3 May 2017

Adik-beradik Sama Umur (part 1) -TheGadisMisteri


Penulis : TheGadisMisteri
Follow her telegram : telegram.me/TheGadisMisteri
_________________________________________________________________________________

Aku turun dari kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah . Dari pintu masuk lagi aku sudah mencium bau lauk yang dimasak Ibu di dapur . Perutku berbunyi tanda lapar . Aku menuju ke bilikku untuk meletakkan beg dan menyalin pakaian sekolah . Sesudah itu , aku terus menuju ke dapur .

“ Wah .. Sedapnya bau . Ibu masak apa harini ? ” soalku sambil membasuk tangan di sinki .

“ Harini Ibu masak makanan kegemaran anak Ibu . ” balas Ibuku sambil meletakkan mangkuk berisi asam pedas di meja makan .

Aku mengambil tempat berhadapan dengan lauk tersebut . Air tangan ibu merupakan masakan yang paling sedap sekali . Aku mengambil pinggan dan mencedok nasi .

“ Farah Hazwani , lapar sangat ke sampai tak boleh tunggu Ayah ? Jangan makan lagi , kita makan berjemaah . ” tegur Ibuku dengan kelakuanku yang seolah-olah sudah seminggu tidak makan .

Aku tersengih memandang Ibuku sambil menjarakkan kedudukanku dari meja makan .

“ Ayah ! Jom laa makan , Ayah buat apa dekat luar tu ? ” panggilku sambil berjalan menuju ke ruang tamu .

Belum sempat aku menuju ke arah pintu rumah , Ayah sudah pun menjenguk masuk .

“ Ayah dah masuk dah ni , kenapa kakak tak makan dulu ? ” soal Ayah sambil berjalan menuju ke dapur .

“ Ibu suruh tunggu Ayah , cakap kena makan berjemaah laa , tak elok laa .. ” balasku tanda protes .

Ibu hanya tertawa melihat telatahku sambil mencedok nasi untuk ayah .

“ Adik mana ? Bukanke dia balik awak harini ? ” soalku sambil mencedok lauk ke dalam pinggan .

“ Dah balik dah . Tidur agaknya dekat bilik . Takpe lah , Ibu pergi kejutkan adik sekejap . ” balas Ibu sambil berjalan ke bilik adik .

Malam ini sungguh penat bagiku . Namun aku gagahi juga demi menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru . Setelah selesai , aku menjeling ke arah jam yang tergantung di dinding bilikku .

' baru pukul 10.45 p.m. , awal lagi ni . ' detik hatiku .

Aku mencapai handfonku dan berbaring di katil . Aku membuka Instagram . Stalker ! Itulah yang aku lakukan setiap kali aku membukanya .

' nana.ifaa '

Entah mengapa username itu menariku untuk menstalknya . Aku terkejut memandang satu gambar yang dipost .

“ Ayah ? ”

Perkataan itu terpacul dari bibirku saat melihat gambar gadis itu bersama Ayahku . Aku menscroll lagi gambarnya yang lain . Semuanya gambar gadis itu dengan rakan-rakannya .

' Apa hubungan Ayah dengan minah ni sebenarnya ? Husnudzon Farah ! Pelanduk dua serupa je kot . ' detik hatiku .

Aku menutup handfonku dan berbaring . Tiba-tiba aku terdengar seperti ada orang bercakap dengan telefon di luar . Aku berjalan menuju ke balkoni bilikku .

'Ayah ?¿!¡ Ayah call siapa malam-malam macamni ? ' bicaraku dalam hati .

Aku berlari ke arah pintu bilik dan turun ke bawah . Aku bersembunyi di sebalik langsir supaya kelibatku tidak diketahui untuk mendengar perbualan tersebut .

“ I dekat rumah Khadijah laa . You ingat I ade isteri lain lagi ke selain you and Khadijah ? ”

“ Takpe lah , I dah mengantuk ni , kirim salam dekat Nana tau . Good Night , Sayang "

Aku terus berlari naik semula ke bilik sebelum kelibatku diketahui ayah . Air mataku bercucuran saat mengingat kembali perbualan tadi .

' Apa semua ni ? Apa salah Ibu sampai Ayah sanggup buat Ibu macam tu ! ' bicaraku sambil menangis .

Aku membaringkan tubuhku dan memejamkan mata .

Pagi itu aku terlewat untuk ke sekolah . Mana tidaknya , malam tadi sibuk bermain handfone dan menangis . Ya , menangis .

“ Ibu , kakak pergi dulu . Dah lewat dah ni . Adik jom . ” laungku dari pintu rumah . Adikku yang sudah menungguku di bangku bangun dan berjalan ke arahku . Ibu berlari-lari anak ke arah kami .

“ Pergi sekolah baik-baik tau . Adik , balik nanti tunggu kakak , jangan nak balik jalan kaki . ” pesan ibu . Aku mengangguk .

Aku dan adikku berjalan kaki ke sekolah . Jarang sekali kami menaiki kereta bersama Ayah .

“ Adik , kau suka tak ada kakak tiri ? ” soalku sambil menghirup udara pagi yang segar .

“ Apa punya soalan laa akak ni . Mestilah tak nak . Akak ni dah kenapa tanya soalan macam ni ? Nak sangat ada adik-beradik tiri ? ” soal Adikku , Fatin Hilmiah .

“ Akak memang tak nak la . Tapi kalau ada , kau terima tak , dik ? ” soalku lagi .

Adikku memberhentikan kakinya . Di berpaling kearahku yang berada di belakangnya .

“ Akak , tak perlu kot akak cakap pasal ni . Lagipun kita takkan ada adik-beradik tiri . Takkan laa Ayah nak buat macam tu dekat Ibu . Ingat , Ayah bukan macam tu . Kalau akak ada angan-angan nak ada adik-beradik tiri pun , simpan je lah angan-angan akak tu . ” nasihat adikku panjang lebar .

Aku hanya memekakkan telinga . Dah datang dah mood Ustazah adik aku seorang ni . Umur baru 15 tapi cara bercakap tu , perghh kalah aku .

“ Yelah.. Yelahh .. Ayah takkan buat macam tu punya kan ?! ” hindirku sambil menarik tudungnya .

Dari jauh ada sebuah kereta memerhatikan kami . Aku terus mencapai tangan adikku dan melajukan pergerakan . Takut . Ya , itu yang menguasai diriku .

“ Akak ni dah kenapa ? Buang tebiat ? Sebelum ni tak pernah-pernah pegang tangan adik . ” soal Adikku sambil melepaskan peganganku .

“ Heishh , kau nih . Akak ni pikirkan keselamatan kau . Tadi akak perasan ada kereta berhenti dekat simpang jalan sana , asyik duk pandang kita je . ” balasku sambil melepaskan tangannya .

Kami tiba di pintu pagar sekolah . Senyuman terukir di bibir sebelum wajah kembali serius membincangkan hal tadi .

“ Biar betul kak ? Macam mana kita nak balik nanti ? ” soal Adikku kerisauan .
“ Takpa . Nanti kita minta bantuan Pak Cik Guard hantarkan . ”

“ Dengan motorsikal cabuk dia tu ? ” soal Adikku sambil menggelengkan kepalanya .

“ Farah Hazwani !! ”

Siapa yang melaungkan namaku ? Madam Cho ! Aku memandang muka adikku ,

“ Gila ke nak naik motosikal cabuk dia tu ? Kau naik pun dan bercerai rantai ! Dah lah , jumpa Akak nanti rehat . ”

Aku berlari-lari anak menuju ke arah guru AddMath ku a.k.a Singa Jadian , Madam Cho . Kenapa ni ? Aku ada buat salah ke ?


-bersambung

No comments:

Post a Comment