16 February 2017

Ular dan bomba

assalamualaikum! huhu.


waktu tu aku tengah makan sorang kat dapur. sorang adik aku tengah buat homework kat atas. mak aku pulak bawak adik aku lagi dua orang nak hantar sorang tuisyen, lagi sorang nak bawak beli tudung koko untuk esoknya.


time tengah makan nasi kat dapur tu entah kenapa tetiba aku throwback time aku sek rendah dulu pernah sekali ayah baru amik dari taska je, balik rumah satu taman kecoh sebab katanya ada ular tedung ke apa ntah merayap kat taman tu and then ular tu tak tau dah masuk kat rumah mana satu. masa tu memang agak seram ah. ayah dulu siap selongkar arwah rak kasut kayu (skrg rak tu dh xdak, arwah) kot nak check kot kot ular tu menyorok dalam kasut-kasut kitorang ke en.


tiba-tiba adik aku yang nak beli tudung tu (qila) lari-lari masuk rumah pastu jumpa aku cakap,

''akak, ada ular kat luar kak!"


memula aku fikir, 'eii budak ni menipu je keje,' yelaa i baru je throwback pasal ular tetiba dia datang kata ada lagi sekor. huh. muka aku memula tu blur gak ah. pastu qila tarik aku suruh pi tengok. aku baru makan berapa suap je kot. pastu aku basuh tangan terus naik bilik mak aku, aku intai dari dalam nampak mak aku tengah call bomba, jiran aku pulak teman mak aku kt luar, peratikan ular tu takut dia lari masuk rumah tetibe en.


lelama aku nampak ular tu dah masuk kat halaman rumah aku masa tu aku pulak yang cuak takut tetiba dia kluar kat mangkuq jamban ke haa. adik aku tengah buat homework aku duk panggil-panggil suruh tengok sekali.


''naa (dina), pakai tudung siap-siap kot kot ulor tu muncul dalam rumah ni kang at least boleh lari terus tayah cari tudung,"


huhu.


aku dengan dina jadi tukang perati ular tu dari bilik mak aku jelaa takut ularnya lari. besar woiii aku tengok pun geli gelemennn eii. panjang jangan cakap ah. nunggu bomba memang lama woii sebab balainya agak jauh kt sungai buloh.


setiap kali ada kereta lalu je mesti aku kata,

''haa bomba dah sampai!"


kepala hoo aku hahaha. yelaa aku ingatkan kalau memalam cemni setakat ada ular maybe bombanya datang naik kereta hahaha. kat taman aku ni pulak memang ada budak-budak jenis merayap naik basikal tau haa apa lagi, rumah aku jadi persinggahan diorang laa. ramai pulak jiran-jiran keluar rumah bila kereta bomba masuk taman kitorang. rasa macam femes pulok malam tu hikhik. padahal ular sekoq ja.



Ular dan bomba
view dari bilik mak aku, tempat aku ngn dina jadi pemerati. gelap enn.


time bomba-bomba tu keluar dari kereta diorang tu en, aku ngan dina dari atas,


'abang bomba i love you dah sampai ahh, yeay'


ahahaha what the~


act rumah aku ni rumput memang dah lama tak potong pun huihui. dengan gelapnya so macam payah sikit ah nak cari ularnya balik sebab ular nya dah tak tahu dah lari ke mana. nasib baik diorang bawak torchlight. tapi baru berapa minit cari bombanya dah nak balik, siap suruh mak aku sign tanda diorang takde bawak bukti (ular) balik.



ayoyoyo bangg carilaaa sampai jumpa! baru berapa minit cari dah give up ke attoyaii. ular tu dah tau ramai orang datang cari dia mesti laa dia menyorok. at last jiran aku suruh cari kat sepanjang longkang sampai belakang rumah kitorang. haaa, jumpa pun. yang paling kelakor nya boleh bomba tu kata kat jiran aku,

''lain kali kalau nampak ular abang ketuk je pakai kayu''


mana nak ketuk pakai kayu je kalau ular dah besar tu bangg oii. diorang len citer laa diorang bomba. aduih buat lawak tak kelakar pulak dia ni. nasib baik hensem.



aku pun masuk rumah balik. nak sambung makan. tak perasan pulak aku basuh tangan tak bersih ada daging dah melekat kat tangan dah keras. time makan tu aku ngan adik-adik aku sambung cerita laa pasal ular ngan bomba, qila kata,


"tapi sedih ahh hisham hamid tak datang tadi,''



kepale dia hisham hamid hahahaha!



and pagi tadi mak aku baru je panggil bangla potong rumput. nampak lawa je halaman rumah hahaha serik kot.


bye!

3 comments:

  1. hahahahaha awat lawak sangat cerita ni. part basuh tangan tak bersih ada daging yg dah keras tu memang tak boleh bla.

    ReplyDelete
  2. Pernah gak rumah masuk ular. Panggil bomba suruh tangkap. Lepas dah tangkap, bomba dengan rilek cakap. Ala kecik je ular ni. Kecik2 tak kecik kalau kene patuk, mau masuk hospital gak tu.

    ReplyDelete
  3. Bila baca pasal ular ni, sy teringat , semalam saya pun mimpi ular... nasib mimpi je.. kalo terjadi mcm awak, ntah mcm mana nak bergerak.. takut dengan ular..huhuhu

    ReplyDelete