5 May 2017

Tips Cari dan Beli Baju Raya

Assalamualaikum

Countdown
#22daysbeforepuasa
#51daysbeforeraya


Betul ke ntah aku kira. Haaa lantak. Yang penting ramadhan dah semakin menghampiri.
Harap-harap kita sempat singgah laa ye :')


Okay kali ni i nak share tips cari baju raya. Mentang-mentang dah last minit, tailor semua dah tutup request orang nak tempah jahit baju raya. Yelaa, diorang pun nak rehat gak. Senang beli jelaa baju siap. Kalau tak muat boleh cari size lain. Kalau takde size gak cari je sampai jumpa. Pakai yang prelove pun bukannya orang perasan pun janji ada baju raya huhu.


Orait ni beberapa tips yang korang boleh cuba gunakan sebelum korang beli baju raya tahun ni.


1) Plan
Sebelum membeli kena laa ada plan. Tahun ni nak pakai baju yang macam mana. Peplum kaa, ikan duyung ke, ikan pari ke, plan siap-siap. Nanti tinggal cari je. Boleh survey-survey dulu baju apa korang nak pakai tahun ni. Yang mana tengah trending ke lepas tu boleh laa buat #rayaootd kat insta gitu pastu fight baju siapa paling lawa and stail. MashaAllah sisturrr.


2) Pastikan selesa
Jangan sebab nak ikut trend, raya dari pagi sampai ke petang leher ko tercekiq menahan baju ko yang ala-ala overseas cekiq-cekiq leher tu padehel korang tak selesa and biasa pakai baju yang leher besor. Nak berjalan pun alahai terkepit-kepit peha tu semata-mata nak nampak macam saloma alahai tak payahlaa sis. Hidup kena chill. Kalau rasa nak pakai tshirt time raya tu kau pakai jelaa. Kalau orang mempersoalkan kau, cakap je, "nasib baik aku pakai baju"

Yang penting TUTUP AURAT, TAK KETAT dan PATUH SYARIAH haa gitu :))

Orang lain nak beraya ke rumah-rumah orang bukan nak 'beraya' tengok awok cekci-cekci ye lebih-lebih lagi wahai wanita yang Rasulullah saw muliakan :3


3) Prepare bajet 
Bukan ko kena bajet-bajet dengan baju raya ko depan orang lain. Tu RIAQ namanya. Prepare bajet perbelanjaan korang awal-awal supaya duit korang tak membazir dekat baju raya je. Beli dua tiga helai cukup laa tak payah nak buat #rayacollection dalam wardrobe korang tu sangat. Nanti pakai setahun sekali je. Membazir amalan saiton kan? Ramai lagi saudara kita kat luar sana yang nak raya pun tak de duit nak beli baju raya baru :'(


4) Banyakkan buat survey, jangan malas!
Ni majo utk yang nak membeli online laa. Pastikan check dulu review diorang, kualiti, trusted seller ke tak orang yang jual tu, kang kena tipu, nanti time raya bukannya dapat baju raya, air mata raya jadinya. So make sure hati-hati.



Yang penting bersyukur je dengan apa yang ada. Kalau terpaksa pakai baju tahun lepas tu pakai jelaa. Kita sambut raya bukan nak ber#ootd okay, kita nak mengeratkan silaturrahim je antara umat islam. So, pastikan datang beraya rumah orang pakai laa deodarant kalau tanak satu rumah pengshan bau aircond kepit korang tu.


Andddd!!!

Jangan lupa banyakkan bersedekah di bulan-bulan yang mulia ni.
Kalau nak rezeki kita bertambah, kita kena laa banyak memberi.
Baru Allah gandakan lagi rezeki kita, okeyh?

"Orang yang banyak memberi takkan pernah jatuh miskin." -kaksaghah


psstt... jubah ni lawo T,T  #bellaammara

Image result for bella ammara plain jubah

1 comment:

  1. Lawalah jubah tu..
    Sha dah beli siap kain masa sale aritu.. Nie tgh tgu baju siap je..
    Selebihnya cari baju untuk anak-anak je..

    ReplyDelete