3 May 2017

Adik-beradik Sama Umur (part 2) -TheGadisMisteri


Penulis : TheGadisMisteri
Follow her telegram : telegram.me/TheGadisMisteri
_________________________________________________________________________________

“ Assalamualaikum . ”

Ibu yang sedang memasak di dapur terus meluru ke arah pintu masuk .

' siapa yang datang rumah ni ? ' bicara Ibu dalam hati .

Pintu rumah dibuka . Ayah . Ibu mengurutkan dada . Terkejut !

“Abang tidak ke pejebatkah harini ? ” soal Ibu sambil menyambut tangan Ayah untuk bersalam .

“ Tak . Ada kerja sedikit . Jah , Abang ada benda nak bagitahu . ”

“ Apa dia , bang ? Macam serius je bunyi . Abang sakit ke ? ” soal Ibuku berbunyi kerisauan .

“ Abang sebenarnya ... Abang ... ”

Ibu mencapai tangan Ayah .

“ Ada apa , bang ? ”

“ Abang dah .. Abang dah kahwin lain . ” akhirnya terkeluar juga dari mulut Ayah .

Ibu . Terus remuk hati ibu saat mendengar perkataan itu keluar dari mulut ayah . Air mata mengalir di pipi mulus ibu . Ibu mengesat air mata .

“ Sampai hati Abang buat saya macam ni , apa salah saya ? Apa kurangnya saya ? ” soal Ibu sambil menangis .

“ Jah tak salah apa pun dengan Abang . Jah tak ada kurangnya . Abang yang salah . Abang yang tipu . ” balas Ayah sambil menggengam tangan Ibu .

Bunyi motosikal dari luar rumah . Ayah bangun menuju ke pintu rumah . Ibu cepat-cepat mengesat air mata yang mengalir . Aku dan adik membuka kasut dan bersalam dengan Ayah .

“ Ibu ! Kenapa mata Ibu merah ni ? Ibu menangis ke ? Kenapa ibu ? ” soal Adikku .

“ Tak de pape lah sayang . Mata ibu masuk habuk je . ” balas Ibu .

Ibu menangis . Ye , Ibu tipu kitorang . Tapi kenapa Ibu menangis .

“ Ayah ! Ibu menangis kan ? Kenapa ? Ayah ke yang buat Ibu menangis ? ” soalku kepada Ayah yang dudur berhadapan dengan kami .

“ Kakak ! Kan Ibu dah bagitahu . Mata ibu ni masuk habuk , bukannya menangis . ” balas Ibu supaya aku tidak lagi menyoal Ayah .

Ayah ! Pasti ayah yang buat Ibu menangis . Apa yang Ayah dah bagitahu ibu ? Takkan laa , pasal tu ......

“ Kalau Ibu cakap macam tu takpe lah . Kakak dengan adik naik dulu . ” balasku sambil menarik tangan adikku supaya mengikutiku .

Sampai sahaja di bilik , aku manarik tangan adikku masuk ke bilik .

“ kenapa ibu menangis ? ”

“ Entahlah akak pun tak tahu . Akak cuma takut je , takut Ayah buat ibu menangis . ” balasku lemah .

“ kenapa akak cakap macam tu ? ” soal adikku .

“ Ye lah , sebelum ni kita tak pernah pun tengok Ibu menangis . Mmm.. Kau tunggu akak kejap . ” balasku sambil menuju ke bilik bacaan . Aku mencapai handfonku .

Instagram . Aku mencari gambar yang aku jumpa malam semalam . Fuhh ! Mujur masih ada lagi .

“ Nah , cuba kau tengok gambar ni betul² . ”

Aku menghulurkan handfonku kelada Adikku . Dia mencapai dengan malasnya . Riak mukanya terus berubah melihat gambar tersebut .

“ kak , dalam gambarni ... aa .. ” adikku tidak dapat meneruskan soalannya .

“ Anak-anak ayah buat apa ni ? Dah-dah laa main handfon , jom cepat turun . Kita makan sama-sama .” Ayah muncul di depan pintu bilik . Terkejut kami .

Handfon yang berada di tangan aku simpan di dalam laci . Aku menarik tangan adikku supaya mengikuti langkahku . Dia tidak berkata apa . Mungkin masih terkejut dengan apa yang dilihatnya tadi .

Kami berdua mendekati meja makan . Aku menarik kerusi untuk duduk .

“ Ibu .. Adik tak nak makan . Adik dah kenyang sebenarnya . Adik naik dulu . ”

Aku hanya diam . Mungkin adik masih lagi terkejut dengan gambar yang aku tunjuk tadi . Aku pun berlari mendapatkan adik .




Pintu bilik adikku diketuk beberapa kali . Sunyi . Tiada pun tanda-tanda yang menunjukkan dia ingin membuka pintu . Aku mengeluh .

“ Kakak , kenapa dengan adik tu ? ” soal Ibu yang sudah menaiki tangga ke tingkat atas .

“ Eh .. Tak ada apa-apa lah Ibu . Adik memang dah kenyang tu . Tadi sebelum balik , dia makan dekat sekolah . ” bohongku .

Ibu . Maafkan kakak . Kakak tak boleh nak bagitahu Ibu pasal gambar tu . Kakak tak nak Ibu sedih .

“ Ye lah . Ibu turun dulu . Kesian dekat ayah sorang-sorang dekat dapur . ” balas Ibu sambil melangkah turun .

Malam itu , aku dan adik menonton televisyen di ruang tamu . Ibu menghampiri kami lalu duduk di sebelah adik .

“ Adik , kenapa ni ? Sejak balik sekolah tadi sampai laa malam adik belum makan apa-apa . Nanti perut masuk angin macam mana ? ” soal Ibu . Jelas terpancar kerisauan di wajahnya .

“ Adik okey laa . Adik cuma dah kenyang . Banyak adik makan masa dekat sekolah tadi . Kalau tak caya tanya akak . ” balas Adik .

“ Ye lah . Tapi kalau lapar bagitahu ibu , ibu boleh panaskan lauk . ”

Adikku hanya membalas dengan anggukan sahaja . Ibu pun berlalu naik ke atas .

“ Adik , kau ni kenapa hah ? Akak tahu kau masih lagi terkejut pasal gambar tu , tapi tak payah laa sampai macam ni . Nanti Ibu dengan Ayah syak bukan-bukan . ” pujukku sambil menepuk bahunya .

Aku berjalan menuju ke dapur . Lauk yang disimpan di dalam peti aku ambil . Aku panaskan lauk itu .

“ Adik jom makan . ”

“ Taknak . Adik nak tegok cerita ni . ”

“ Fatin Hilmiah !!! Mari sini makan . Akak panggil baik-baik ni , kang akak sumbat jugak panggan ni dalam mulut kau ! ” marahku sambil menuju ke arah adikku .

“ Yelah.. Yelah.. Adik akan makan kalau akak makan . ” balasnya sambil menuju ke sinki .

“ Yelah .. ”

Tanpa disedari , Ibu yang berada di anak tangga tersenyum mendengar kami berbual . Anak-anaknya sudah besar , mereka sudah pandai menjaga diri .





Aku berjalan dengan langkah yang amat laju untuk mengejar adikku . Laju betul Fatin Hilmiah ni berjalan .

“ Adik ! ”
" Fatin ! ”

Masih lagi tidak berpaling . Ya Allah ! Telinga dia tu letak dekat mana , tak dengar ke aku panggil ni !

“ Fatin Hilmiah Binti Mohd Khairuddin !!! ”

Adikku pun berpaling . Dia mengangkat sebelah keningnya tanda tidak puas hati . Lantak kau lah tak puas hati ke apa .

“ Akak ni dah kenapa panggil nama adik . Nanti orang lain tahu laa . ” marahnya sambil menepuk tanganku .

“ Hekelehh .. Kau ingat kau tu perdana menteri ke ? Sampai nama pun tak boleh panggil ! ” sindirku sambil menarik tangannya .

“ Weyy , kau ingat tak masa haritu , Madam Cho panggil akak ? ” soalku inginkan kepastian .

“ Ingat . ”

“ Meh sini akak nak story dekat kau . ”

Aku menarik tangannya ke sebuah meja bangku di hadapan kantin sekolah . Adikku hanya menurut .

“ Madam Cho tanya , yang akak ni ada kembar ke tak . Terkejut akak masa tu . Dia tanya sebab nanti ada student baru nak masuk . ”

“ Kembar ? Tak kan lah sebab ada student baru cakap kembar . Mengarutlah Madam Cho ni ! ”

“ Kau nak tahu nama student tu apa ? ”

“ Nama apa ? ”

“ Aifa Nazihah Binti Mohd Khairuddin ! Kau rasa ? ”

“ Owh .. Ehh , nama ayah dia sama lah kan ?! Akak !!! Ntah-ntah betul pasal gambar yang akak tunjuk haritu ! ” balas adikku sambil menayangkan wajah muram .

“ Akak pun terkejut masa Madam Cho sebut nama budak tu . Betul kira jugak sangkaan kau , dik . ” balasku sambil memikirkan sesuatu .

Kringgggggggggg...

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat . Semua pelajar sudah mula bersedar ke kelas masing-masih . Aku pun berdiri untuk beredar ke kelasku .

“ Ayah ?!! ”

Aku terus memalingkan muka ke arah adikku . Pandangan matanya tertumpu kepada seseorang .

“ Adik , pergi masuk kelas sekarang ! Dah lewat ni . ” arahku kepada adikku .

Dia pun beredar . Aku dapat lihat air mukanya berubah . Aku melihat ke arah pejabat sekolah .

Ya , itu Ayah ! Macam mana budak tu boleh sama umur dengan aku ? Eh kejap ,, maknanya Ayah dah tipu ibu lama dah !

Air mataku mengalir di pipi . Aku mengalihkan pandangan ke arah lain . Balik nanti , aku akan pastikan yang ayah akan ceritakan semuanya .

“ Farah , Puan Hanani panggil kau . Dia tunggu kau dekat bilik guru . ”


-bersambung

No comments:

Post a Comment