9 April 2017

terindu tanpa sengaja hikhik

assalamualaikum

dah lama rasanya tak membebel kat blog macam dulu-dulu. hahaha. ingatkan dah habis spm ni boleh lah nak update blog hari-hari. tapi kalau dah namanya pemalas tu jangan haraplaa beb muahaha. so aku rasa macam nak buat comeback laa pulak. cumanya takdelaa majlis kesyukuran ke apa ke aku nak buat comeback kat blog ni ek.


terindu tanpa sengaja hikhik


sorrylaa kalau rasa aku sombong selama ni sebab aku ignore komen/chat korang kat blog ni mihmih. bukan apa. saya busy hikhik.


lepas spm, ramai kawan-kawan aku dah kerja. kerja sementara jelaa kan. aku ni dah bulan 2 pun still menganggur je kat rumah. area rumah aku ni banyak je kedai. peluang pekerjaan untuk lepashan spm macam aku ni belambak je sebenarnya tapi tulah. aku pun tak sure sebab aku ni malas or tak terfikir nak kerja.


last-last bulan 3 aku kerja laa gak. aku merayau dengan kawan aku cari kerja kat area taman perumahan aku ni. and aku dapat kerja kat kedai spec. tapi aku bertahan sebulan je mihmih. ntahlah banyak benda aku tak tahan bila kerja kat situ huhu. tapi at least aku dah ada gaji ni aku ada laa modal sendiri enn nak buat macam-macam huhu. contohnya nak run bisnes. tak payah nak pinjam modal ibu lagi. inshaAllah laa kan? hikhik.


ramai orang yang aku jumpa en, diorang kerja semata-mata nak duit tau. maksud aku, diorang kerja tu sebab ada benda dalam wishlist diorang yang diorang nak beli. lelagi budak lepasan spm. bukan nak mengutuk apa (aku ni pun lepasan spm gakk) tapi mostly bila aku tanya mana pergi duit gaji kau kerja sebulan? dah habis. yelaa mungkin majoritinya fikir nanti kita nak masuk U, lepas tu dapat kerja, mesti dapat duit lagi kan?


bagus jugak ada yang kerja sekarang sebab nak kumpul duit masuk U nanti kot kot laa tak dapat biasiswa en. hishh zaman sekarang ni kalau sebut bab ekonomi memang rasa nak nangeshh weyh tsk tsk.


sebelum aku kerja bulan 3 tu, aku banyak jugak pergi konferens and seminar pasal ekonomi & bisnes. banyak bendalaa sharing dari orang-orang hebat yang aku dapat. banyak yang menyedarkan aku bila diorang banyak share pasal keadaan ekonomi negara kita.


dengan keadaan ekonomi kita sekarang ni, ramai orang berlumba-lumba nak maju dalam bisnes. berduyun-duyun orang join seminar and kelas saham or bisnes sebab nak maju dalam bisnes. ramai orang takut kalau diorang tak cuba nak maju dalam kewangan diri sendiri dari sekarang, untuk masa akan datang kita akan susah nak survive. begitu juga dengan aku. ye, aku sedar. aku muda lagi. macam pelik pulak budak umur macam aku dah cakap pasal benda-benda ni. huh.


kalau ikut islam pun, 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. motif hidup aku bukan setakat nak masuk U, then dapat ijazah, lepas tu kerja bawah syarikat orang, naik pangkat, gaji beribu, jadi orang bawahan boss, lepas tu pencen and then hidup dengan menikmati duit pencen. then masuk kubur. no no no.


aku sarankan korang baca buku kim kiyosaki dan robert kiyosaki. kalau tak tahu nak beli kat mana boleh pm kat aku, beli kat aku mihmih. buku-buku diorang banyak ajar kita cara nak bebas dalam kewangan. means kita setiap bulan boleh jana income yang lumayan tapi pada masa yang sama kita ada masa dengan keluarga yang berkualiti, kita tak stress. and akan ada satu masa, duit yang bekerja keras untuk kita, so bila kita tua nanti kita boleh hidup senang lenang tanpa bekerja untuk duit lagi tapi duit yang bekerja untuk kita.


sorry eh, aku bukannya nak promote bisnes mlm atau bisnes promote, share and pos risalah mende mak nenek tu. cuba matang sikit. nak hidup zaman sekarang ni memang mencabar. kalau kita masih nak harapkan subsidi, bantuan kerajaan, bantuan zakat, ihsan orang lain tu, jangan harap kita boleh berjaya sebab nak berjaya semua tu mesti atas usaha sendiri. apa-apa pun kita kena rajin korek ilmu. jangan harapkan silibus kat universiti or sekolah je. act banyak lagi ilmu kat luar yang kita belum jumpa.


konon nak berjaya itu ini tapi nak korek ilmu pun malas. amboi amboi amboiii.


haa kan dah membebel panjang pulak makcik sarah ni. aku dah kata bahaya kalau aku buat comeback ni.


aku dah tak tahu nak bebel apa dah ni.


aku rindu sekolah je skrg ni.


terindu tanpa sengaja hikhik


nak hangout pun duit takde. hmm duit lagi.

3 comments:

  1. Baguslah cari pengalaman kerja awal2 lani sume org nak pengalaman kerja huhu. :D

    ReplyDelete
  2. betul2 zaman ekonomi gawat ni cara belanjawan tu kena jaga. nak survive dalam keadaan ni? ada cranya. bagus adik ni suka baca buku, sediakan payung sebelum hujan thumbs up ^^

    ReplyDelete