10 May 2017

Cara Mendaftar Permohonan Rumah Selangorku - Rumah Mampu Milik


Assalamualaikum


Matlamat utama yang hendak dicapai dalam Dasar Perumahan Negeri Selangor adalah 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini untuk memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai kediaman yang baik, selesa dan selamat. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan konsep Perumahan Mampu Milik yang memberi keselesaan dari segi reka bentuk rumah, saiz dan keluasan serta komuniti sekitar.


Image result for cara memohon rumah selangorku


Berikut ialah senarai projek Rumah Selangorku:
  1. Senarai rumah kos rendah
  2. Senarai rumah mampu milik
  3. Senarai kedai kos rendah

Syarat permohonan Rumah Kos Rendah di Selangor
  1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  2. Bermastautin di negeri Selangor.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  4. Satu keluarga satu permohonan sahaja.
  5. Pemohon atau suami/isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta.

Syarat permohonan Rumah Mampu Milik di Selangor
  1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  2. Bermastautin di negeri Selangor.
  3. Pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.
  4. Pemohon (suammi/isteri) tidak mempunyai sebarang rumah kediaman di Selangor. Namun, pemohon yang telah memiliki kos rendah selama 5 tahun ke atas boleh memohon rumah mampu milik sebagai rumah kedua tetapi tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pemohon.
  5. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon.
  6. Pembelian rumah adalah untuk didiami bukan untuk disewa.

Syarat permohonan Kedai/Industri Kos Rendah di Selangor
  1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
  3. Belum memiliki sebarang hartanah untuk tujuan komersial.
  4. Hartanah ini hanya boeleh dipindahmilik selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.


Cara Mendaftar Permohonan Rumah Kos Rendah di Selangor

  1. Download borang melalui link yang diberikan di bawah dan print.
  2. Isi borang tersebut.
  3. Rujuk di sini untuk Kod Kawasan Permohonan Rumah Kos Rendah.
  4. Rumah Kos Rendah berkeluasan 700kps dengan anggaran harga jualan RM42,000 seunit.

Peringatan penting!
  1. Setiap permohonan adalah sah laku selama 2 tahun bermaksud jika sebelum ini si pemohon pernah menolak tawaran yang diberikan, maka si pemohon perlu menunggu sehingga tempoh 2 tahun itu tamat sebelum mengemukakan permohonan yang baru.
  2. Jika permohonan yang dibuat tidak berjaya atau didapati anda tidak layak, pemohon boleh mengemukakan rayuan dan mengemaskini data peribadi yang lengkap beserta dokumen sokongan yang dikehendaki.

Cara Mendaftar Permohonan Rumah Mampu Milik dan Kedai/Industri Kos Rendah di Selangor
  1. Pemohon perlu melakukan permohonan secara online di website http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/



Muat turun borang online di sini


Perhatian!
Borang permohonan pendaftaran bersama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar SENDIRI ke Pejabat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang beralamat berikut;


Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (HQ),
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan



Pastikan anda membaca dan mengisi setiap butiran dokumen dan maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan. Jika didapati butiran tidak lengkap dan tidak benar permohonan anda akan ditolak serta merta. Semoga berjaya!


No comments:

Post a Comment