8 February 2017

Perang harga sabun baju

assalamualaikum

huhu (result spm lagi berapa minggu je woiiiiii)
*best ke dapat tahu result nnt :/


biarlaa. jangan amik berat sangat result nanti berat naik ehh haa cemana ni weyhhh berat ni satu lagi masalah dunia ni huwaaaa baru duduk rumah berapa minggu berat dah jadi serupa berat motor vroom vroom hmm *sigh. tapi siapa je yang boleh menghalang kebahagiaan aku? kebahagiaan aku makan masakan mak aku tanapa henti. kalau aku yang masak tu lain cerita laa, tak makan pun boleh kenyang (inshaAllah). teringat pulak aku masak udang mak aku senyap-senyap ritu huhu.


rasa macam workout yang tak cukup kot. yela setakat hantar amik adik ke sekolah jalan kaki sehari baru 4km lebih kurang. kalau aku rajin sikit pepagi buta tu aku ajak pipah pegi joging kat tasik pristana tu tambah laa lagi dalam 3.5km/+. sebenarnya bukan joging pun baru jalan dua round tasik tu aku akan stop main buaian. best kot main buaian rasa lemak macam tengah torobanggg pergi dari hidup aku walaupun sebenarnya tak punn grr. 


pernah sekali tu siap kena perli dengan sorang pakcik tua ni, dia tgh joging gak and datang lagi awal dari aku ngan pipah, time kitorang stop main buaian tu pun dia tak stop joging lagi, kitorang ni malu tu malu ah gak tapi lantak ah tak kacau hidup orang pun en even pakcik tua tu punya stamina lagi tinggi dari kitorang huhu. pastu dia nampak aku ngan pipah tengah main buaian dia cakap kt kitorang (jerit pulak tu, malu kitorang org lain dengor);


''halllahhh baru dua round dah duduk pe citer ni, muda lagi kot''


ohhh pakcik belagak ye huh takpe aku bagi senyuman fake je kat dia sebagai tanda tenkiuu. ni jelaa workout paling rajin aku boleh buat setakat ni. almaklumlah aku ni suri rumah sepenuh masa. cuma bezanya aku ni suri rumah yang tak reti masak. tu jelaa.


tetiba teringat pulak aku pernah cakap ngan mak aku ritu;

''bu, nanti sarah nak belajar masak. tapi sarah tengok jelaa, ibu yang masak, tak kacau pun,''

aku cakap macam tu sebab sebelum ni mak aku jenis yang tak suka orang kacau dia buat kerja. kalau dia tengah masak tu, dia sorang je kat dapur. kalau ada orang lain kat dapur dia akan goreng sekali.


''eh takde takde. sarah kena tolong sekali. ibu arah, sarah buat.''
''okay, buk.''


dan masa pun berlalu begitu pantas sekali. angin sepoi sepoi taik ayam meniup menyinggah pipi aku yang tak flawless. kami masih lagi dengan konsep, 


''ibu di dapur, anak di bilik,''


huhu. tapi ibu biasanya akan pesan kat aku lepas dia masak,

''ibu dah masak, sarah tukang basoh pinggan,''

hmm kay. janji makan sedap.


duduk rumah sebagai penganggur ni memang seronok. beronok-ronok pun ada. lelagi anak dara. bak kata orang, ''praktikal jadi bini orang''. bukan sahaja membasuh pakaian sendiri malah baju adik-adik pun jadi tanggungjawab aku. pinggan mangkuk kat singki tu rasa tak sedap hati je kalau penuh. tapi memang biasa rajin buat last minit je. awal minit aku memang tak gheti (kot). sebab biasa kalau buat last minit, boleh jadi 'tak payah basuh pinggan langsung' sebab ada orang lain dah buat dulu. haha.


paling best teman ibu pergi beli barang dapur. kat rumah memang biasa tinggal aku dengan mak aku je. pagi tadi kami pergi tesco berdua je. nak beli barang ahh seronok sebab adik-adik sekolah takde ngikut. huhu. time nak pilih sabun aku rasa kalau set time mau dekat satu jam nak pilih sabun JE.


''bu, beli laa jenama X, lagi jimat.''
''yeke, jenama Y lagi murah laa, lagipun wangi jimat tayah beli softener,''
''mana de, sarah selalu pakai jenama X kat asrama wangi je, boleh beli refill je kalau habis.''
''yang Y pun ada refill. sama je harga refill dia''
''tapi refill Y ada 1.44kg je, refill X ada 2.8kg, haa'' *mata berpinar
''tapi kat rumah mana ada botol kalau beli refill je"
"beli laa botol besar ni dulu, dah habis boleh beli refill je lepas ni,"


(ibu bukak kalkulator kat phone dan mula mengira sbb nak compare harga sabun dlm botol X & Y)


''haa tengok ni Y lagi murah ah. baik beli botol Y'' *sambil tunjuk phone dia
''laaa beza 30 sen je kot bu hahaha nanti dah habis sabun tu boleh beli refill je jimat lagi byk dari 30 sen,''


tangan ibu mula nak capai sabun. tapi sabun mana satu ntahlaa. last-last ibu letak sabun Y kat dalam troli hahahahaha. aku gelak je kot. then ibu cakap,


''humph sabun baju je kot, benda lain takde pulak reti nak jimat,''


haaa kena kau!


aku bukan apa. aku duduk asrama memang dah biasa berjimat time beli barang lelagi sabun. tapi kalau beli stok makanan aku memang tak gheti lagi huhu kadang makanan je boleh sampai TIGA plastik tesco hahaha so sila tunjuk ajar. lepas ni masuk u aku tak taulaa cemana perbelanjaan aku nanti. lagi kalau aku kena 'campak' kat serawak ke haaa. duit mana nak korek. kalau boleh tanak guna ptptn tapi nak buat cane, parents bukannya boleh supply everything bila ada lagi 3 adik tengah bersekolah kat rumah. duit pencen ibu belum boleh keluar lagi sebab ibu muda lagi aka belum tua huhu. nak taknok i kena guna ptptn gak huhu harap-harap dapatlaa biasiswa. 


mana tau bisnes aku masyukkk ke time tgh study nanti haaa. eh bisnes apo? ngehngeh adelorr. pepandailerr korek. 


doakan yang terbaik untuk masa depan aku huhu. 


#diplomamuamalat


p/s : sape nak header or banner free mehlerr pm aku. tengah rajin ni. pm je bebila okay kt twitter ke insta ke email ke sekehati hang.

twitter : @messarah_
insta : @messarah_
email : sarahyem99@gmail.com

4 comments:

  1. kita pun pernah gaduh gaduh manja dengan ibu semata nak pilih sabun yang mana wangi hahaha. selamat menunggu keputusan sarah.

    jemput baca http://irazulkeffele.blogspot.my/2017/02/makluman-penting-untuk-lepasan-spm-dan.html :D

    ReplyDelete
  2. Malam nanti saya baca, sekarang kat highway.
    Ini buksn blogwalking,
    Saya tak buat blogwalking.

    ReplyDelete
  3. hahahaha pulak dah. sabun pun boleh jadi isu kan hakhak. goodluck untuk result sarah :* In Shaa Allah shining bright for your future

    ReplyDelete