12 April 2017

Tips move on daripada CRUSH

Assalamualaikum


k, malam ni sebelum aku transfer jadi sleeping beauty en, diri ni rasa terpanggil nak share macam mana nak move on dari suka seseorang a.k.a crush laaa. tengok tajuk tu macam pelik macam cantik macam comel je ekk. kalau orang tak reti paham bahasa mesti fikir tips ni crush aku yang bagi ish ish ish. tak. tolong baca banyak kali sampai paham.


bila usia dah meningkat remaja ni en pepaham jelaa.


biasa kalau dah cinta bertepuk sebelah tangan ni, memang boleh menonggeng tahap ontot setinggi menara tm laa. belum cerita lagi kes yang belum confess kat crush lagi memang dah dapat sign or hint yang dia (crush) memang tak suka kita and ada makwe lain. haa tu tahap nonggeng boleh sama tinggi menara klcc dah.


kes manusia ada crush ni banyak. yang jenis smooth je tu yang dua-dua suka sama suka tapi diam je buat donno tunggu masa. yang jenis tak tenteram rumah tangga tu yang dah tahu masing-masing suka sama suka tapi tanak confess and nak pertahankan ego memasing kena laa cari pasal dengan crush jet jet macam benci tapi sayang purr purr.


Tips move on daripada CRUSH


semua nak rasa disayangi dan menyayangi sebab it's fitrah. Allah yang bagi. bukan hadiah dari pakwe ke hape. tapi kena cara yang betul laa. kalau belum masanya lagi kena laa pepandai kawal. itu namanya UJIAN.


i pun ada crushh gak dulu.. tapi tu dulu... dulu jelaa....


Tips move on daripada CRUSH


tapi i dah move on kihkihkih.


bila dah move on en, alahai rasa bodoh betul minat batchmate sendiri HAHAHAHA. kelakar laa wei, dahlah tak matang, obses cam tah pape je dulu. noob tul. tapi dah minat en dia kentut pun bau macam ambi pur. bila ada kawan kutuk crush kita tu en kadang rasa macam nak putus kawan je.


so kenapa kena move on? nampak biasa je...


perasan tak? orang yang crush on someone ni biasanya dalam otak diorang selalu ada muka crush. selalu fikir pasal crush. nak ke mana-mana mesti mengharap crush pun ada. bila crush ada mata tak lekang asyik nak pandang aje mata tak berkelip. hati tak tenteram asyik fikirkan crush lewls.


one thing is, benda ni buang masa. dan MELALAIKAN.


dalam tak sedar, kadang solat kita terlambat sebab sibuk duk stalk crush kat twitter, insta. mata duk berzina pandang crush banyak kali. hati duk berzina asyik fikir yang tak halal. time jalan kaki pun boleh terlanggar dinding sebab ternampak crush kat kedai sana.


zina? crush boleh dikira zina? baca ni,

http://www.tarbiahsentap.com/2014/07/7-jalan-zina.html


baca ustaz adnin korang bebel ni jap huhu,


Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:


“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”


Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.


Kenapa pulak dosa?!


Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapa kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?


Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang (sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagram pun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.


Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.


CINTA YANG ALLAH REDHA?


Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?


“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)



Lihat? Cuba highlightkan ayat:


“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”


Cinta sebeginilah yang Allah redha!


Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?


Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


k laaa. disebabkan i dah move on, mungkin berdosa kalau aku tak share.


mula-mula buat bodoh dulu. buat-buat dia tak wujud. kawan tanya pasal crush aku buat donno. diorang kenen-kenenkan aku buat donno. terserempak kat tengah jalan dengan crush buat-buat tak nampak. buat-buat ko tengah fokus pandang benda lain. see? the power of buat bodoh muahahaha. start daripada sini je, kita akan mula rasa tak kesah dengan crush. lama-lama dah lupa yang dia tu crush kita hahahaha. tapi take time jugak laa. kalau kau tak usaha ko still nak layan nafsu kau minat crush tu asyik nak ushar dia je tak jalan gak. nak lagi senang cuba cari salah dia tapi jangan aibkan dia pulak. pendam dalam hati tu ko benci dia gila-gila sebab tu ini. 


entah, macam aku mula-mula aku cari salah dia pastu aku benci. lelama aku buat donno and then aku dah lupa daaa pasal dia. and sekarang ni takdelaa aku benci dia lagi dah cuma perasaan suka tu dah hilang sebab aku asyik buat tak tahu pasal dia en makin tak amik kisah so senang je nak lupakan. mihmih. 


then, anggap perasaan suka kau ni kerja kak syai dengan pak tan (syai tan). makhluk Allah ni memang saja je nak perangkap kita. dah tu memang kerja dia kan. tanamkan dalam diri,

"syaitan mesti kalah. bukan kita.''


kalau kat media sosial kita boleh unfollow semua akaun dia. nak lagi smooth kau block je. settle. pastu tak payah menggedik nak save no crush bagai. no mak no atuk nenek dia pun tak payah menggatal nak save. like i've said, BUAT MACAM DIA TAK WUJUD even korang akan selalu jumpa pun maybe satu kelas ke, jiran rumah sebelah ke, anggap je dia tak wujud.


kalau dia tu bestfriend korang, cuba laa jauhkan diri dari dia. bukan suruh putus kawan. tapi act takde keperluan pun nak berukhuwah dengan berlainan jantina. kalau betullaa nak berukhuwah kan, mesti sama-sama nak masuk syurga. so, macam mana? memasing kena laa jaga ikhtilat, baru sama-sama boleh masuk syurga :')


then cuba jauhkan diri dari kawan-kawan yang negatif and asyik cakap pasal crush or cintan-cintun. kawan ni antara orang yang senang mempengaruhi diri kita tau tsk tsk :')


dannnnnnn yang paling penting,


kurangkan genre-genre cinta di sekelilingmuuuu mihmih.

contohnya novel cinta, drama cinta, movie cinta, lagu cinta blablabla. percayalah kalau kita asyik layan benda cinta-cinta ni nanti diri kita sendiri yang terbuai and then hanyutssszz...


so, harap apa yang aku bebel ni membantu laa. dah ngantuk dah ni hikhik.


byee laila sa'edah!

7 comments:

  1. heee.. comel gambar budak laki tu buat muka camtu

    ReplyDelete
  2. Cinta Allah lebih dari segala2.. tapi manusia mmg fitrah nak bercinta dengan manusia. Doa banyak2 sentiasa dibawah lindungan Allah.. aminnn

    ReplyDelete
  3. memang kena move on... teruskan kehdupan.. chill...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #29. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/04/senarai-url-blog-29.html . Pemenang akan diumumkan pada 19/4/2017. (^_^)

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  4. hat yg last tu betul. since guwa dah kahwin, and kisah sebelum kahwin pun dah machiam novel. so, yes. drama, novel, telemovie cintan cintun yang overdue tu. pls lh jangan layan. jarang berlaku.

    ReplyDelete
  5. eh, apa lak overdue. mentang2 bersalin haritu overdue. hikhik..i mean, over.

    ReplyDelete
  6. hahaha bila ada crush mmg tiap masa je asyik fikir pasal dia. stalk apa semua. huhuhu. and yes i agreed that benda tu melalaikan. tapiii bila kita dah move on dgn crush, ada pulak lagi dah crush baruuuu. acane tu? ahhahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada crush baru lepas move on tu biaseerrr kak hahaha ujian sis huhu so buat jelaa benda yg sama tak pun cuba busykn diri and tak yah amik kisah sgt abt new crush :3

      Delete