27 December 2015

Cara-cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

*klik gambar untuk lebih jelas :) #pemalastahapgaban

cara menjawab soalan temuduga dalam bahasa inggeris

cara menjawab soalan temuduga dalam bahasa inggeris

Cara termudah 'Tampal' Lencana Sekolah Anak

Seminggu sebelum sekolah inilah masanya ramai mak-mak kena tampal lencana di baju sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab tu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.

Tapi sekarang cajnya menjahit satu lencana adalah RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.

Jadi VK cukup berterima kasih dengan perkongsian daripada Facebook Puan Akmar Laily Omar yang sudi mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.

Bahan yang diperlukan: & nbsp; 
 Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika

Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana. 
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.

Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasoh dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.

Selamat mencuba!
#PerkongsianDariPerkongsian

Cerpen : Kerana dia seorang Haq

Oleh : PenyuHandsome 

Tubir matanya panas. Pandangan mereka yang memandang tidak dihiraukan.

"lantak, aku tak kacau hidup diorang." bisik hatinya.

Dia datang lagi. Di sini. Di tempat yang menyimpan seribu kenangan manis antara dia dan si dia.

'Huh'. Keluhan dilepaskan perlahan.

Air hujan yang perlahan-lahan menitik membasahi tubuh yang dibalut sweater pemberian 'dia' disapu lembut. Sungguh, diri ini tak kuat!

Peristiwa sebulan lepas terlayar di ingatan.
.....................

Wui, nikmat betul mandi hujan!

"woi haha sengal ke duk bawah hujan?", jerit sahabatnya.

"apesal? meh lah join!"

sejenak, kelihatan sahabat fillahnya itu berlari menuju ke arahnya. dan.. dumppp!

"woi jatuh lah aku!", marahnya kasar.

"haha lek lah. kata sahabat. ada masa jatuh dan bangun, bro!" Tubuh yang melayang jatuh di atas jalan tar itu digagahi bangun. Sengal betul lah budak ni, bisiknya.

"kau pehal tak bangun? nak tunggu aku usung guna keranda dulu ke?" ujarnya, berseloroh.

"Hahaha meh lah. Nanti kau tolong imamkan aku tau. Aku duduk saf paling depan." Jeda. 

"Kau ni, jangan lah gitu. Aku gurau je bro.", ujarnya, cukup sekadar didengari antara mereka berdua.

Kalau Haq tinggalkan aku nanti, siapa yang nak teman aku usik makcik kantin gorengkan telur kicap?

Kalau Haq tinggalkan aku nanti, siapa yang nak teman aku nasyid Ya Hanana atas pentas setiap kali orang suruh buat persembahan?

Kalau Haq tinggalkan aku nanti, siapa yang nak jadi partner aku buat silat? Kalau Haq tinggalkan aku nanti, siapa yang nak tolong aku kalahkan Zombie jahat dalam game lejen tu?

Kalau Haq tinggal... "Woi termenung apa kau?!", sergah Haq, mematikan lamunanku.

"Kau ni kacau lah! Aku baru nak mimpi dipinang orang."

"Hahaha banyak lah kau dipinang orang. Baguslah tu mimpi masa mata celik!" Kalau Haq tinggalkan aku.. Agak² macam mana hidup aku nanti?
.....................

"Haq.."

"Hmm.", balas teman yang dikenalinya dari kecil lagi. Umi kata Haq dengan dia suka main wrestling lepas bangun subuh. Konon nak tunjuk siapa bangun dulu letew. Sememeh ayaq hingus time tu, malu woi!

"Cuba kau tengok titisan hujan ni." 

"Kenapa?", dipandangnya tapak tanganku yang bersih 'dibasuh' hujan.

"Mesti dosa kita tak terkira kan? Entah-entah lagi banyak dari titisan hujan ni." 

"Kan Mir? Sometimes pun aku terfikir, agak-agak Allah terima tak taubat aku? Allah terima tak amal aku sebelum Allah tarik nyawa aku?"

Diam. Suasana sepi antara mereka.

Lima minit masa berlalu dan...

"Mir, kalau kau tak jumpa aku dekat syurga nanti.. Kau jangan lupa tarik tangan aku tau!" 

Bersungguh-bersungguh Haq mengingatkan. Entah mengapa, sejak dua menjak ini, Haq selalu memesan perkara yang sama berulang kali.

"Haaa lah. InsyaAllah aku tarik, kalau destinasi aku di syurgaNya. Kita kan dah janji sama-sama nak nasyid Ya Hanana dalam syurga.", balasnya bersama secebis senyum yang dilorek. Manis. Jeda lagi.

"Weh Mir, jom baring?"

"Kau gila?!", marahnya, sedikit kuat.

"Halaaa mana tahu ni last kita mandi hujan sama-sama.." Ada nada hiba di situ.

"Haqqqq.." tegurnya, sedikit mengingatkan.

"Ish kau ni tak sporting langsung! Yelah, yelah. Tak cakap pasal tu dah.", ujar Haq, sambil tangan membuat gaya 'peace' di tepi mata. Comel ya ampun member aku ni!

"Apa kau pikir dengan peace tu kau nampak comel?" Ceh. Tadi di hati kata lain. Di mulut ucap lain. Hancur Amir ni.

"Kau memang dengki kan? Ish dah lah. Jom baring!", paksa Haq untuk kesekian kalinya.

"Kita kat padang ni weh. Orang nam.."

"Takde orang lah. Semua duduk rumah tidur atas katil. Kita yang sewel ni je mandi hujan. Pleaseeee mir, please?" Penuh gaya dan suara yang comel Haq merayu. Haha.

Dia pandang Haq. Haq pandang dia. Mereka masing-masing berbalas pandangan sehingga...

"Ye lah ye lah. Jom!" 

'Mengalah jugak anak Pak Umar ni.', detik Haq bangga, cukup sekadar di dalam hati.

'Aku mengalah sebab sayang kawan okay. Bukan sebab cair dengan kau!', tingkah Amir di dalam hati. Seolah-olah tahu apa yang dibicarakan Haq.

Dan petang itu bersama titisan hujan, dua sahabat fillah ini berbaring merenung keindahan ciptaan Dia Yang Maha Esa. ...................

Dua minggu itu, mereka tidak meluangkan masa berdua. Normal bro, minggu exam! Kerana course yang berlainan, mereka hanya sempat tersenyum simpul saat berlanggar bahu.

Ceh, bukan langgar bahu acaca cinta haram jatuh buku tu eh! 

Ini kisah mereka. Kisah tersendiri antara dua sahabat fillah yang sama jantina.
Masing-masing sibuk date dengan buku.
Mereka cuma sempat bertemu di Malam Usrah di taman perumahan mereka malam Khamis lepas. 
Ada rindu yang menyapa.
Ada sebak yang mencengkam jiwa.
Ceh, makin poyo Si Amir ni. 
Entah mengapa, hatinya meronta-ronta untuk bertemu Haq. 
Rindu yang bertamu menyebabkan dia tekad untuk ke rumah Haq sejurus selepas kertas terakhirnya tamat.

Itu tekadnya. Tekad seorang Amir Adam bin Umar!
.....................

Dia terhenyak di atas kerusi. Berita yang disampaikan umi tadi cukup membuatkan dia terdiam. Diamnya umpama fokus menjawab exam. Diamnya umpama fokus lecturer mengajar.

Dan diamnya, kerana berita itu.
Berita yang cukup mencengkam jiwa. 
Dia terdiam hingga tak dapat berkata-kata. "Amir, sabarlah. Allah ambil Haq sebab Allah sayang. If you were in the garden, then you will pick the prettiest flower, right?"

Dia masih diam. Pantas, dia bangun dan memeluk uminya yang masih kelihatan sisa air mata di tubir matanya.

"Umi, Haq.. dia.. tsskk.. janji.. ijazah.. sama-sama.. pentas.." Amat sukar untuk dia meneruskan kata-katanya.

Terasa usapan lembut umi dibahu nya.

"Isbir sayang. Dia ambil Haq, sebab Dia rindu. Dah lama Dia pinjamkan Haq untuk kita. Haq meninggal pun dalam keadaan baik, dik. Dia meninggal masa tengah peluk Al-Quran yang Amir bagi."

Ya, aku tahu itu. Haq meninggal semasa memeluk Al-Quran berwarna ungu muda pemberianku sempena kemenangannya dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran. Dan kerana itulah, aku bertambah-tambah sebak.

"Ibu Haq pun redha dengan pemergian anaknya. Takkan Amir tak boleh terima?", sambung umi, penuh lembut dalam nada memujuk.

Nafas dihela. Perlahan-lahan pelukannya dilepaskan dan jarinya naik menyapu sisa-sisa air mata.
'Ya Allah, aku redha.', bisiknya.
.....................

Dan dia disini. Masih di bawah titisan hujan di padang yang sama. Tempat dia meluangkan masa bersama Haq kira-kira sebulan lepas. 

Dan kala ini, dia berseorangan. Tanpa seorang Haq.

Mata ditebarkan ke sekeliling padang. 'Memerhati' kenangannya dengan Haq, mungkin.

"Haq, padang ni.. Saksi ukhuwah fillah kita kan? Tempat jatuh bangun kita kan? tempat curhat kita kan? Kau mesti rindu tempat ni kan?", bisiknya sebak.

Dia berhenti. Tiada daya untuk menyambung kata-kata. Air mata yang lebat turun mengalir di pipi seolah-olah sama lebatnya dengan titisan hujan petang Jumaat itu.

"Haq.. Aku redha dengan pemergian kau. Kau beruntung Haq, pergi bertemu Ilahi pada Penghulu Segala Hari. Impian kau kan Haq?"

Dan diam lagi. Air mata disapu lembut.

"Haq.. kau ingat tak, kau suruh aku jadi imam kalau kau 'makmum' dekat saf depan kan? Aku dah tunaikan permintaan kau, Haq. Aku yang jadi Imam untuk Solat Jenazah kau. Aku yang mandikan kau. Aku yang masuk dalam kubur kebumikan kau, Haq."

Sebak dia menuturkan ayat itu.

Rasa itu mencengkam lagi. Mencengkam sakitnya ulu hati.

"Haq.. Nanti result dah keluar, aku nak kau teman aku ambik scroll atas pentas. Cukup kalau kau senyum untuk aku, Haq."

Air mata menitis lagi.

"Haq, maafkan aku untuk semua salah silap aku. Halalkan toy Ultraman kau yang aku curi-curi ambik masa kau tengah ngaji 17 tahun dulu. Halalkan cemburu kau sebab aku selalu gedik dengan ibu kau mintak goreng cekodok. Dan aku.. sentiasa maafkan kau, Haq."

Terletus gelak pahitnya mengingati segala kenangan yang mendewasakannya hingga mencapai umur 22 tahun kini.

"Haq, doakan aku tabah nak lalui hari-hari mendatang tanpa kau. Doakan ibu baba kau diberi kekuatan tanpa kehadiran anak sulung diorang ni. Dan doakan, doakan semoga aku takkan curang. Kerana aku, hanya ada seorang the real Haq!"

Senyum pahit diukir tanda diri tabah. Hati, qowiylah!

"Haq, insyaAllah.. Aku doakan segala amalan kau diterima Haq. Berbahagialah kau di sana. Tunggu aku, Haq!"

Tunggu aku, Muhammad Faris Dhiyaulhaq!

13 December 2015

Senarai Channel Telegram yang Bermanfaat

Nak mintak tolong tekan like boleh? Thanks :)



Let's Follow :

Aisya Sarah
Relakan diri anda ditarbiah :)
https://telegram.me/aisyasarah

Tarbiah Sentap
Kadang kala umat perlu diberi sentapan agar bangkit kembali menjadi singa!

Aiman Banna
Daiepreneur.
Untuk update team rasmi;
@inspiraseee

PendakwahCute.
Jangan sebab seorang bidadari dunia, kau lepaskan kau punya bidadari syurga.

Inspirasee
Kerana sebaik-baik inspirasi itu asalnya dari Sang Pencipta Inspirasi.
#Inspirasee #SebarPelangiInspirasi

Jom berubah
"Dunia tempat kita berpenat dan akhirat tempat kita berehat "

Kelas al-Quran UMK
Ruang Soal Jawab Bacaan al-Quran & Tajwid oleh Ustaz Muhaimin Khalil (UMK)
Contact number - 0192395501
Semoga bermanfaat

Poetry Daie 
If you lose Allah, you lose everything, including yourself.

PendakwahCute
Dakwah ialah menarik hati manusia menuju Allah dan Rasulullah. Bukan menuju kepada diri Pendakwah

#CelotehSigadisHitam 
“Kadang2 kita ni terlampau leka dengan laman sosial.
Sampaikan semua amal ibadat kita dengan Allah dilengah-lengahkan.”

PerempuanBunga
Himpunan tulisan mengenai pendapat. Bukan puisi. Hanya himpunan perkataan.

#HijrahBySisGM 
Aku seorang marhaen yang masih meneroka apa itu hijrah .
Monolog hati ,muhasabah diri 

OFFICIAL.ISLAMIC_QUOTES
Kita semua da'ie . Let's spread dakwah and tarbiah 

Dakwah Legend 

Dakwah Ummah
Dakwah bukan elemen untuk tunjuk tahap ilmu tapi tahap kecintaan seseorang kepada saudaranya dengan berkongsi ilmu.

RomanaPicisan
Nak jadi sebahagian dari Team RP ? Anda seorang writer ? Jom join !
Hanya puisi Members RP akan di repost disini . Terima kasih atas sokongan kalian 
#RomanaPicisan
@themckp
@amoirara_

INFIRU ! 
Nota biceps
'Hidup ni tak mudah . Tapi kepayahan tu lah yang membuatkan kita terus kuat dalam menghadapi cabaran'

Usrah Solat (Q&A) - MSO-D7

#TakeNoteByZhrhs
Dikendalikan oleh Zhrhs. Dia bukan siapa-siapa sebab tu hang tak kenai dia.

Usrah Mahabbah 
'Celoteh seOrang ninja'  dengan penuh kasih sayang. 

Abang Bikai
Cenel sulit abg bikai the spoileretosz. 

Kak Hassanah
Sebarkan Ibrah. .

Team Tazkirah

Malu Tiada, Akhirat Bahagia. Kita belajar Alquran daripada Asas disini.

The Faiz Ibrahim
The Faiz Ibrahim Channel

Ad-Dien Abdul Kadir
Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan dan fawaid daripada hamba Allah, Ad-Dien Abdul Kadir. Penuntut ilmu Islam.

Jejaka Janggut

GulaManiss
" Aku Dai'e dan juga Mad'u "
Sebarkan dakwah , moga peroleh redhaNya 

cekelatchips
Hanya meluahkan isi hati melalui papan kekunci

Oh My Arabic 😱
HANYA UNTUK BELAJAR BAHASA ARAB

Buku Resepi
Perkongsian koleksi masakan dari pelbagai aplikasi dan informasi (∩_∩) minta halal ye empunya resepi 

#DR. STORYLINE
I 'captured' sweetness 
and bleeding feelin' ma
heart and potrait em' here.
Moga Allah redha.

Travelog Rodier
Kembara Dakwah

Jahiliah To Jannah 
Suatu Perkongsian untuk Ummah
Moh sebarkan ! 

7 December 2015

Tips Menjadi Genius

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang kita .

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.
Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.

#PerkongsianDariPerkongsian

25 November 2015

Senarai Channel Telegram yang Bermanfaat #2

Nak mintak tolong tekan like boleh? Thanks :)


CLICK & JOIN;


Semoga bermanfaat :')

Tips Menghafal AlQuran

Tips 1 – Bangun awal

Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.

Tips 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat

Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tips 3 – Biasa-biasakan dahulu

Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tips 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda

Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut.

Tips 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat

Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.

Tips 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda

Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tips 7 – Perbaiki tajwid anda

Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.

17 October 2015

Benarkah Makanan ‘E-Codes’ Tidak Halal, Ada Babi?

Sudah lebih kurang 3 tahun, kes mengenai kandungan campuran makanan bertanda ‘E -Code‘ masih menjadi tanda tanya kepada kita sebagai seorang pengguna. Malah ada yang menuding jari mempertikaikan tugas JAKIM dan tidak kurang juga yang mempertikaikan status negara kita sebagai Negara Islam. Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920

Walaubagaimana pun, agak menghairankan juga bila makanan ringan yang banyak terdapat dipasaran dikatakan mempunyai campuran lemak babi gara-gara mempunyai bahan campuran salah satu dari kod diatas. Sedangkan makanan ringan tersebut mempunyai logo ‘Halal JAKIM’. 

Menurut pihak JAKIM mengenai kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:


Bahan pewarna 

E100: merupakan dari sumber tumbuhan.

E110: dari sumber chemical

E120: dari summer serangga

E140: dari sumber tumbuhan

E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet

E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.

E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E234: Nisin; dari sumber microbe.

E280: Propionic Acid dari sumber chemical.

Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:


Bahan pewarna 

E153: carbon black.. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan Emulsifier

E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan diperiksa dahulu sebelum disahkan halal. Pihak JAKIM nasihat kepada pengguna islam yang bijak agar memilih makanan yang mendapat pengesahan halal JAKIM atau badan-badan islam yang diikhtiraf.

Manakala dibawah ini pula, adalah jawapan dari pihak UKM mengenai isu ini pada 9 Dec 2009.

“Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini.

Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam.

Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).

Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.

Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.

Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.

Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.

Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).

Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.

Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). DiMalaysia , kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.

Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.

Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..”

Wallahualam~

Perkongsian dari perkongsian.

31 July 2015

Tips Melancong Survival ke Istanbul

1. Beli tiket penerbangan awal. Pilih Qatar Airways dan Turkish Airlines untuk kos yang lebih ekonomi.

2. Rakyat Malaysia tidak perlu memohon Visa untuk masuk ke Turki. Pastikan Passport masih aktif sekurangnya enam bulan semasa tarikh berlepas.

3. Booking Hotel secara online. Pilih kawasan sekitar Taksim Square untuk memudahkan akses ke banyak lokasi. Kawasan ini happening untuk shopping dan makan.

4. Tukar mata wang Euro di Malaysia. Jangan bawa USD atau MYR ke Istanbul, kurang bagus kadar tukar nilainya. Ringgit hampir tidak diterima langsung.

5. Tukar matawang Lira Turki apabila sudah sampai di Istanbul. 1 Tukrish Lira = RM 1.60.

6. Cuaca paling nyaman dan sejuk sekitar bulan Oktober ke atas. Standby Jaket atau baju sejuk.

7. Bawa roti, mee segera, sambal bilis atau ketupat nasi ke Istanbul. Nasi disebut "Pilaf" dan agak sukar didapati. Kalau ada pun mahal sekitar 2 Lira segenggam.

8. Tidak perlu ambil pakej Tour untuk ronda Istanbul. Cukup sekadar ambil Taksi dan gunakan Maps sebagai panduan. Sangat mudah.

9. Berhati-hati dengan penyeluk saku dan peminta sedekah.

10. Hotel Bajet di Istanbul sudah memadai bagi percutian gaya Ekonomi. Harga sebilik dari 40 Euro satu malam. Kebanyakan hotel bajet kemas dan selesa. Harga lebih murah jika tiada Wifi.

11. Buat kajian lokasi dan rancang aktiviti terlebih dahulu sebelum ke sana. Ia akan membantu menjimatkan kos dan urus masa dengan bijak.

12. Cadangan perjalanan 5 hari dan 4 malam adalah paling efektif dan sesuai untuk jelajah seluruh Istanbul.

13. Boleh juga memilih untuk stay di kawasan Sultanahmed kalau tak suka layan area town seperti Taksim.

14. Banyakkan minum teh disebut "Chai" ketika cuaca sejuk. Pasti nyaman dan segar. Harga dari 1 Lira segelas.

15. Shopping Lovers boleh duduk area Taksim Square. Siang malam penuh manusia membeli belah. Sangat happening macam bukit bintang.

16. Pastikan memilih Airport Atarturk Istanbul ketika buat tempahan tiket. Jangan tersalah pilih Airport Sabiha Gocken.

17. Airport Atarturk di Istanbul Europe manakala Sabiha di Istanbul Asia. Kawasan tumpuan di Istanbul Europe.

18. Buat bajet dan semak selalu harga tiket. Rancang sekurangnya 6 bulan lebih awal.

Salam Sukses, Ikram Al-Banjari.

12 June 2015

Tips Makan Maggi Yang Lebih Selamat

Assalamualaikum

Makan maggi ni bagi budak hostel dah typical dah. Sebab tiap malam lapar dia macam dewan makan tak pernah bagi makan. Tapi semua orang tahu kan maggi ni makanan segera. Dan memakan makanan segera adalah sangat tidak elok lebih-lebih lagi seorang student like us. Ceh.

Tips ni ada sorang kawan aku yang ajar kat asrama. Tips ni memang sangat berguna untuk budak-budak yang memang 'rajin' melantak maggi. Mi segera ni sebenarnya disalutkan dengan lilin (untuk tahan lebih lama). Lilin tu tak elok untuk badan kita sebab dia macam tak hadam dalam perut. Tak silap aku paling sekejap dia hadam around 3 days. 

So, ni aku nak tunjukkan cara untuk mengurangkan (bukanlah buang lilin sepenuhnya) lilin kat maggi tu ;

tips makan maggi yang lebih selamat

Korang rendam maggi ni dengan air panas je dulu. Jangan letak perencah lagi. Sebab time ni lah lilinnya keluar dan korang kena ganti air baru nanti. Rendam sampai magginya kembang.

tips makan maggi yang lebih selamat

Haaa nampak tak yang macam kilat-kilat dalam air tu? Tulah lilinnya. Tak elok tau sebab tu kena buang. Nak buang airnya, korang tapis jelah. Jangan buang mi nya.

tips makan maggi yang lebih selamat

Pandai-pandai koranglah nak buang airnya macam mana. Ni aku buat malam tadi pukul 12.30 malam kat rumah sebab nak sahur untuk puasa hari ni. Hahh sahur pukul 12 sebab malas nak bangun sahur pukul 5. Yang ni aku guna penapis mak aku je senang. 

Kalau kat asrama aku masak maggi guna tupperware. So, cara nak buang air dia korang tutup tupperware tu tapi biar satu bucu tupperware tu terbukak sikit untuk keluarkan air dia. Kalau tak tutup, dengan maggi-maggi sekali keluar kang nak makan apa.

tips makan maggi yang lebih selamat

Lepas tu baru aku letak perencah dan tambah air panas yang baru.

tips makan maggi yang lebih selamat

Dah siap! So, bermulalah sahur aku malam tadi. Sahur yang simple tapi lebih selamat :')

tips makan maggi yang lebih selamat

Burpp! Alhamdulillah :)

Ganbate Kudaisa!