Oval

Yang ni masa malaysia lawan and time tu aku shift malam. So nampaklah jugak ada manusia kat seat penonton tu even banyak lagi kosongnya huhu. Riuh gak ah malam tu penyokong malaysia bersorak cumanya tak segempak kat venue lain laa huhu.

Cricket

Kebetulan masa last day aku bertugas tu ada penyampaian hadiah untuk kategori perempuan kriket so rimau pun ada! Aku paling beriya ajak diorang turun amik gambar dengan rimau sebab aku dah last day enn rasa macam nak bergambar dengan semua orang walaupun dengan yang takde kaitan hahaha. Ntah laki ke perempuan dalam tu aku main tibai je peluk tangan dia gebu doo hahahaha. Dah last day tu tiba-tiba rasa macam kalau boleh nak hari-hari ada sukan sea hahaha. After this, no more notifications from group whatsapp sajian official, group kinrara oval, group kriket, group kohort ukm, group sajian kriket, group girls vip lounge kriket because i'm gonna leave all those group sebab nanti naik sem 2 lagi banyak group whatsapp aku kena join hahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Jadi volunteer ni, kitorang dapat token RM50 sehari as duit makan. Kalau ikut kan makan pun diorang nak sediakan untuk volunteer so that volunteer memang tak akan terima sebarang bayaran tapi sebab ada kes vegetarian lah apa lah, diorang buat inisiatif untuk bagi token makan. So makanlah apa yang ko nakk. Kalau macam aku, advantage dah banyak sebab aku makan boleh tumpang catering je hikhik. So duit token aku tu kira macam elaun lah walaupun tak banyak tapi okaylah. Penat lelah aku naik lrt sampai dua jam pegi balik tu lebih dari berbaloi dengan pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bertugas. Sebab bukan every year pun kita jadi tuan rumah sukan sea.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
Ini je pun yang saya mahukan :3



#waufactor #sukansea2017 #kualalumpur2017 #seagames 

10 comments:

  1. wah pengalaman yang berharga tu :)

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya baca pengalaman jadi volunteer sukan sea. Kalo CR duk area sana pun teringin gak nak jadi.

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat turut serta. Dapat gak invite untuk join dari 1M4U tp jauh sangat nak pergi...

    ReplyDelete
  4. pengalaman yang baik, lepas ni boleh teruskan jadi sukarelawan di bidang2 lain pulak selain sukan ye tak

    ReplyDelete
  5. Saya pun register. Kne panggil dah. Tp xpergi sbb bebanan kerja. Hihiii

    ReplyDelete
  6. wow...terbaiklah...dapat jadi sebahagian dari volunteer

    ReplyDelete
  7. dah menjadi sejarah buat diri sendiri

    ReplyDelete
  8. I'm quite depressed because I have missed this golden opportunity. But what can I do, examination never let me go hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. same goes to my friend. sokay just wait for another 16 years hahaha

      Delete
  9. Pengalaman yang ohsem.. Bukan senang nak dapat
    . Congrats..

    ReplyDelete