3 May 2017

Blue Sky Tag: 11 shades of me

Assalamualaikum

Blue Sky Tag: 11 shades of me

Thanks to kak uyun aka senior i masa sek menengah dulu hahaha for tagging me in this challenge. Dah lama orang tak tag kite sobs sobss.

So, i copy jelaa rules ni dari blog kak uyun mihmih;

This is the rules:

🌸 Answer their 11 questions
🌸 Tag 5 people
🌸 Give them 11 questions to answer

Questions from kak uyun:


1. Apa pengalaman paling best dalam hidup?

Pengalaman paling best bila dapat merasa jadi salah seorang student kusiss even at first aku hari-hari menyumpah nak pindah sekolah sebab tanak duduk asrama dulu. Banyak benda yang aku belajar selama 5 tahun kat sana. Tak pernah menyesal sekolah kat situ *peace


2. Senaraikan favourite drama Malaysia, English. Jepun and Korea.

Act aku tak berapa minat layan tv sangat. Lelagi nak layan drama malas nak tengok tiap episod. Tapi kalau dah bosan tahap gaban tu terpaksa tengok gaklaa. Paling rajin layan movie jelaa sebab sekali tengok tu habis terus jee. Aku suka layan movie Syamsul Yusof wooo munafik woo desolasi wooo. Movie-movie camtu aku minat laa yg lain kureng heheheh.


3. Kalau diberi peluang pergi konsert Afgan, korang nak pergi ke tak? Kalau nak dengan sapa?

Tak nak hahaha. Tak minat konsert. Lelagi Afgan. *sowy ye fans afgan


4. Share experience tentang movie Harry Potter from 1 to 8.

Ni lagi satu. Aku tak layan movie Harry Potter sangat. Pernah lah gak tengok beberapa kali tapi takde rasa nak tengok lagi pun bhahaha sebab malas. *aku ni membosankan kan?


5. First time jatuh cinta umur berapa.

MashaAllah sisturrr yang ni tak tahu nak jawab cemana ahahahagagagaga. Tapi yang pasti time sekolah rendah dulu pun ada laa gak crush kat someone. Tapi pls ah lupakan. Sek ren kott. Hahahaha.


6. Pandai masak ke tidak? Kalau pandai pakar dalam apa (western ke, kampung ke dessert ke etc..)

Ya Allah ni lagi satu soalan cepumas. Tak pe ah i jujur je. Aku memang tak reti masak. Nak belajar masak tapi aku malas. Maybe nak kahwin nanti aku belajar ah hahahaha. Masak maggi goreng-goreng gitu boleh ah. Kena tunggu aku duduk rumah bujang dulu kot sebab aku mana boleh usik dapur ibu sangat agagaga.


7. Benda apa yg korang rasa paling bodoh pernah buat dalam hidup ni.

Tak tau nak bagi tau yang mana satu. Sebab banyak je benda bodoh aku pernah buat dalam hidup ahahaha. Yang ada dalam kepala otak sekarang ni adalah time sek rendah beli buku sticker RM2.50 tapi jual sebiji sticker dalam buku tu lima posen. Dalam buku tu ada 200 sticker. Kigha laa sendiri betapa kayanya aku masa tu.


8. Nyatakan genre music apa yang korang suka.

Aku suka qasidah. Tapi kengkadang aku layan gak era fm.


9. What do you think of yourself?

Comel dan hebat. *jangan pertikaikan pls.


10. Apa korg buat bila korang rasa down.

Termenung. Then tido.


11. Senaraikan 10 benda or orang paling penting dalam hidup korg.
  • Laptop
  • Wifi/Internet/Data 
  • Makanan
  • Air
  • Udara
  • Family
  • Kawan-kawan
  • Tempat tido
  • Duit agagagaga
  • *rahsia


Okay, so ni soklan-soklan khas yang perlu dijawab oleh orang-orang yang i tag lepas ni;




1) Kalau ada banyak duit, benda paling penting korang nak buat apa? Ceritakan.
2) Siapa idola korang? Kenapa?
3) Dah berapa crush korang pernah ada ahahagagaga setakat ni.
4) Subjek paling killer time sekolah menengah dulu?
5) Perkara paling jahat korang pernah buat masa zaman sekolah?
6) Ada pengalaman bekerja di mana-mana? Senaraikan.
7) Paling suka baca buku genre apa and senaraikan buku-buku best yang korang pernah baca.
8) Apa impian korang yang dah lama dipendam tapi sampai sekarang masih belum tercapai or hampir tercapai?
9) 5 facts tentang diri sendiri. 
10) Target nak pergi haji tahun bila? *ni doa ni jgn memain hahaha
11) Rajin bukak apa je? (email/twitter/blog/fb/insta/youtube/etc) *bagi link/username sekali huhu


Selamat menjawab hohoho.

Nanti komen link entri kat bawah ye :*

2 comments:

  1. Alamakk.. kena lagi tag.. Haaaa boleh2. tapi amer just update dalam yang sedia ada eh.. boleh? Thanks tagging, soalan pon boleh tahan nih hahaha

    ReplyDelete