3 June 2017

Persiapan ke Universiti

Assalamualaikum

Fuhh.

Masa 15 Mei haritu, result upu dah keluar. First choice aku, aku isi UIA untuk program asasi. Tak tahu kenapa aku konpiden giler dapat uia. First sebab asasi. Second sebab uia. Third sebab course ekonomi dan pengurusan. Fourth sebab aku teringin nak jadi student uia ngehngeh hahaha. Last last aku dapat Unisza.... the second choice. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih unisza. Masa tu aku main 'bantai' je isi sebenarnya janji course yang aku bolehlah nak dikatakan minat. Masa isi borang upu aku memang tak isi borang politeknik so ofcoslah i tak dapat poli.

Aku memang tolak awal-awal semua course yang berkaitan sains mak nenek tu. Sorry i tak minat sains. I minat bisnes and pengurusan. So i've got this course.

Diploma Perdagangan Antarabangsa a.k.a Diploma InTrade (International Trading).

Kalau korang dengar nama unisza mesti pelik kan? Aku pun sama HAHAHAHA. Sebab jarang dengar and tak famous sangat. Orang katalah. Takpe, since aku akan jadi seorang mahasiswi unisza so aku akan famouskan unisza di seluruh alam semester (semesta). Kah.

Act sebelum tu aku dah dapat matrik. Kolej Matrikulasi Teknikal di Johor. Mak aku suruh terima matrik je if tak dapat upu en. Tapi aku taknak sebab aku tak minat teknikal sebenarnya. Engineering-engineering semua ni act aku tak minat tapi time form 5 aku masuk kelas teknikal pulok hahaha. Tapi bersyukur lah jugak aku dapat unisza. Takyah aku masuk matrik kihkih.

Untuk program diploma aku ni ambil masa dua tahun. Okay ah tu en. Aku ingat 3 tahun macam lama sangat je nanti kawan-kawan aku yang amik matrik ngan asasi dah nak sambung degree aku diploma pun tak habis lagi. Takpe ah, belajar takyah berlumba sangat siapa pandai siapa tak. Yang penting belajar.

Lepas aku dapat tawaran ni, aku saje saje jelaa tweet kat twitter yang aku dapat unisza, course blablabla. Rupanya berguna gak aku tweet camtu. Nanti ada senior-senior yang tegur say congrats laa welcome to the club laa hahaha, boleh tanya macam-macam like daftar nanti pakai baju apa, apa barang harem kat sana, asramanya macam mana, or anything about unisza.

And lagi satu kalau ada orang yang sebaya dengan kita dapat course + universiti yang sama, awal-awal dah boleh cari kawan. So memang berguna tweet tawaran korang kat twitter. Tapi gaya tweet janganler macam riak bebenor. Kena jaga perasaan kawan-kawan lain yang tak dapat tawaran jugak tau. Tweet sekadar nak cari kawan or senior cukup ler.

So, dari tarikh tawaran aku tu, aku ada lebih kurang tak sampai sebulan je untuk buat persiapan. Tapi budak-budak uitm diorang daftar awal kot. Hari isnin dapat tawaran, ahad minggu tu jugak dah kena daftar. Kawan-kawan aku yg dapat uitm ramai kelam kabut jugak ah. Tapi budak-budak uitm lepas habis orientasi seminggu diorang dapat cuti seminggu berpuasa kat rumah dengan family. Then kena balik asrama balik.

Aku daftar sekali dengan budak-budak matrik isnin ni. So kitorang memang dah seminggu lebih puasa kat rumah, so lepas ni aku balik time raya je. Aku tak boleh bayangkan macam mana perasaan tak balik rumah berbulan-bulan sobs sobs. Selama ni time sek menengah duduk asrama boleh balik tiap 2 minggu. Paling lama sebulan. Lagipun rumah memang dekat giler.

Skang ni, rumah mak aku kat selangor, universiti aku kat tewengganu huhu. Ibu suruh ulang-alik naik flight je sebab sana mana ada ktm. Naik bas satu hari lama gila. So memang aku mungkin akan jarang balik sebab flight pun bukannya murah sangat. Takpe ah :'))

Ada sehari tu, aku call bendahari unisza tu nak tanya pasal yuran pengajian blablabla. Tapi aku tak tahu kenapa aku amik masa lama gilerrrrrrr nak paham apa dia cakap tu tsk tsk. Loghat terengganu aku mana reti. Habehlah aku. Aku banyak kali try loghat ganu pun berbelit-belit dah hahaha. Takpe, nanti jangan pelik kalau lepas dua tahun nanti aku blogging dalam loghat ganu pulak hahaha jkjk.

Buat masa sekarang, biasiswa belum ada. Or mungkin aku memang takkan dapat. Tapi takpe ah mak aku masih mampu bayor guna duit kwsp dia. And sekarang aku masih dalam proses untuk mohon hadiah RM1000 dari kerajaan selangor dan mungkin aku akan buat pinjaman negeri gak. Setahun pinjaman dalam RM4000+ gitu. Haa yang hadiah RM1000 tu khas untuk student yang sambung diploma and pendapatan RM3000 ke bawah tak silap. Untuk matrik dan asasi takdo. Sebab orang kata diploma banyak guna duit. Takpe kita tunggu.

So far yuran pengajian aku ni, yang aku tahu ler...

Untuk sem panjang : RM1000++
Untuk sem pendek : RM800++

Dua tahun ada 6 sem. 4 sem panjang dan 2 sem pendek. Lebih kurang dua tahun aku ni makan RM6000 lebih kut.

Ntoh ye kot. Okay letuw yurannya. Dulu aku duduk asrama time sekolah menengah yuran asrama semua setahun RM1000 lebih je.

Aku tak boleh bayangkan orang yang masuk utp satu sem dekat RM20k yuran dia agagagagagaga getoq kaki nak bayor kut. Untuk diploma je around RM80k. Kalau dapat biasiswa tenanglah hati sikit.

So kira bersyukur juga ler masuk unisza ni.

Berdasarkan pengamatan aku dari pengalaman senior-senior sebelum ni tentang unisza (HAHA skema gila ayat), aku rasa okay kot. Kadang aku rasa tak sabar nak tinggal kat sana. Tak sabar nak susun baju dalam almari, nak pasang cadar baru kat katil single, nak organise meja belajar sendiri. Hahaha padehel kat rumah ni almari tak pernah nak kemas, katil memang hari-hari bersepah, meja aku lagi lah na'uzubillah.

Persiapan ke Universiti

Banyak gila barang aku. Bawah meja tu semua barang-barang aku JE. Banyak kali jugak mak aku bawak aku keluar cari barang nak masuk U. Cari baju kurung, jubah nak pakai pegi class, seluar slack, fail, alat tulis, iron, hanger blablablabla.

So haritu last pegi giant beli barang, terjumpa sorang makcik ni. Dia yang tegur kitorang dulu sebab tengok troli penuh gila vaveng. Mak aku cakap lah sebab aku nak masuk U. Then makcik tu cakap,

"Haa tengok tu, beratus-ratus mak belikan barang sekolah. Besar jasanya tu. Sebab tu jangan sebok gatal nak kahwin awal, balas jasa dia dulu,"

Ibu hidung dia dah kembang kempis kembang kempis je hahaha. Time tu sentap kut. Adik-adik aku pun kena tempias sentapnya hahaha. Tapi aku takdelah sampai nak kahwin grr.

Betullah tu, lepas belajar, kalau boleh balas jasa ibu dulu. Tu yang penting. Tengok ah zaman sekarang ni ramai sibuk menggatal sana-sini padahal spm pun tak lepas lagi. Sibuk pikir pasal benda-benda tak penting.

Tiap kali balik dari beli barang je mesti aku akan cakap,

"Terima kasheh bu :*"
"Eh! Ingat ibu belanja barang ko ni semua pree ke?"
"Yelaa nanti sarah bayor balik dah kerja ngehngeh"
"Ibu tak mintak ko bayar balik pun. Balas balik dengan belajar rajin-rajin. Tu je."

I'm crying :')

Apa-apa pun, doakan aku gais.
Aku belajar bukan sebab aku nak dapat kerja bagus.
Aku belajar sebab nak tambah ilmu. Same goes like others.

So kepada semua batch 99, belajar rajin-rajin yuk!
Belajar kat mana-mana semua sama and bagus.
Matrik ke, uitm ke, unimas ke, politeknik ke, form 6 ke.
Yang penting belajar sungguh-sungguh, balas jasa parents.

Goodluck semuanya.

17 comments:

  1. macam nak pindah terus tu. hehe betul sekarang dah senang, fasi akan cari student yg uni dieorang di twitter, lagi rajin terus invite group fb untuk nk tanya apa2. all the best

    ReplyDelete
  2. rasa tua pulak batch 99 dah start masuk u dah. cpt je masa brlalu. hehe gudluck!

    ReplyDelete
  3. wahhh.. gud luck untuk pengajian tu....

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.

    Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  4. All the best dear ...
    teringat pula waktu auntie masuk U dulu ...
    bolehlah panggil auntie, rasa mcm dah tua right now :) bila tengok adik2 semua masuk U ...

    ReplyDelete
  5. congrats and good luck!

    belajar kat mana-mana sama je sebenarnya. yang penting kita tu macam mana

    ReplyDelete
  6. Hi Ucing singgah dari segmen mia liana (^_^).Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  7. Dulu yuran akak almost 4k per semester. Kesian kat my dad for sponsoring my studies.

    But the funny thing is, he allowed me to find a prospect to be my husband. Try to find one anytime you're free :D

    ReplyDelete
  8. Selamat menempuh alam university dik.. anything could happen in ur journey..just keep positive and enjoy..sis baca ni rasa nak study balik..

    ReplyDelete
  9. macam tulah kalau masuk uni barang kemain banyak.belajar rajin-rajin ye
    JanjiKita

    ReplyDelete
  10. banyak nye barang. awak nak pindah rumah ke. hehehhe

    ReplyDelete
  11. saya pun dapat unisza...diploma perakaunan....tapi terpaksa tolak...n now sambung f6 stpm #hopedptkuat

    ReplyDelete
  12. All the best to you.. :D
    I agree with Rasya.. Famous or tak, belakang kira... yang penting, kita buat yg terbaik... :D

    ReplyDelete
  13. Banyak nya barang. Sis pun tengah tunggu tawaran upu. Bulan ogos lambat lagi T.T .Apa apa pun goodluck dik!

    ReplyDelete
  14. Semoga sis berjaya dalam apa-apa yang sis lakukan.

    ReplyDelete
  15. Memula nak masuk memang banyak barang nak kena bawa.. pasti nanti masa dan abis belajar, seganda jadinya.. hehehe..

    ReplyDelete