25 April 2017

Tutorial Download Whatsapp untuk Windows PC/Mac

Nak mintak tolong tekan like boleh? Thanks :)



Assalamualaikum


Selama ni pakai whatsapp kat phone je kan? Tapi en keyboard kat phone siyes tak puas. Untuk keyboard warrior mcm aku ni kena pakai yg beso punya. So aku pun download laa whatsapp kat laptop aku ni. Sebelum ni guna whatsapp web je. Noob. Nanti bukak google banyak sangat tab so kalau terdelete tu mau tak merana hidup aku sehari sebab connecting whatsapp kat pc ni macam lambat sikit. Pastu kalau terdelete kena laa tunggu lagi beberapa minit padehel mesej kat group class masuk bertubi-tubi. Haih. Jammed weyh. Lelagi guna whatsapp web grrr.


Tapi tak kiralaa guna whatsapp web ke app ws ke pebende henpon kita tu still kena ada connection. kira dua-dua gajet tu kena ada wifi laa. orang lain ramai bukak ws kat laptop ni tujuannya tanak bagi fon meletup je. yelaa kalau tengah cas phone tapi at the same time ws class tgh riuh rendah. kan ke tak elok main phone sambil cas (?).


so lepas i dah download i letak kat desktop je senang nak carikk... (abaikan benda yg tak penting)



biase kalau nak download apa apa memang standard amik masa sikit so harap boleh bawok bersabor laa ek. nak ni link, tekan link tu and then tekan download for windows. kalau pakai mac download yg mac punya jangan gatal nak download yg window gak. toksah nak humble sgt. ws je pun.





harap bermanfaat. 

12 April 2017

Tips move on daripada CRUSH

Assalamualaikum


k, malam ni sebelum aku transfer jadi sleeping beauty en, diri ni rasa terpanggil nak share macam mana nak move on dari suka seseorang a.k.a crush laaa. tengok tajuk tu macam pelik macam cantik macam comel je ekk. kalau orang tak reti paham bahasa mesti fikir tips ni crush aku yang bagi ish ish ish. tak. tolong baca banyak kali sampai paham.


bila usia dah meningkat remaja ni en pepaham jelaa.


biasa kalau dah cinta bertepuk sebelah tangan ni, memang boleh menonggeng tahap ontot setinggi menara tm laa. belum cerita lagi kes yang belum confess kat crush lagi memang dah dapat sign or hint yang dia (crush) memang tak suka kita and ada makwe lain. haa tu tahap nonggeng boleh sama tinggi menara klcc dah.


kes manusia ada crush ni banyak. yang jenis smooth je tu yang dua-dua suka sama suka tapi diam je buat donno tunggu masa. yang jenis tak tenteram rumah tangga tu yang dah tahu masing-masing suka sama suka tapi tanak confess and nak pertahankan ego memasing kena laa cari pasal dengan crush jet jet macam benci tapi sayang purr purr.


Tips move on daripada CRUSH


semua nak rasa disayangi dan menyayangi sebab it's fitrah. Allah yang bagi. bukan hadiah dari pakwe ke hape. tapi kena cara yang betul laa. kalau belum masanya lagi kena laa pepandai kawal. itu namanya UJIAN.


i pun ada crushh gak dulu.. tapi tu dulu... dulu jelaa....


Tips move on daripada CRUSH


tapi i dah move on kihkihkih.


bila dah move on en, alahai rasa bodoh betul minat batchmate sendiri HAHAHAHA. kelakar laa wei, dahlah tak matang, obses cam tah pape je dulu. noob tul. tapi dah minat en dia kentut pun bau macam ambi pur. bila ada kawan kutuk crush kita tu en kadang rasa macam nak putus kawan je.


so kenapa kena move on? nampak biasa je...


perasan tak? orang yang crush on someone ni biasanya dalam otak diorang selalu ada muka crush. selalu fikir pasal crush. nak ke mana-mana mesti mengharap crush pun ada. bila crush ada mata tak lekang asyik nak pandang aje mata tak berkelip. hati tak tenteram asyik fikirkan crush lewls.


one thing is, benda ni buang masa. dan MELALAIKAN.


dalam tak sedar, kadang solat kita terlambat sebab sibuk duk stalk crush kat twitter, insta. mata duk berzina pandang crush banyak kali. hati duk berzina asyik fikir yang tak halal. time jalan kaki pun boleh terlanggar dinding sebab ternampak crush kat kedai sana.


zina? crush boleh dikira zina? baca ni,

http://www.tarbiahsentap.com/2014/07/7-jalan-zina.html


baca ustaz adnin korang bebel ni jap huhu,


Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:


“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”


Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.


Kenapa pulak dosa?!


Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapa kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?


Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang (sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagram pun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.


Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.


CINTA YANG ALLAH REDHA?


Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?


“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)



Lihat? Cuba highlightkan ayat:


“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”


Cinta sebeginilah yang Allah redha!


Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?


Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


k laaa. disebabkan i dah move on, mungkin berdosa kalau aku tak share.


mula-mula buat bodoh dulu. buat-buat dia tak wujud. kawan tanya pasal crush aku buat donno. diorang kenen-kenenkan aku buat donno. terserempak kat tengah jalan dengan crush buat-buat tak nampak. buat-buat ko tengah fokus pandang benda lain. see? the power of buat bodoh muahahaha. start daripada sini je, kita akan mula rasa tak kesah dengan crush. lama-lama dah lupa yang dia tu crush kita hahahaha. tapi take time jugak laa. kalau kau tak usaha ko still nak layan nafsu kau minat crush tu asyik nak ushar dia je tak jalan gak. nak lagi senang cuba cari salah dia tapi jangan aibkan dia pulak. pendam dalam hati tu ko benci dia gila-gila sebab tu ini. 


entah, macam aku mula-mula aku cari salah dia pastu aku benci. lelama aku buat donno and then aku dah lupa daaa pasal dia. and sekarang ni takdelaa aku benci dia lagi dah cuma perasaan suka tu dah hilang sebab aku asyik buat tak tahu pasal dia en makin tak amik kisah so senang je nak lupakan. mihmih. 


then, anggap perasaan suka kau ni kerja kak syai dengan pak tan (syai tan). makhluk Allah ni memang saja je nak perangkap kita. dah tu memang kerja dia kan. tanamkan dalam diri,

"syaitan mesti kalah. bukan kita.''


kalau kat media sosial kita boleh unfollow semua akaun dia. nak lagi smooth kau block je. settle. pastu tak payah menggedik nak save no crush bagai. no mak no atuk nenek dia pun tak payah menggatal nak save. like i've said, BUAT MACAM DIA TAK WUJUD even korang akan selalu jumpa pun maybe satu kelas ke, jiran rumah sebelah ke, anggap je dia tak wujud.


kalau dia tu bestfriend korang, cuba laa jauhkan diri dari dia. bukan suruh putus kawan. tapi act takde keperluan pun nak berukhuwah dengan berlainan jantina. kalau betullaa nak berukhuwah kan, mesti sama-sama nak masuk syurga. so, macam mana? memasing kena laa jaga ikhtilat, baru sama-sama boleh masuk syurga :')


then cuba jauhkan diri dari kawan-kawan yang negatif and asyik cakap pasal crush or cintan-cintun. kawan ni antara orang yang senang mempengaruhi diri kita tau tsk tsk :')


dannnnnnn yang paling penting,


kurangkan genre-genre cinta di sekelilingmuuuu mihmih.

contohnya novel cinta, drama cinta, movie cinta, lagu cinta blablabla. percayalah kalau kita asyik layan benda cinta-cinta ni nanti diri kita sendiri yang terbuai and then hanyutssszz...


so, harap apa yang aku bebel ni membantu laa. dah ngantuk dah ni hikhik.


byee laila sa'edah!

10 April 2017

masa kecik-kecik dulu... (part 1)

assalamualaikum

masa kecik-kecik dulu, kalau pergi shopping memana ngan family, aku paling suka bila ibu singgah kedai sinma. kedai sinma tu kedai jewelry yang banyak getah rambut comey comey, skarf lawa lawa, pastu ada gelang, rantai, memang tempat aku ngan adik-adik aku cari bahan nak MENGGEDIK ala-ala datin kat situ.


masa kecik-kecik dulu... (part 1)



dulu parents aku selalu bawak jalan-jalan kat the store sungai buloh tu. memang aku paling gumbira bila diorang kata nak pegi the store (padahal the store je pungg). lepas makan ke, sambil-sambil cuci mata kat kedai-kedai dalam the store mesti aku cari sinma. dulu aku mana reti pikir harga aku main bedal je even getah rambut harga rm5 sebijik pun peduli apa aku janji lawo :')


lepas puas shopping singgah gerai roti boy beli roti kopi tu buat makan dalam kereta otw nak balik ke rumah haaa semua orang mesti suka roti ni enn enn. dulu harga murah je tapi hmm sejak gst ni nak beli dua ketul pun rasa mahal :')


masa kecik-kecik dulu... (part 1)
blessing your life with this roti gemokkkkkkkk


lagi satu kedai aku paling suka singgah ialah kedai buku. tak kiralah kedai buku popular ke mph ke tak popular ke kinokuniya ke semua aku suka! kalau tak singgah kedai ni time shopping balik rumah aku boleh dilanda kemurungan...


kalau dalam kedai buku aku suka beli stationary. tak kisah laa kalau kat rumah tu dah ada 80 batang pen pun aku mesti tambah lagi sebatang. konon macam souvenir baru balik dari kedai buku gitu. paling best en mak aku pernah cakap macam ni,


''sarah, hari ni ibu kasi sarah pilih 5 novel sarah suka. haa pilihlaa''


omaigad omaigaddddd! best nya. time tu memang aku gila novel tau. hey! tapi dulu aku baca novel budak-budak je masa tu belum terjebak lagi dengan novel cintan-cintun ek. biasa aku baca novel ain maisarah laa. haa ada lagi satu novel en aku obses gila-gila tau. novel tu dia macam siri tau. mostly tajuk-tajuk nya gini;


sarah dan senduk
sarah dan duit raya
sarah dan kasut tumit tinggi
sarah dan kompang
sarah dan anting-anting
sarah dan bunga mawar


sebab tajuk novelnya SARAH. hikhiks.


rasa bersalah pulak time tu kalau tak baca semua siri bhahaha. apehal sakai sangat aku dulu.


minat masuk kedai buku tu still ada laa. sebab aku memang gila buku (even kadang malas baca buku gak). sekarang pun aku jual buku hikhik.

@imanbookstore


zaman sekarang ni aku suka masuk kaison, daison japan, popular, jusco, butik, lepak scm, ioi, pizza hut, kfc, mekdi.... mana main dah beli jewelry kat sinma lagi... noob.


masa kecik-kecik dulu... (part 1)

9 April 2017

terindu tanpa sengaja hikhik

assalamualaikum

dah lama rasanya tak membebel kat blog macam dulu-dulu. hahaha. ingatkan dah habis spm ni boleh lah nak update blog hari-hari. tapi kalau dah namanya pemalas tu jangan haraplaa beb muahaha. so aku rasa macam nak buat comeback laa pulak. cumanya takdelaa majlis kesyukuran ke apa ke aku nak buat comeback kat blog ni ek.


terindu tanpa sengaja hikhik


sorrylaa kalau rasa aku sombong selama ni sebab aku ignore komen/chat korang kat blog ni mihmih. bukan apa. saya busy hikhik.


lepas spm, ramai kawan-kawan aku dah kerja. kerja sementara jelaa kan. aku ni dah bulan 2 pun still menganggur je kat rumah. area rumah aku ni banyak je kedai. peluang pekerjaan untuk lepashan spm macam aku ni belambak je sebenarnya tapi tulah. aku pun tak sure sebab aku ni malas or tak terfikir nak kerja.


last-last bulan 3 aku kerja laa gak. aku merayau dengan kawan aku cari kerja kat area taman perumahan aku ni. and aku dapat kerja kat kedai spec. tapi aku bertahan sebulan je mihmih. ntahlah banyak benda aku tak tahan bila kerja kat situ huhu. tapi at least aku dah ada gaji ni aku ada laa modal sendiri enn nak buat macam-macam huhu. contohnya nak run bisnes. tak payah nak pinjam modal ibu lagi. inshaAllah laa kan? hikhik.


ramai orang yang aku jumpa en, diorang kerja semata-mata nak duit tau. maksud aku, diorang kerja tu sebab ada benda dalam wishlist diorang yang diorang nak beli. lelagi budak lepasan spm. bukan nak mengutuk apa (aku ni pun lepasan spm gakk) tapi mostly bila aku tanya mana pergi duit gaji kau kerja sebulan? dah habis. yelaa mungkin majoritinya fikir nanti kita nak masuk U, lepas tu dapat kerja, mesti dapat duit lagi kan?


bagus jugak ada yang kerja sekarang sebab nak kumpul duit masuk U nanti kot kot laa tak dapat biasiswa en. hishh zaman sekarang ni kalau sebut bab ekonomi memang rasa nak nangeshh weyh tsk tsk.


sebelum aku kerja bulan 3 tu, aku banyak jugak pergi konferens and seminar pasal ekonomi & bisnes. banyak bendalaa sharing dari orang-orang hebat yang aku dapat. banyak yang menyedarkan aku bila diorang banyak share pasal keadaan ekonomi negara kita.


dengan keadaan ekonomi kita sekarang ni, ramai orang berlumba-lumba nak maju dalam bisnes. berduyun-duyun orang join seminar and kelas saham or bisnes sebab nak maju dalam bisnes. ramai orang takut kalau diorang tak cuba nak maju dalam kewangan diri sendiri dari sekarang, untuk masa akan datang kita akan susah nak survive. begitu juga dengan aku. ye, aku sedar. aku muda lagi. macam pelik pulak budak umur macam aku dah cakap pasal benda-benda ni. huh.


kalau ikut islam pun, 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. motif hidup aku bukan setakat nak masuk U, then dapat ijazah, lepas tu kerja bawah syarikat orang, naik pangkat, gaji beribu, jadi orang bawahan boss, lepas tu pencen and then hidup dengan menikmati duit pencen. then masuk kubur. no no no.


aku sarankan korang baca buku kim kiyosaki dan robert kiyosaki. kalau tak tahu nak beli kat mana boleh pm kat aku, beli kat aku mihmih. buku-buku diorang banyak ajar kita cara nak bebas dalam kewangan. means kita setiap bulan boleh jana income yang lumayan tapi pada masa yang sama kita ada masa dengan keluarga yang berkualiti, kita tak stress. and akan ada satu masa, duit yang bekerja keras untuk kita, so bila kita tua nanti kita boleh hidup senang lenang tanpa bekerja untuk duit lagi tapi duit yang bekerja untuk kita.


sorry eh, aku bukannya nak promote bisnes mlm atau bisnes promote, share and pos risalah mende mak nenek tu. cuba matang sikit. nak hidup zaman sekarang ni memang mencabar. kalau kita masih nak harapkan subsidi, bantuan kerajaan, bantuan zakat, ihsan orang lain tu, jangan harap kita boleh berjaya sebab nak berjaya semua tu mesti atas usaha sendiri. apa-apa pun kita kena rajin korek ilmu. jangan harapkan silibus kat universiti or sekolah je. act banyak lagi ilmu kat luar yang kita belum jumpa.


konon nak berjaya itu ini tapi nak korek ilmu pun malas. amboi amboi amboiii.


haa kan dah membebel panjang pulak makcik sarah ni. aku dah kata bahaya kalau aku buat comeback ni.


aku dah tak tahu nak bebel apa dah ni.


aku rindu sekolah je skrg ni.


terindu tanpa sengaja hikhik


nak hangout pun duit takde. hmm duit lagi.