23 February 2017

Latihan sukarelawan sukan sea

assalamualaikum


meoww meoww




alhamdulillah tahun ni negara kita yang terchennnta ni jadi tuan rumah untuk sukan sea. so bulan 8 ni kita akan terima ramai tetamu dari negara-negara asean laa. haa macam open house pulak.


tak silap aku laa, permohonan untuk jadi sukarelawan ni pernah dibuka sejak setahun or dua tahun lepas haha aku pun tak hengat. tahun ni kan aku 18 tahun (cukup-cukup makan je umur aku even belum fully 18) and aku mohon jadi sukarelawan ni tak ingatlaa sama ada time aku form 4 or form 5. lama sangat dah sampai tak ingat tapi yang pasti masa aku mohon tu aku duk kira-kira nanti 2017 aku dah 18 tahun so umur aku lepas so aku boleh mohon.


mohon pun sesaje je memula sebab aku baca kat blog orang lain masa tu yang diorang ramai dah register nak jadi sukarelawan cuma tunggu jawapan dari pihak kbs (kementerian belia & sukan) sama ada dapat or tak kiranya sape yang dapat tu kira untung laa. aku pun mohon jelaa. siap simpan lagi code volunteer aku smpi sekarang (padahal code tu tak guna langsung pungg huhu).


akhir tahun lepas (lepas dh meredekaa dari spm tu), agak kecoh laa yang ramai dah dapat email panggilan untuk datang training sukarelawan sukan sea kat ukm. aku tunggu jelaa turn aku dapat email tapi tak dapat-dapat sampai nak nangesss kot.


then kebetulan sorang kawan aku ni (ain maira) dah dapat email tu, itu pun dia gi dm twitter sukan sea tu depa bagi satu link suruh isi balik. then dia dapat. ain pun bagi link tu kat aku. dua kali kott aku isi borang dalam link tu hahaha punya tamak kau takut tak dapat. at last, i dapat *mukahaghu


aku pergi masa 18 sampai 19 feb ritu. aku masuk dalam kohort 13. kohort ni dia macam batch laa. aku baru tahu total sukarelawan yang terpilih ada 13 RIBU orang huhu. ramai nak die. setiap kohort dia max kan 500 orang je tapi kohort 16 tu rase nak terberak aku tengok. mau kena guna 5 dewan kat ukm nanti.




bila dah last minit en aku rasa macam malas pulak nak pegi. yelaa duduk rumah je rasa beghat hati nak tido kat ukm even satu malam. tapi ain kata, dia pun rasa macam tu gak memula, tapi bila dah pergi tak nyesal. so aku pegi jelaa even action aku macam budak sek tanak balik asrama padahal nk tido sana satu malam je.




act asrama yang aku menginap dengan peserta lain ni aku pernah duduk sebelum ni masa aku pergi seminar spm tahun lepas dengan kawan-kawan aku. so kira aku dah expert ah dah tau toilet kat mana, nak keluar kot mana dekat, kat cafe ada jual apa. hahaha diorang siap cakap, 'sarah macam tau je semua tmpt kat sini, macam student pulak,' hahaha amiin. student ukm woo.




dalam dewan ni seronok gila. teringat zaman sekolah aku time dalam kelas takwa dulu. rindu kot hahaha. tapi satu dewan ni dari yang tua sampai yang muda dia campur sekali so kau tau tau jelaa bila ada owang tua warga berumur buat lawak dalam dewan cane en. dahlah nampak comel, kelakar nak die pulak tu. adoooi. sumpah tak boleh tahan gelak even kitorang saling tak kenal tapi semua dah macam femily.. aha sweet tak? tapi siyes ah semua sporting kot.


diorang ni macam-macam jenis ada. yang lecturer ramai, student pun ramai, doktor gigi pun ada, pekerja swasta pun ramai, bomba pun ada haaa kau. tekejutzz mak nenek aku ada bomba nak jadi sukarelawan gak hahaha inilah 1 meleysiaaaa yuhuuu! paling tua yang jadi sukarelawan ni sorang pakcik india umur dia 78 tapi dia kohort lain (kohort lama). gilaa kau umur dah 78 pun semangat patriotik tinggi benorr haa. yang bawah 18 pun ada gak sebenarnya dua tiga orang. cemana diorang lepas pun aku tak taulaa.




yang perempuan pakai baju putih line merah tu kitorang panggil dia aunty ana. dia macam mommy kitorang kat sini, yelaa umur dia pun lagi tua dari mak aku kot dia pun datang sorang so dia pun terpaksa laa kawan dengan orang yang baya-baya anak dia hahaha. thanks aunty belanja nasi goreng. sebelah dia yang tudung hitam baju oren tu pulak nama dia aina, dia sebaya aku and dulu sek teknik kt kl. kami nebess nak amik result spm huhu. kitorang kalau ke mana-mana mesti sama-sama dah macam genggster pulak. aku duduk dengan lagi dua orang kakak kat belah atas. time dalam dewan kitorang terpisah sebab kitorang group lain and masa tu aunty ana dengan aina terlambat sikit dari kitorang bertiga yang kat atas. kitorang takdelaa sebilik semuanya tapi bilik kitorang semua berjiran je dekat.




time ni kitorang semua kena lawan hakka ikut group (ni bukan group aku, gamba rembat dalam grup ws je). groupnya ikut negara-negara asia laa ada 11 semuanya. kalau tak tahu hakka tu apa gi search kat youtube. dia macam cheers tapi lagi gempak ko kena joget-joget, ikut suka atilaa cane yang penting kena gempak huhu. paling best and paling gempak group malaysia (bukan group aku jugak).




siapa last pegang bola tu masa lagu habis kena gi depan berlakon sketsa. nasib aku sentiasa baik sebab aku kat hujung dunia atas nun huhu. ada lagi sbiji bola kat belah atas tengah dicampak-campak jugak. semua kecut masa ni hahah. aku lek je kat atas nuh.




ni semua antara yang volunteer nak berlakon kat depan. diorang dapat cekelat as a gift. yg tudung pink tu roomate aku, kak hanis.




yang ni pun tgh berlakon tapi part lain. yang baju hitam terduduk kat stage tu laa yang bomba tu. sumpa kelakar diorang berlakon.




time ni kitorang dah dipecahkan kepada beberapa group dan setiap group ada bilik tertentu kitorang kena berkumpul untuk jalankan modul lain pulak. satu group 50 orang. haa dalam bilik ni semua wajib berlakon. dalam 50 orang ni, dipecahkan lagi 10 group. aku paling ingat dialog aku cuma, ''kucing mati..".





uncle baju merah tu en, dia dalam dewan duduk dekat je ngn aku. dia ni lecturer and orang sarawak tak silap. dia ni sumpah kelakar. ramai orang suka tengok dia berlakon. tapi dia macam aw aw sikit (haha faham en). mulut pun becok (dah namanya lecturer). dan dialaaaa paling cepat terhibur time dalam dewan, bila speaker cakap lawak sikit je, mesti gelak dia paling timbul and semua orang akan turn point kat dia. maybe dia memang jenis yang cepat terhibur and gelak over hahaha.




all group 9, kalau rajin carilaa aku *muka paling tak senonoh


lepas habis aktiviti ikut group, kitorang solat and makan (yg ni paling best). makan dia memang sedap gilerrr and lauk banyak. maybe dia takut ada org tak boleh makan ikan or ayam so dia letak dua dua sekali. then masuk dewan balik untuk slot last and balik yahooo!


ni adik beradik yasin tak silap. tak sure sama ada dia abang or adik yasin.
ni ada aku highlight kat bawah ni.




bulan 4 or 5 ni nanti ada training untuk kali kedua pulak. pastu dapat baju ngan seluar. haih tak syabarnyaa lah. btw setakat ni laa berdasarkan apa yang aku mohon ritu aku jadi volunteer bahagian sajian dan aku choose sukan memanah. tapi kalau boleh tukar rasanya aku nak tukar kot. sajian nnt kena suntikk T_T and tetiba rasa nak pilih sukan wushu pulok huhu.


maskot tahun ni, nama dia rimau.



so marilah kita support sukan sea 2017 caiyokk. hahaha.

https://www.facebook.com/kualalumpur2017/

http://www.kualalumpur2017.com.my/

https://www.facebook.com/sukansea/

https://www.facebook.com/sukarelawanSukanSea2017/

https://www.facebook.com/VolunteerSeaGames2017/



semoga tahun ni malaysia banyak menang pingat (emas) amiiin.





6 comments:

  1. Nnti wktu sukan sea, ada accomodation tak untk volunteer? Bcause i got it too, latihan 11march nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk penginapan mmg takde tp kalau pengangkutan inshaAllah pihak diorg tgh usahakn sbb kita nak parking pun takut venue sesak dgn penonton en

      Delete
  2. Alhamdulillah...panjang umur dapat kita semua sukarelawan bertemu dalam kejohanan sebenar nanti..saya kohoot 18 dalam bidang MEDIA..apabila baca balik coretan di atas tergambar semula kenangan semasa latihan di UKM...terbaik

    ReplyDelete
  3. Tak sangka tengah berblogwalking nampak post ini. Akak pun salah seorang sukarelawan Sukan Sea. Akak kohort 7 bidang penginapan. Selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  4. nak link sukan sea tu boleh x..sbb dh isi borang tp x de apa2 feedback pon

    ReplyDelete