26 August 2017

Apa nak buat lepas SPM sementara tunggu tawaran sambung belajar?

Assalamualaikum

Aku ni jenuh gak memikir apa nak buat kat rumah selama 6 bulan lebih selain daripada mereput sampai gila. Cuti almost 6 month kot takkan takde nak plan something worth untuk cuti tu? So, aku banyak explore something untuk jadi aktiviti cuti aku even adalah jugak hari yang aku mereput secara tak sengaja hahaha. Kat bawah ni aku share some aktiviti yang aku buat masa cuti after spm tapi tak semua kat bawah ni aku buat. Some of them are from my friends too :)

BATCH 19 KUSISS
rindunya zaman spm :')

1) Pergi Kelas Al-Quran

Aku takdelah mendaftar mana-mana kelas al-quran. Tapi aku ada pegi kem kat satu pusat tahfiz ni. Kem tu dua minggu kat pusat tahfiz tu and aktiviti dia sama macam rutin harian student tahfiz kat situ. Kira macam jadi budak tahfiz laa kejap tapi cuma two weeks je huhu. Sajelah nak try. Nak rasa macam mana jadi budak tahfiz kejap. Dalam kem ni pun belajar al quran jugak. Ada latihan menghafal surah-surah pendek dan panjang.

Act kem ni macam nak biasakan rutin pelajar tahfiz dekat budak-budak luar, so siapa rasa boleh go on nak terus jadi pelajar tahfiz situ boleh terus interview and biasanya siapa yang interview time kem tu biasanya dapat je sebab ustazah nak tengok kesungguhan ko je sebenarnya. Tapi aku takdoklah nak interview pulok hehe. Lepas spm pun apa salahnya pegi belajar al-quran lagi walaupun dah khatam. At least belajar perbetulkan bacaan semua tu je. Nanti dah kahwin boleh ajar anak-anak mengaji hahaha. Kalau rasa tak tau nak buat apa sangat tu pegi je register kelas mengaji. Tak rugi mana pun. Dapat pahala lagi. Pahala belajar al quran and pahala baca quran. Ilmu akhirat tu. Haaa.


2) Holiday/Spent Time Dengan Family

Biasa, tiap kali akhir tahun family banyak plan trip untuk keluarga. Melancong sana-sini. Sebelum habis spm tu try laa tanya-tanya laa parents korang, "takde family trip ke tahun ni bersempena dengan kakak/abang dah merdeka dari spm?" hihi. Try cari masa untuk luangkan masa dengan family sendiri. Yang duduk asrama tu dah bertahun-tahun tinggal jauh dari family apa salahnya spend time dengan family sendiri especially dengan parents. Nanti dah sambung belajar, kena tinggal berjauhan dengan family lagi. Tak semestinya kena holiday jauh-jauh vacation mahal-mahal. Setakat pegi makan ramai-ramai kat kedai makan pun okay. Buat usrah ke antara adik-beradik. Gunakan masa yang ada untuk family and parents sendiri.


3) Hangout Dengan Kawan-kawan

Dah habis sekolah, mestilah rindu kawan-kawan lagi-lagi yang duduk asrama memasing jenis tinggal jauh-jauh. Kalau nak lagi best buat reunion satu batch terus. Aku last jumpa kawan-kawan aku masa bulan november time spm tu, bulan 4 tahun depannya tu baru kitorang buat reunion. Empat bulan lebih dah tak jumpa ko boleh bayangkan en betapa gumbiranya daku melihat wajah-wajah hingusan hostelmate aku hahaha.

Reunion kat hotel buat hi tea konon macam grand bayor memahal tapi makan sikit je sebab masa banyak habis bersembang + bergambar dengan kawan-kawan je. So mana-mana yang nak buat reunion tu dinasihatkan tak payah buat kat hotel grand-grand pun takpo asalkan dapat jumpa member kan? And cubalah cari trip plan yang mengeluarkan bajet paling minima. Jangan sebelum masuk U dah berjebon sana sini habiskan duit mak bapak. Save sikit untuk kegunaan sambung belajar nanti.


4) Ambil Lesen

Yang ni satu perkara yang aku tak pernah buat lagi sampai sekarang even aku dah nak masuk sem 2 hahaha. Kawan-kawan aku ramai lah jugak yang dah ada lesen. Aku tak tahu kenapa aku tak amik lesen lagi sampai sekarang sedar-sedar je aku dah masuk universiti ahahahaha.  Aku cuma fikir yang nak amik lesen tu bayor mahal so aku kiv sampailah ke hari ni. Kebaikan tak amik lesen duit jimat lagilah kalau nak menyimpan untuk yuran universiti nanti kan.

Keburukan dia banyak gilo. Kalau kau jenis yang suka merayap macam aku ni memang merana. Biasalah dak dak lepasan spm ni dah rasa diri tu besorrr tetibe rasa macam bebas pulak nak jalan ke mana mana. Ni tak aku bila dah masuk U ni, walaupun ada banyak kereta yang disewakan untuk student, aku still kena harapkan housemate aku yang drivekan atau abe grabcar. So silalah preparekan diri anda dengan ilmu driving dan LESEN KERETA/MOTOR sebelum melangkah ke universiti. #sayataktahubilaturnsayaambillesenhuhu


5) Kerja Part Time / Full Time

Ramai member aku lepas spm terus cari kerja. Katanya takut masa di rumah banyak dihabiskan tanpa generate any money hahahah bagi diorang satu minit tak sekolah tu boleh buat duit pergh. Aku start keja awal bulan 4. Berhenti kerja akhir bulan 4. Hahahahaha what the fish aku kerja sebulan je. Adalah something problem yang menyebabkan aku terpaksa berhenti terlalu awal (bukan diberhentikan okayhh).

Korang cari kerja ni kena ingat, bukan gaji yang jadi prioriti. Pengalaman tu yang penting. Biasakan diri dengan suasana alam pekerjaan walaupun ko hanyalah seorang cashier. Nanti bila kerja, boleh belajar macam mana nak bersosial dengan staff lain, dengan boss, dengan customer. At least, pengalaman korang tu berharga. And korang akan belajar betapa susahnya mak bapak korang tu cari duit. Nanti masuk U ada laa kesedaran sikit nak berjimat hahaha.

So peringatan untuk lepasan spm yang nak kerja sementara masuk U, carilah sebanyak mana pengalaman. Kalau every month ko nak kerja tempat lain-lain tu pun it's up to you. Gaji tu takyah lah nak berkira sangat act budak diploma pun starting gaji berapa je. Yang penting pengalaman and kita tolong orang lain yang ada bussiness daripada buat benda tak berfaedah and banyak mereputz kat rumah. Tolong kemas rumah taknak en so better pi kerja daripada menyakitkan mata mak bapak hang sebab asyik duk menonggeng je kat rumah.

Aku nak bagi tips untuk budak lepasan spm nak cari kerja. Macam pengalaman aku, area rumah aku tu ada satu kawasan memang deretan kedai yang memang banyak gila nak mampos. Masa tu aku cari kerja dengan sorang kawan aku. Mak aku hantar kitorang kat hujung kedai then kitorang masuk every kedai and tanya "ada kerja kosong untuk lepasan spm tak?".

Muka tu kalau boleh biar ditebalkan setebal tebalnya. Biasa diorang akan mintak korang tinggalkan nombor telefon untuk diorang panggil bila-bila or sometimes akan ada interview terus. So prepare jelaa. Pastikan masa korang mintak kerja tu buat laa action macam betul-betul nak cari kerja. Jangan fikir duit duit duit duit jeeee. Kang awal-awal dah kena reject sebab tak semua nak pekerja dari budak spm.


6) Join program, event atau seminar

Kalau dah kerja pun malas, join mana2 program yang BERMANFAAT. Kat Malaysia ni belambak orang anjurkan program program yang banyak bagi manfaat. Kalau poket kering, program program yang free pun banyak. Apa salahnya kan join event usrah ke, majlis ta'lim ke, seminar bisnes ke (bagi yang dreaming nak jadi bisnesman/woman), pesta buku ke, event keusahawanan ke, bengkel penulisan ke. Nampak macam tah pape kan? Kalau kawan korang join mesti korang gelakkan sebab macam tah pape en? Believe me, SANGAT TAK RUGI  kalau korang join benda benda ni sebab korang akan dapat ilmu yang LUAR DARI SILIBUS korang. Ilmu Allah tu kan luas, 'belajar' tak semestinya kat sekolah je.


7) Tolong ringankan beban parents

For those yang masih ada mak ayah tu, tolong tolonglah apa yang patut kat rumah tu. Mana tau mak hang tak cukup tangan nak jaga adik-adik korang ke. Maybe selama ni parents korang selalu hantar baju ke dobi, tapi dah alang-alang kat rumah takde buat pape, koranglah pulak yang mendobi baju family korang. Boleh jimatkan kos dobi untuk 5 or 6 bulan pun okay. Tolong mak basuh pinggan, masak lunch or dinner, buatkan breakfast.

Nampak macam jadi kuli eh? Tak ah. Kalau korang betul-betul buat ikhlas untuk family korang, pahala sentiasa mengalir je selagi korang tak merungut. Mana tau hubungan family yang selama ni renggang terus jadi erat gila nak mampos, why not? Sebab korang buat untuk FAMILY korang sendiri. Every time korang duduk rumah je. Percayalah, nanti korang dah masuk U, koranglah manusia paling dirindui sebab dah takde 'orang gaji tak berbayar' kat rumah hahaha.

Kalau mak ayah ada kedai ke apa pun boleh tolong-tolong diorang. Tak payah diorang susah susah gajikan orang lain untuk tolong diorang. Ingat, pahala sentiasa mengalir kalau korang tolong family korang sendiri lagi-lagi your parents. Nanti dah sambung belajar, busy dengan assignment semua susah nak cari masa free tau.



8) Ambik kelas tambahan/kolej swasta

One of my friends ada yang lepas spm terus sambung belajar without any cuti. Dia register kolej swasta and dapat scholarship. Orang lain semua hangout sana-sini dia busy dengan exam lah blablabla. Dia kata dia okay je dengan pembelajaran kat situ so dia teruskan je. And dia tak apply upu hahaha. Tapi benefit dia, after habis belajar dia boleh terus kerja dengan syarikat tu. Bukan calang-calang syarikat tauuuuuuu.



.................


Kesimpulannya, carilah sebanyak mana peluang untuk korang manfaatkan sepanjang cuti korang after spm ni. So far ni je kot (kekeringan idea bhahahah). Pape nanti kalau tiba-tiba i teringat i tambah hewhew.

25 August 2017

DAY 10 | One Confession

Assalamualaikum


Akhirnyaaaahhh! Sampai juga challenge hari kesepuluh. Fuhh. Sebulan ye ko buat #10daychallenge ni jemahh. Hm untuk challenge hari kesepuluh ni aku bingong sikit. Apa benda yang aku nak confess kat korang eh? Kalau confess feeling kat crush tu aku expert dah hahaha. Ke korang yang nak confess kat aku? Muahahaha. Kalau ada sila ke sayat.me kat sidebar blog okeyh haha.

Tiba-tiba aku rasa nak confess satu feeling aku, yang selalu buat aku rasa unexpected something tu dah jadi. It's about my father's death. Perkara paling UNEXPECTED dan sangat buat aku rasa SHOCKED. Ayah aku ni kurus biasa biasa orangnya, jarang sakit, umur masa tu pun baru 35 tahun. Dia jenis yang aktif bersukan jugak. Ayah selalu join cycling dengan kawan-kawan dia. Setiap kali dia demam ke, biasa sekejap je dah baik. Kira ayah jarang lah sakit teruk. 

Masa bulan 4 time aku darjah 6, ayah dapat tawaran kerja dekat sebuah syarikat. Ayah lulusan bahagian IT Engineering and sebelum ni pernah bekerja dengan syarikat lain. Kiranya pengalaman kerja dah banyak lah. So beberapa bulan lepas tu je, ayah dinaikkan pangkat sebab prestasi kerja dia bagus. 

Tak silap aku laa, disebabkan dia dinaikkan pangkat tu, company hantar dia dengan sorang partner dia pergi training kat Germany for a week. First time doo pegi overseas. Aku as anak dia of courselah bangga. Dalam masa seminggu tu asyik dok kira jee bila ayah nak balik malaysia sebab tahu ayah ada beli souvenir dari jerman untuk kitorang hehe.

Ahad/Isnin, raya haji 2011

Then masa amik ayah kat klia tu, muka ayah pucat gila. Demam. Selama ni kalau dia demam pun taklah sepucat macam tu. Start from that, hati aku rasa lain macam. Ibu nak terus hantar ayah ke hospital tapi ayah taknak, katanya nak balik rumah dulu, rehat kat rumah, nak makan daging masak kicap. 

Petang tu jugak kitorang bawak dia pergi hospital kpj damansara. Kitorang pun tunggu jelah kat ruang menunggu kat luar sementara ayah jumpa doktor kat dalam. Tiba-tiba ada nurse bukak pintu doktor tu, ayah aku pun keluar. Tapi ayah dah duduk atas kerusi roda! Bagi aku, orang macam ayah yang selama ni aku jarang tengok dia sakit, bila dia atas kerusi roda, air mata aku terus jatuh tau. 

Nurse bagitau kidney ayah dah rosak. Dah tak boleh banyak berjalan. Ada banyak kemungkinan ayah boleh lumpuh sebab kidney dah tak berfungsi. And of course ayah kena warded. Sepanjang perjalanan dari bilik doktor ke ward tu, aku jalan paling belakang sekali sambil nangis tengok condition ayah sendiri. Hati aku masa tu memang rasa lain macam. Like something worst would be happen. Aku nangis sebab aku takut. Ujian datang terus sedebukk macam tu haa. Padahal before ayah balik malaysia, lain tau apa yang aku harapkan. 

Ayah dapat bilik yang ada dua katil pesakit tapi masa tu katil sebelah memang takde orang. Petang tu lepak-lepak ah japp teman ayah dalam ward sebelum balik en. Tapi tak tau kenapa aku sorang je yang dok kat katil sebelah di sebalik langsir tu asyik nangis tak henti. Adik-adik aku semua lek jee tapi ada lah gak muka sedih sebab kesian tengok ayah sendiri sakit sampai macam tu en.

Petang tu ibu ajak balik, kitorang adik beradik semua cakap taknak balik nak teman ayah kat hospital je tapi esoknya sekolah en. Ayah pun suruh kitorang balik maybe sebab dia kesian kat ibu kena uruskan kitorang sorang sorang. Masa nak balik tu of course lah kitorang akan salam ayah kitorang, tapi disebabkan muka aku memang dah merah gila sebab asyik nangis en, masa aku salam dia pun aku tundukkan muka sebab aku taknak dia tengok muka aku tengah sedih sebab dia. Aku takut dia rasa bersalah. 

Kiranya masa nak balik tu pun aku tak sanggup tengok muka dia sebab nanti aku lagi sedih. Tapi kalaulah masa tu aku tahu yang sebenarnya itulah perjumpaan kali terakhir aku dengan dia, dah lama aku salam peluk cium dia semua. Tapi aku ingatkan aku boleh jumpa dia lagi, so aku sorokkan muka aku sebab aku taknak dia tengok muka aku merah nangis sebab dia.


Jumaat, minggu yang sama

Sepanjang ayah kat hospital, ibu je yang ulang alik teman ayah kat hospital sebab kitorang semua sekolah and duduk taska. Siang ibu jaga ayah kat hospital, malam jaga kitorang kat rumah. Kitorang hari-hari doa untuk ayah supaya dia cepat sihat, boleh balik rumah. Hidup macam biasa.

Masa jumaat tu, kitorang semua kat taska. Petang tu tiba-tiba ibu call bagitau pakcik nak datang amik kitorang nak bawak pegi hospital tengok ayah. Betapa happynya kitorang masa tu memang tak boleh nak bayang, sebab dah lima hari tak jumpa ayah kan. Tapi ibu suruh bawak yasin. Masa tu aku takdelah syak apa-apa pulak. 

Yang amik kitorang masa tu rupanya bukan pakcik kitorang je, dalam kereta alphard tu abang sedara aku ada, kakak sedara aku ada. Aku macam pelik ah kenapa ramai sangat amik kitorang ni en.Then baru je keluar simpang rumah, pakcik aku tu dapat call, then dia sebut ''innalillah.''

Aku tersentak masa tu. Takkan lah ayah? Tiba-tiba je kereta dipatah balik ke rumah aku. Pakcik aku cakap camni (lebih kuranglah),

"Sarah duduk kat rumah dengan adik-adik eh, diorang nak bawak 'ayah' sarah balik rumah dah. So, sarah tak payah pergi hospital, sementara tu kak ecah teman korang kat rumah eh,

Then diorang blah pegi hospital balik. Aik, kata tak payah pegi hospital? Tapi diorang pegi gak. Alang-alang tu kenapa tak bawak kitorang sekali? 

Dalam kepala aku dah fikir macam-macam tau (even masa tu aku baru darjah 6). Aku nangis sorang sorang kat ruang tamu depan tv, tv yang tengok aku bukan aku yang tengok tv. Adik-adik yang masih kecik semua, tak paham en, main-main dalam bilik. Aku banyak kali cakap dalam hati,

"ayah aku masih hidup"
"ayah aku masih hidup"
"ayah aku masih hidup"
"ayah aku masih hidup"
"ayah aku masih hidup"

(padahal masa tu ayah memang dah takde)

Sampailah tiba-tiba ibu call aku. Aku terus lari ke dapur. Act aku tak sedia nak dengar apa yang ibu akan cuba bagitau tapi aku cuba kuatkan hati. Aku nangis gila-gila walaupun ibu belum bagitau sebab aku dah boleh agak apa yang ibu nak bagitau.

Lepas tu aku terus lari ke bilik ayah, dengan tak sempat on lampu bilik, tarik baju ayah dari almari sampai bersepah kat lantai. Aku nangis yang memang tahap maximum tu. Adik-adik aku semua tercegat depan pintu bilik tu tengok aku meroyan macam orang gila. Diorang tanya kenapa, aku pun cerita jelaa sambil nangis nangis even act aku tak sanggup nak bagitau diorang. Diorang pun nangis sama-sama ngan aku dalam bilik tu sambil peluk baju baju ayah yang bersepah kat lantai tadi. Macam drama lah pulak hahaha :'((



.......



Mula-mula susah jugaklah aku nak redha tu. First time berlaku dalam hidup kan. Selama ni aku mana pernah tengok live orang meninggal, tahlil kat rumah sendiri, ada mayat berbungkus kat tengah-tengah rumah, orang mandikan mayat, gali kubur. Since that jugak, act first time aku pergi kubur tau. Semua orang tak sanggup nak hadapi saat-saat macam ni kan? Lagi lagi bila masa tu turn mak ayah kita sendiri. Tapi bila benda dah jadi depan mata, aku nak buat apa? Merayu berdoa kat Allah mintak hidupkan balik ayah aku tu pun tak guna. Useless sangat. Kadang tu rasa terpaksa berlakon kuat and redha je sebab benda dah jadi. Tapi lama-lama bila aku kutip balik kekuatan tu satu-satu, lama-lama jadi ikhlas. 

Banyak jugaklah perubahan yang berlaku dalam hidup family aku lepas tu. Banyak gila. Suasana lain. Feeling tu lain. Orang yang selalu ada kat rumah dengan kita dah tiba-tiba takda. Pernah gak aku cari-cari ayah aku rupanya aku lupa dia dah meninggal. Kadang aku ingat dia belum balik malaysia lagi, tapi aku lupa aku yang mandikan mayat dia hari tu. 

Semua yang jadi, aku belajar untuk redha. Bila nak redha tu, aku akan cuba fikir balik hikmah di sebalik semua ni. Yelah, kata doktor, kidney ayah dah rosak, mungkin kalau dia masih hidup, hari-hari aku terpaksa tengok dia terseksa sebab dia mungkin lumpuh seumur hidup? Atau Allah sebenarnya nak bagi reminder yang semua benda yang kita ada ni, bukan milik kita. Peringatan supaya kita sentiasa ingat mati and sediakan 'bekal' secukupnya before turn kita ikut jejak macam arwah ayah.

23 August 2017

DAY 9 | Two Smileys That Describe Your Life Now

Assalamualaikum

Hai! K now dah hari kesembilan kot! Can't imagine macam mana aku boleh konsisten buat #10daychallenge yang kalau ikut peraturan it should be ONLY 10 DAYS tapi i take almost A MONTH hahahahahahahahah pffft. So before this aku ada laa jugak baca-baca balik entry #10daychallenge aku yang sebelum ni, bila baca balik semua rasa macam kelakar pulak. Lagi-lagi entry yang hari ke 3 tu..... (ni pun sebab ada kawan tegur ckp, "kecik-kecik lagi dah pikir pasal benda tu" then dia gelak)

Masalah sekarang, aku ni KECIK KE?! Haa maroh maroh hahahah.


Now kita teruskan dengan hari yang kesembilan. Ada tak bloggers lain buat challenge ni jugak? Kalau ada share laa jugak dengan syayee hihi malu laa jawapan aku je korang baca. 



1. Dalam hidup aku, or hidup semua orang, kita kena sentiasa hadapi semua yang bakal jadi dalam hidup kita kan? Sebab semua yang jadi sama ada baik atau buruk pasti akan 'mengajar' kita sesuatu. Kalau dalam islam, semua yang jadi ada hikmahnya right? So, dengan ini saya mempersilakan sesiapa yang mahu jadi sebahagian dalam life chapter aku. Sama ada nak buat baik ke, nak buat taik ke, silakan. In my life, whatever wants to happen, just face it. We don't even know what rewards we haven't get yet.



2. Bila something comes happen, masalah datang ke apa ke, jangan stress sangat doo. Aku selalu enjoy walaupun masalah datang sebab aku tak gemar kalau stress stress ni. Bila stress masalah bukan selesai pun. Just chill and enjoy the process. Anything yang comes to our life is a process. Masalah tak selesai kalau ikut emosi. Selain enjoy, otak kena berjalan untuk selesaikan masalah. Kalau stress otak tak jalan beb. So, chill.


Thanks for dropping by anyway!

21 August 2017

DAY 8 | Three Turn Ons

Assalamualaikum


1. Hangout

Biasa aku on je kalau ada kawan ajak keluar. Tapi before that aku akan check purse dulu laa kira duit hahaha. Paling biasa setakat jumpa kawan sekolah pegi makan, tengok satu movie pun dah cukup. Yang the rest, penuhkan selfie dalam phone. That's all. Tengok mood jugaklah. Yang penting senang cerita aku suka jalan-jalan hahaha.


2. Volunteer/Program/Event

Dah namanya suka jalan-jalan tak semestinya hangout dengan kawan je kan hehe. Dengan stranger pun boleh. Siries aku memang suka join any event or program tapi biasanya based on minat aku jugaklah. Biasa aku pergi event or program yang berkaitan dengan bisnes, bloggers, bookfest, usrah or apa-apa yang berkaitan dengan islam macam konferens ekonomi dalam islam dan sebagainya. Kalau orang panggil untuk jadi volunteer pun aku suka. (Apa je yang aku tak suka? Haih)


3. Makan

Yang ni paling on. Masa duduk asrama dulu, aku lah orang paling gembira bila ada orang ajak aku pergi dewan makan sebab boleh teman aku makan lama gila nak mampus hahaha. Kadang pergi koperasi tak tahu pun nak beli apa tapi bila keluar dari koperasi mesti at least akan ada makanan yang aku TERbeli. Masuk universiti, aku memang gemar pergi cafe. Selalu rozimah (housemate) lah jadi mangsa aku teman pergi cafe hahaha.

Jom Join Lazada Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Assalamualaikum

Hai guys! Lazada buat contest lagi untuk blogger-blogger kesayangan hihi. Kali ni bersempena dengan Merdeka! Merdeka! Sale yang akan berlangsung bermula 25 Ogos sehingga 31Ogos 2017. Untuk sale kali ni, korang boleh shopping pelbagai barangan terpilih di Lazada dengan lebih daripada 80% diskaun! Rugi korang tak shopping time ni hahaha.



Cara untuk sertai MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST 


1. Contest ini berlangsung bermula 21 Ogos hingga 31 Ogos 2017.

2. Terbuka kepada semua BLOGGER sahaja.

3. Para peserta perlu menjawab 3 soalan secara details dalam setiap post. Rujuk soalan di sini (https://www.lazada.com.my/blogger-contest/)

4. Peserta juga perlu mention Merdeka! Merdeka! Sale (https://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) yang akan berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2017 di mana korang boleh dapatkan diskaun sehingga 80%!

5. Link penyertaan boleh dihantar melalui form ini (http://lzd.co/MBC2017)

6. Entry boleh dibuat dalam pelbagai bahasa.

7. Pemenang akan dipilih secara random.



So, apa tunggu lagi? Cepat create new post untuk join blogger contest ni! Hadiah masyuk kot.

FIRST PRIZE       : RM600 x 1
SECOND PRIZE  : RM300 x 2
THIRD PRIZE      : RM200 x 3

20 August 2017

Lirik Lagu Rabithah - Hilang

Assalamualaikum

Lagu ni best gila kot. Hari-hari aku dengar lagu ni. Dah siap download untuk mp3 lagi hihi. Part chorus tu memang 'rasa' gila. Kumpulan Rabithah ni under Tarbiah Sentap macam The Faith. Trylah dengar lagu ni :))

Image result for rabithah hilang

Hariku sering tuah hadir bertamu Seakan dunia hanya untuk diriku Kasih alam sering menyebelahiku
Seolah tiada ruang selain diriku Namun sepi ku rasa walau ku sempurna Takut ku pada indah dunia tak selama Kelompang di jiwa Tiada rasa tuk mendekati-Nya Tuhan ku bimbangi nikmat zikirku tiada lagi Rasa asyik ini ku sangka Kau redhai Hampa sang nurani kerna ku ingin bebas rasa hilang Tuhan dekatiku pada yang Kau cintai Kerna sepi ku rasa walau ku sempurna Takut ku pada indah dunia tak selama Kelompang di jiwa Tiada rasa tuk mendekati-Nya Tuhan ku bimbangi nikmat zikirku tiada lagi Rasa asyik ini ku sangka Kau redhai Hampa sang nurani kerna ku ingin bebas rasa hilang Tuhan dekatiku pada yang Kau cintai Naluriku lumrahku memanggil tuk kembali Jauhlah diri dari pujukan dunia Oh Tuhanku jauhkan daku Dari rasa hilang ini

Tuhan ku bimbangi nikmat zikirku tiada lagi Rasa asyik ini ku sangka Kau redhai

Ohh ku bimbangi nikmat zikirku tiada lagi
Rasa asyik ini ku sangka Kau redhai Hampa sang nurani kerna ku ingin bebas rasa hilang Tuhan dekatiku pada yang Kau cintai...
Hariku sering tuah hadir bertamu Betapa ku bimbangi hilang dari pandangan-Mu

DAY 7 | Four Turn Offs

Assalamualaikum


1. Smoke (Rokok)

Aku tak kisah kalau orang tu nak merokok tapi aku bengang betul kalau asap tu dilepasnya ke muka aku. Memang rasa nak bagi flying kick. Aku memang tak tahan bau-bau rokok ni. Kalau lalu sebelah orang yang ada bau rokok, aku akan tahan nafas dalam diam. Lepas habis je lalu aku bernafas macam orang semput haih. Asap rokok lagi bahaya daripada rokok tu sendiri tau.


2. Durian

Masa aku duduk taska dulu, pernah gak cikgu-cikgu aku bawak durian banyak gila then makan dengan budak-budak taska. That time aku memang tak pernah makan durian. Masak lemak tempoyak pernah lah hahaha. Aku pun sajelah nak try rasa durian masa tu sebab aku tengok semua orang makan so rasa macam aku paling rugi sebab tak makan buah yang digilai ramai sepanjang zaman. Aku rasa secalit je sekali ko muntah-muntah aku kat sinki. At first aku tahan je bau dia masa nak masuk dalam mulut aku tu sebab nak rasa en, sekali haaa. Senang cerita, bau dia pun aku tak tahan so no wonder lah aku muntah bila dah masuk mulut hahaha.


3. Make Up

Antara reason terpenting kenapa aku turn off dengan make up ni sebab muka aku jenis cepat rimas tau kalau pakai krim lah, blusher lah mende mende tu. Rasa macam muka aku tak bernafas. Panas je. Bedak pun aku pakai senipis-nipisnya je and lip balm sikit sebab taknak bagi lip kering. That's all. Act aku suka gak sebenarnya tengok video video make up sebab dia macam art kan, tapi janganlah tarok kat muka aku. Pls.


4. Sumbang Mahram

Aku cakap aku turn off dengan benda ni sebab aku pernah nampak masa aku pergi berjaya times square dulu. Tengah tengah ramai orang kottt melayu lagi perempuannya pakai tudung pulak tu Allahuuuu buat malu je. Orang sekelilling diorang duk tengok je perangai diorang. Tolonglah sedor sikit ni bukan negara barat okayh.



#6daysmore #waufactor #seagames2017 #volunteerseagames

17 August 2017

REVIEW | Desktop Wallpaper Organizer

Assalamualaikum

Hee. Idea ni dapat lepas ada sorang blogger tu share pasal wallpaper desktop organizer dia. Nampak macam tersusun je semua file nak cari pun senang je. Tak payah nak kena godek-godek baru jumpa sebab kadang-kadang bukannya ingat pun taruk mana file tu.

Wallpaper ni pun aku search kat google je sebab malas nak edit sendiri hahaha cuma bahagian tab tu takde perkataan apa-apa so aku bubuh tajuk sendiri jelah. Ikut bahagian yang aku selalu guna. Macam aku students, memang akan banyak assignment kan. Kadang tu save dekat desktop je sebab senang nak cari. Then bila ada organizer tu senang letak file assignment setempat je. In case kalau tetibe lecturer suruh print kuranglah sikit gelabah aku nak bukak file nak cari assignment. 


Pepandailah macam mana cara nak organised kan benda tu. Boleh search kat google ada belambak. Tapi pandai-pandai pilih lah sebab ada yang kabur sebab pixel dia kecik, ada yang tak lawa hahaha. Up to you. Aku ingat nak share kat korang wallpaper yang aku guna ni tapi aku dah terdelete pulak gambarnya dalam laptop ni hehehe. Takpelah, cari je kat google tu. Ada je banyak.

Aku share ni pun sebab nak memudahkan kerja orang lain. Macam aku sendiri muahaha. Goodluck cari yang lawa-lawa kat google. Kalau rajin edit lah sendiri pakai photoscape ke, picsart ke, tapi jangan kabur pulak hahaha.

Bye!

DAY 6 | Five People Who Means A Lot

Assalamualaikum



DAY 6 | Five People Who Means A Lot 


1. Ibu

Yang ni paling first and foremost lah. Can you imagine your life without woman like her? Kalau dia takde hang pun tak wujud kat bumi ni. Yang paling bersusah payah nak beranakkan aku, nak jaga pantang lagi, angkut aku ke hulur hilir dalam perut 9 bulan. Lepas aku lahir, dijaganya pulak aku. Bagi makan minum, hantar ke sekolah asrama, lepas ayah takde pun still tabah lagi jaga kitorang adik-beradik yang macam-macam perangai ni, tak terkira weyh jasa dia :')



2. Ayah

Walaupun dia dah takde, dia tetap manusia paling berjasa dalam hidup aku gak. Aku ingat lagi masa aku darjah 6, sekolah aku ada buat majlis bacaan yasin kat masjid besar area rumah aku. Pagi tu kat sekolah dah janji-janji laa dengan kawan-kawan nak pegi sama-sama bacaan yasin malam tu. Nanti semua pelajar akan diberi air yasin. Tiba-tiba malam tu ayah tak bagi pergi sebab dia ada hal malam tu and tak boleh hantar. Then aku merajuk and nangis-nangis sambil buat homework tapi dia buat donno je (adoiiii hahahahahaha). Masa tu ayah tengah solat maghrib then tetibe aku dengar dia baca quran. Aku pun usyar lah sikit bilik dia, ada botol air mineral besar kat sebelah dia. Rupanya dia buatkan air yasin untuk aku. Habis je dia baca yasin, dia letak air botol tu atas meja belajar aku masa aku tengah siapkan homework then dia blah. Aku tak tahulah dia suruh minum air yasin tu sebab tengok aku nangis macam kena rasuk ke sebab kesian kat aku hahaha. Tapi aku just anggap yang dia tak dapat nak hantarkan aku ke majlis bacaan yasin tu so that dia gantikan dengan buatkan air yasin untuk aku minum sebab nak exam upsr en masa tu. Tapi sayang dia tak tahu pun result upsr aku padahal dia paling beriya nak teman aku amik result :')



3. Cikgu-cikgu

Bagi aku, semua cikgu yang pernah mengajar aku, they mean a lot for me. Even cikgu tadika, taska, sekolah rendah, sekolah kafa, sekolah menengah semua, semuanya bermakna. Kalau aku tak diajar mereka, aku takkan boleh berada sampai tahap ni and aku takkan jadi diri aku yang sekarang ni. Kadang-kadang kalau aku terserempak dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu even cikgu tadika pun aku still ingat, bila pandang muka diorang, ''ohh ni yang pernah mengajar aku dulu. besar jasa dia.".



4. Nabi Muhammad SAW

Baginda sangat berjasa kepada SELURUH umat islam. Tanpa baginda, islam takkan tersebar sehingga ke hari ini. Baginda dijadikan idola oleh ramai umat islam, sebab tu sampai sekarang masih ramai yang bertahan dalam usaha dakwah walaupun kena 'bash' dan sebagainya. Nabi dulu pun dia yang naikkan martabat wanita sehingga dijadikan golongan yang perlu dilindungi. Kalau tak sampai sekarang wanita masih dijadikan hamba golongan lelaki. Tapi tu ah, zaman sekarang ni, Nabi bersusah-payah naikkan martabat kaum perempuan suatu masa dulu, tapi kita (perempuan) pulak yang nak jatuhkan martabat tu balik :(



5. Kawan-kawan

Walaupun kawan-kawan ni ada macam-macam jenis, semuanya aku appreciate. Terima kasih kepada jenis yang selalu support dari atas sampai bawah, yang jenis sentiasa ada bila aku perlukan, yang jenis hati busuk pun banyak mengajar aku 'sesuatu', yang jenis selalu tanya aku "dah solat ke belum?", yang jenis selalu ajak aku pergi usrah, yang jenis tabah kejut aku subuh pagi-pagi, yang jenis selalu ajak aku study walaupun aku taknak (hahaha), yang jenis kental teman aku makan lembap gila nak mampus, yang jenis suka share makanan dengan aku, SEMUANYA LAH.


THANK YOU SO MUCH :))

14 August 2017

DAY 5 | Six Things You Wish You'd Never Done

Assalamualaikum and hi!

Finally i'm home for semester 1 break. Harap-harap makin rajin lah update blog tu ye (bisik dalam hati). Sebab dah takde exam or assignment untuk jangka masa hampir sebulan ni inshaAllah. Tapi line kat rumah aku ni lembap haromm so agak susah sikit nak blogwalking walaupun kat rumah ni aku free gila. Kalau kat unisza ada wifi free, laju pulak tu. Cuma busy ked hm.



DAY 5 | Six Things You Wish You'd Never Done


1. Nampak benda yang tak sepatutnya aku nampak

Huhu. Paham-pahamlah ye. Act in real life aku tak pernah lah nampak makhlok tu. Dalam movie biasa dah. Jiwa kental konon hahaha. Boleh lah kalau nak ajak aku layan movie movie seram tu tapi kena make sure waktu siang lah hahaha kalau waktu malam kompem malam tu aku tak boleh tido. Tapi aku takdelah penakut gila nak dead tu, kira boleh chill lagi lah huhu.


2. Hurt my parent's feeling

Hmm i wish jelah. Tapi dah pernah buat dah pun. Dari kecik lagi pulak tu hm. Ibu ayah pun memang dah kenal perangai anak memasing. Diorang pun sabor jelah sebab tu sampai sekarang aku masih tinggal dengan diorang. Kalau tak lama dah kena buang tepi jalan sebab nakal + degil sangat huhu. I'm sorry :(


3. Never fail in exam

Haa ni pun angan-angan jenin je. Dah pernah jadi dah first time masa form 4 hahaha. Subjek chemistry aku dapat 14% je weyhhh. And that time aku sorang je pulak tu yang fail paling teruk dalam class mana tak nangis aku. Act aku memang tak minat subjek sains tapi degil jugak nak masuk class sains teknikal sebab bagi aku subjek lukisan kejuruteraan tu paling senang aku nak skor tapi fizik ngan kimia aku tenggelam ke laut nun sana. From that aku dah serik nak sambung enginering kat universiti hahahaha.


4. Fatal car accident or facing with murderer

Ni paling seram nokk. Nyawa di hujung tanduk gitu. Sape tak seram. Kalau setakat minor accident aku rasa okay lagi selagi mana tak melibatkan nyawa. Masa aku naik kereta dengan mak aku dekat satu highway yang lapang gila tak banyak kereta en, dari jauh aku ada nampak sebiji myvi kot terhuyung hayang kiri kanan depan kitorang and then langgar tayar lori kat sebelah dia banyak kali. Aku menjerit suruh mak aku slowkan kereta sebab takut kena langgar dengan myvi tu and lastly myvi tu stop tepi. Gaya macam cina mabuk or drive mengantuk kot. Lagi satu kalau ada pembunuh depan mata ko rasa nak kena buat apa? Dengan pisau ke parang kat tangan dia kita pulak tangan kosong. Mohon dijauhkan... Amiiin!


5. Getting into wrong relationship

Aku tak pernah ada relationship dengan siapa siapa since sek rendah macam kawan-kawan sekolah aku sebab bagi aku itu semua adalah menggelikan hahaha. Pernah je ada orang ajak couple masa sek menengah tapi since dia mintak tu aku terus block dia sebab aku dah taknak ada apa-apa conversation dengan orang tu hahaha. Aku tak tahu kenapa aku penakut betul dengan lelaki. Tapi aku sedor inshaAllah kalau umor panjang and ada jodoh of course aku akan jadi bini orang jugak kan someday (HAHAHAHAHA). I just hope yang that will be my first and last marriage di dunia yang fana' ni. And aku seram gak bila dengar cerita-cerita perempuan yang dah kahwin at the end laki dia tu sebenarnya jahat or akhirnya turn into a bad guy. Sampai sanggup pukul bini sendiri. Mohon dijauhkan... Amiiin!



6. "Menganggur"

Kalau boleh aku taknaklah ada istilah menganggur dalam hidup aku huhu. Setiap masa itu adalah berharga! (eleh ko tido sepanjang hari tu takde pulak berharga masa kau). Aku kena make sure yang satu hari nanti aku ada cashflow yang sangat baik (non stop) untuk masa depan aku. Doakan saya hihi.



Thank you for reading this!

11 August 2017

DAY 4 | Seven Things That Cross Your Mind A Lot

Assalamualaikum



DAY 4 | Seven Things That Cross Your Mind A Lot


1. "Nak makan apa?"

Bila lapar, benda paling susah nak decide is what to eat? Tiap masa rasa nak makan. Lagi sadis kalau tengah malam tak boleh nak tidur tu tetibe perut menyanyi aduhh ingat dah baring atas katil rajin sangat ke nak gi korek makanan kat dapur? Lapar tu memang lapar tapi kadang benda apa yang ada depan mata ni taknak pulak ditelannya. Nak jugak cari makanan lain. Hashtag contoh manusia tak reti bersyukur mihmih.


2. Ibu and adik-adik

Walaupun selalu je gaduh dengan adik-adik, dioranglah 'kawan-kawan' aku yang akan stay dengan aku sepanjang hidup. Dah namanya pun darah daging kan? Even annoying dengan adik-adik sendiri, tapi tulah, mana nak cari kawan gaduh kalau duduk asrama? Kalau boleh hari-hari aku nak whatsapp mak aku tapi kadang-kadang tak tahu nak mesej pasal apa hahaha. Masa aku duduk asrama time sek menengah, ustazah pesan kena rajin call mak hari-hari baru berkat hidup and berkat belajar. Sebab ustazah kata, walaupun ibu tu nampak macam tak kisah kat kita sebenarnya dia rindu anak-anak dia. Tapi bila aku call and aku tak tahu nak cakap apa en, mak aku marah, "Hahhh! Kenapa call ni? Kalau takde benda penting tak payah lah call. Bazir duit." Hahahaha.


3. Angan-angan

Manusia biasalah banyak angan-angan kan? Angin pun banyak hahaha. Orang kata setiap kejayaan tu bermula dengan angan-angan so hari-hari aku berangan aku jadi ceo syarikat besor hahaha (amiiiiin). Act angan-angan aku memang banyak. Kadang kalau tengok aku duduk diam sorang-sorang tak buat apa tu kadang tengah berangan ler tu hahaha so mohon jangan disturb puteri tengah berangan.


4. Arwah ayah

Ni biasalah hm. Rindu punya pasal. Tak sampai 12 tahun pun hidup dengan dia. Aku selalu fikir macam mana aku boleh redha dengan semua ni. Tiba-tiba je aku tak boleh jumpa dia sampai bila-bila so mestilah aku macam terkejut kan, why me? Kadang-kadang aku selalu bayangkan yang dia sebenarnya masih hidup tapi dia tengah kerja or whatever. Selalulah jugak berharap nak jumpa dia lagi kat dunia ni walaupun aku tahu it's impossible. So berangan jelah kerja aku. Konon macam dapat jumpa dia lagi satu hari nanti. Lagi-lagi kalau aku tengok kawan-kawan aku sendiri jumpa ayah diorang, gelak-gelak, sembang-sembang itu ini, lagi lama aku fikir pasal benda ni. Kadang boleh sampai dua hari.


5. Kenangan

Kenangan masa sekolah, kenangan masa kecik-kecik dengan family, kenangan masa pergi trip lawatan sekolah hahaha, kenangan escape prep masa zaman brutal time form 4 dulu, kenangan menjelajah harta karun masa duduk taska dulu, kenangan gelak-gelak dengan bestfriend masa sekolah dulu, kenangan belajar dengan cikgu-cikgu dulu walaupun ada yang selalu aku kena marah, and it's so much :')


6. Bila boleh sambung tido?

Ni biasa kalau time week yang memang penat gila dengan macam-macam event or aktiviti memang ni je dalam kepala otak. Kerja banyak nak buat tapi ngantuk gila. Konon macam hectic life gitu hahaha.


7. Blog

Ni tak tipu hahaha. Hari-hari aku fikir pasal blog walaupun tak tahu nak update apa. Dia macam ketagih tau. Aku start blogging ni pun masa aku form 1. Duduk asrama en tak boleh bawak phone laptop semua so aku selalu tak sabar gila nak balik sebab nak blogging je. Pantang gila aku bila dapat masuk computer lab sebab aku tahu aku boleh blogging. Classmate aku lain semua bukak music video lah, movie lah aku je terperok kat hujung dunia bukak blog sorang-sorang. Kadang tak tahu nak update apa, aku blogwalking jelah tengok blog orang lain. Ketagih blogging takpe kan? Hahaha.



p/s: act saya tengah study untuk exam esok pagi pastu rasa ngantuk so saya siapkan satu entry untuk hari ni within 20 minutes je hoho (selalu satu entry dua hari pun tak siap T_T) #lusabalikrumahyeayy!!

7 August 2017

DAY 3 | Eight Ways To Win Your Hearts

Assalamualaikum

Hashtag hari ketiga okay. Mudah-mudahan sempat siap hari ni muahahaha. Maisarah maisarah. Untuk soalan hari ketiga ni, jawapan dia umum tau so pepahamlah. Sebab act dalam hati ni dah ada someone muehehehe. Tak tipu. Tak, tipu.



DAY 3 | Eigt Ways to Win Your Hearts


1. Funny dan happening

Aku ni nampak je hambar. Tapi kalau terhibur tu memang terhibur teruk. And aku sangat sukakan orang yang boleh layan lawak-lawak bodo ni even kau tak lawa or hensem. Kalau orang tu jenis serious memanjang bosan gak en. Thus, masa aku form 4 dan form 5 aku memang hidup dalam kalangan classmates yang sangat mahir buat lawak bodo (HAHAHAHAHA). Yelah, aku ni dahlah hambar. Comel pun sikit je. At least aku ni berfunction jugaklah boleh tolong gelakkan orang sekeliling aku yang try hard nak buat lawak bhahaha. And one more thing, act arwah ayah aku pun suka buat lawak dekat anak-anak dia tak kira masa sebab nak ceriakan kitorang :')


2. Boleh menerima kekurangan orang lain

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Tapi tak semua orang boleh terima kekurangan orang lain. Ada orang tu bila nampak salah sorang kawan ni, terus taknak kawan. Tau nak judge je. Bukan nak tolong nasihat ke, apa ke. Kalau betul sayang kawan sendiri, kenapa tak tolong bantu dia baiki diri?


3. Caring

Act aku ni takdelah suka bergantung hidup dekat orang sangat. Tapi aku ada ramai kawan perempuan yang perangai dia macam mak orang or makcik makcik sikit tau so that aku suka nyendeng-nyendeng kat diorang macam budak-budak (walaupun tak dilayan, kesian). Bukan aku tak reti nak berdikari tapi siapa je tak suka kalau ada orang amik berat pasal kita sendiri? Kalau pegi mana-mana nak buat something tiba-tiba aku blur ke, diorang lah yang guide aku kata buat ceni ceni macam mak aku gayanya. Yelah mak dah jauh. So caring mak tu melalui phone je tsk tsk. Walaupun ibu macam selalu rasa annoying dengan aku kalau aku tak reti buat something, ibu still ajar or tolong aku. Sambil membebel laa tapinya hahaha. Macam masa first time mak aku ajar aku guna mesin atm kat petronas hahahaha punya noob aku lembap gila tekan pin number pastu mak aku marah takut mesin tu telan kad aku hahaha :')


4. Selalu titikberatkan soal agama

Aku sangat berterima kasih kat orang yang tabah kejut aku bangun pagi hari-hari sama ada kat rumah (ibu) atau pun kat asrama sebab aku ni jenis tido mati so jam loceng yang aku beli pun macam takde function. Walapun kadang-kadang aku tengok diorang ni dah bosan kejut aku tiap pagi tapi sebab aku tak solat subuh lagi en diorang kejut gak hahaha. Yang penting bab solat lah. Pegi mana-mana pun solat still jaga. Aku tak berapa berkenan dengan orang yang suka perlekehkan benda ibadah macam bila ada orang nak solat ke, baca quran ke, dia kata,

''Gila ah awal gila ko solat!"
"Uyyoo baca quran uuuu,"
"Bapak ah siap bertasbih bagai ko ni,"

.


5, Sangat memahami dan selalu support dari belakang

Mak aku sentiasa support apa yang aku nak buat. Macam aku nak buat bisnes tu, dia support, dia tolong. Aku nak join program itu ini, dia bagi even benda tu berbayar. Ibu pulak tak terlalu memaksa aku untuk study hard sangat sampai tak tido malam ke. Dia faham tahap kemampuan anak-anak dia takat mana. Yang penting jangan malas je. Aku nak beli tudung Cloverush pun dia bagi tapi dia kata ''nanti dulu'' (Hahahahaha!). Aku blogging pun dia tak marah. Kadang dia faham je kenapa aku selalu menghadap laptop. Lagi pun aku selalu bagi voucher lazada kat dia en sebab tu dia tak kisah aku blogging sampai sekarang hahahah. Tbvh, susah nak cari orang yang faham and support aku macam ibu walaupun kecenderungan aku dengan ibu aku takdelah sama sangat :')


6. Knows my favourite

Bila orang tahu favourite kita ni senang tau, semua benda berjalan dengan lancar. Macam nak pilih baju ke, nak decide makan kat mana ke. Bila nak beli hadiah untuk kita pun dia tahu apa yang kita akan suka. Kita boleh bezakan antara kawan yang betul-betul kenal kita or tak through this.


7. Cute notes and love letters

Aku memang dah terbiasa kawan-kawan suka bagi notes/cards masa sekolah menengah dulu. Kalau gaduh dengan kawan ke en, mesti tulis surat panjang panjang guna kertas kajang sebab tak berani nak mintak maaf depan-depan hahaha. Yelah duduk asrama 'jarang' bawak phone so kena guna surat lah hahaha (geli). Baru sweet hihi. Bagi surat, orang boleh simpan. Kalau whatsapp je lelama mesej tu hilang :(


8. Going out together

Aku boleh dikategorikan manusia yang tak reti duduk diam. Asyik nak keluar berjalan je. Spend time dengan bestfriends kat setia city mall, ambik gamba lawa-lawa kat padang, jalan-jalan sana sini. Hiking sama-sama, pegi pantai sama-sama.


9. Buy me something yang dah lama aku nak hahaha *ni saje tambah hahaha

Aku tak berapa suka bagitau orang lain even mak aku sendiri pasal barang yang ada dalam wishlist aku. Kalau orang lain TERtau pun aku tak kisah. Tapi kalau ada orang tetibe belikan tu memang heaven gila weyh. Macam hadiah jatuh dari langit hahaha konon tengah nak kumpul duit beli benda tu tetiba ada orang bagi free free je!


p/s: saya mengalami masalah takde mood nak menaip sejak kebelakangan ni help me plsss T_T

3 August 2017

DAY 2 | Nine Things About Yourself

Assalamualaikum

So, today is the second day. 8 days more huhu. Harap ada pembaca setia sampai hari kesepuluh hahaha. 



DAY 2 | NINE THINGS ABOUT YOURSELF


1. Very sentimental

Rasa macam pernah cerita kat blog post sebelum ni. I will keep something that means a lot to me. Macam masa sekolah dulu kawan-kawan rajin bagi kad raya, goodluck notes or thank you notes, i will keep it. I just imagine how struggle they make those card for me just like i did muahaha. So, untuk mengelakkan aku kena karma aku perlu simpan kad or notes yang diorang pernah bagi dan aku berdoa supaya diorang pun buat benda yang sama hihi. Lagi satu, aku ni jenis yang suka duduk dalam bilik sorang-sorang and kenang semua benda yang pernah jadi dalam hidup aku hahaha. Aku ada satu kotak besar yang agak comel (like me hahaha lulz) and dalam tu aku simpan semua barang-barang plus cards or notes aku yang very sentimental tu. Even barang kepunyaan orang yang aku sayang pun aku simpan dalam tu even it is just a broken watch. Nilai sentimental kat barang tu memang high gila bagi aku. So janganlah nak kata aku ni muka takde perasaan or whatever okay dalam lubuk hati i ni taman bunganya luas tau. Sangat appreciate 'something' or 'someone' dalam diam hikhiks.


2. Selalu lapar and tak boleh hidup tanpa NASI dalam sehari

Aku memang dari kecik kalau dalam sehari tak dapat makan nasi, mood aku akan berubah like perut aku yang meragam. Aku pun tak tahu kenapa. Pernah gak try kunun kunun nak try jadi omputih makan western jeeeeeee tapi i cannot. Risau gak kalau one day aku pergi overseas mana nak korek nasi kalau dah memang tempat tu dah susah nak cari nasi kan? Lagi satu aku ni jenis yang selalu lapar so everytime aku akan cari makanan. Aku kalau lapar betul, roti ke biskut aku tak layan dah. Nasi jugak yang aku rembat. Pergi makan kat mana-mana kat luar ke, nak makan fastfood ke aku kena make sure kat tempat tu kena ada nasi jugak. Hashtag peyut nasi.


3. Anti makeup

Dulu masa kecik kecik rajin gaklah korek beg makeup mak aku. Tapi bukan buat pakai kat muka lah. Gincu merah mak aku tu dijadikan crayon aku kat dinding. Banyak jugaklah artwork aku kat dinding rumah dulu. Muka aku cepat rimas kalau pakai something. Setakat bedak nak cover muka tak mandi tu aku okay lagi. Dengan lip balm. Aku pakai lip balm pun sebab bibir selalu kering tu pun pakai yang colour paling soft. Aku selalu nampak kesan lipstick mak aku warna meroh kat gelas dia masa pagi-pagi sebelum dia pergi kerja dulu hahaha. Aku pernah struggle nak try pakai celak sebab sunnah nabi en hahahaha itu pun adik yang pakaikan tapi lepas tu mata aku berair and merah gila. Takleh takleh. Aku tak pakai make up pun pakai tudung pulak lama gila. Kang kesian bakal somi aku nanti dapat bini bersiap lama nak dead.


4. Diam tapi suka memerhati

Kalau jumpa aku depan-depan act aku takdelah banyak cakap sangat. Korang akan assume aku ni pendiam. Malas nak bercakap sebab nanti penat mulut hahah lelagi kalau tak makan nasi lagi haaa. Depends jugak.  Aku rajin gak tegur tegur orang yang aku baru kenal. Aku tak banyak cakap tapi aku takdelah berat mulut. And aku suka memerhati sekeliling.


5. Pro stalker

Aku rasa ni memang kepakaran semua gadis hahaha. Lelagi kalau nak stalk crush tu sampai detail pasal family base dia pun aku boleh tahu even crush tu tak kenal aku langsung pun (haha kesiann). Sebab tu aku banyak buang masa kat twitter ngan instagram (ish ish ish). Tapi tak semestinya aku stalk crush je okay. In case kalau ada something yang aku desperate gila nak tahu, aku memang akan korek sampai dapat. Aku bukanlah jenis yang jaga tepi kain orang, hal orang lain lantak kau lah aku heran apa hahaha. Aku cuma akan korek kalau benda tu ada kena mengena dengan aku je. So tak semua orang yang cuba berahsia dengan aku akan sentiasa selamat bhahahaha.


6. Boleh stress kalau meja study kosong sangat

Macam aku yang baru pindah masuk unisza ni, semua stationary, buku-buku nota aku angkut sekali sebab nak penuhkan meja study kat sini. Tapi yang penting-penting jelah. Aku pulak jenis yang suka stationary banyak-banyak. Masa kecik dulu selalu bila masuk bookstore je aku selalu pergi ke bahagian stationary even kat rumah dah ada 50 batang pen. Lagi satu aku suka buku-buku nota even tak tahu nak buat apa dengan buku tu pun kadang aku beli jugak kalau time tu tengah rasa kaya sikit (ada duit lebih sikit huhu) en. Dulu aku banyak jugak diari tapi sekarang dah malas nak tulis diary sebab busy. Dan keliling meja study aku ni, kat dindingnya aku akan tampal apa sahaja yang boleh menceriakan tempat study aku macam quotes ke, sticky note ke, gamba kelas or apa-apa je. Kat meja aku paling wajib ada kalendar, at least ada satu frame, ruang untuk laptop, ruang untuk buku-buku nota, stationary holder, kotak tisu, makanan, air kosong. Act nama je tempat study tapi lebih kepada tempat aku berangan macam-macam and buat kerja lain je termasuk blogging hehehe.


7. Suka buat kerja sekerat jalan

Kalau ada sesekali aku cakap aku nak vakum satu rumah en, i will take at least TWO days. Penat kut nak vakum satu rumah sekaligus. So kadang-kadang kalau time aku tengah vakum tu terjumpa komik, aku akan stop kejap baca sampai habis satu buku. Kalau tetibe mak aku masak cekodok, aku stop kejap makan sampai habis then basuh pinggan jap. Penat basuh pinggan, lepak-lepak jap kat depan tv sambil makan coklat. Then baru sambung vakum balik. So akhirnya, dua hari baru siap vakumnya. Selalu gak ah kena marah dengan ibu sebab selalu buat kerja separuh separuh. Gaya aku macam memang nak buat kerja takat tu je and konon macam mengharap ada orang yang lain yg sambung kerja aku. Tapi aku bertanggungjawab jugak okayh siapkan sampai habis cuma ambik masa lama gila ah huhu. Macam nak tulis blog ni, ingat aku rajin sangat ke taip dari awal sampai habis dalam satu masa. Sometimes aku akan stop kejap makan. Tido ke. Biasalah otak tak boleh nak bekerja lama sangat. Kadang tu tiga empat hari baru siap satu blog post hahaha. That's why kuliah kat universiti yang sampai 4 jam tu aku boleh tahan sampai 2 jam je. Lagi 2 jam roh aku dah terbang ke alam lain. Berangan.


8. Sangat meminati bisnes

Memang dari kecik aku suka aktiviti jual beli. Sama ada aku jadi penjual ke pembeli ke dua-dua aku suka hahaha. Masa sekolah rendah aku beli buku sticker yang besar ada banyak2 stiker tu then jual stiker stiker dalam buku tu satu satu. Kadang tu untung takdelah banyak mana tapi perasaan seronok tu mengatasi segalanya (pergh). Act aku suka and agak rajin jugak join seminar-seminar berkaitan usahawan/bisnes. Aku pernah datang talk King Afiqq (YoungBeastMy) ngan Dato' Carl (CEO Bella Ammara). Datang ni pun sebab nak isi masa lapang masa lepas spm hari tu hihi. Tu pun ada yang free ada yang berbayar. Banyak lagi seminar aku join sebelum sebelum ni. Kadang tu aku pegi sorang je sebab bila ajak orang lain,

"Takde duit laa,"
"Malas ah, nak tido."
"Sorry aku tak minat bisnes,"

Then, bila ajak mak aku,

"Nak belajar bisnes tu pegi ah sensorang,"

Hahahaha act mak aku minat bisnes gak tapi lebih kepada bahagian saham. Aku pulak cenderung ke arah usahawan. So mak aku layan seminar/kelas berkaitan saham jelah hahaha seb baik mak aku support aku bisnes jugak. Tapi tulah. Aku masih dalam proses belajar. Masuk U pun aku amik course Perdagangan Antarabangsa. Orang kata, nak berjaya dalam sesuatu bidang tu kena ada ilmu kalau main taram je buat, takkan bertahan lama pun. So, doakan :') hihi


9. Dulu right-handed sekarang left-handed

Kalau aku bukak cerita ni kat kawan-kawan aku ramai pelik. Dulu masa kecik-kecik aku belajar menulis guna tangan kanan. Then mula membesar dengan menulis menggunakan tangan kiri pulak. Act masa aku darjah 1, ada sorang kawan aku ni jenis yang boleh menulis guna dua-dua tangan. Tak ingat laa memang dia dah biasa ke cane. Masa tu aku right-handed and saje nak try menulis guna tangan kiri. Tapi masa tu tulisan tangan kiri sangat sangatlah hodoh berbanding tulisan tangan kanan aku. Kawan aku pesan kalau nak tulisan tangan kiri tu lawa kena biasa praktis. So aku praktis berapa lama ntah guna tangan kiri je tetiba aku dah tak reti menulis guna tangan kanan pulak. Hahahaha. So sampai sekarang aku menulis guna tangan kiri sambil makan guna tangan kanan. Function gak sebenarnya aku praktis tangan kiri dulu hahaha.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Act entry ni mula ditaip pada 31 Julai haritu, konon-konon nak konsisten lah buat #10daychallenge ni tapi haprak apa hari ni baru siap hahahaha so inilah maisarah. Sila refer point ketujuh di atas. Sorry saya busy ketiduran + movie berpanjangan. Doakan saya ada tiga lagi test lepas ni. Okay, doakan juga esok jadi hari ketiga untuk #10daychallenge ni. Amiiin Ya Rabbal 'Alamiiin.